Terbitan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

BERITA PENDIDIKAN : - APRIL - JUN  2000  

UCAPAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA DAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA:

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Pemangku Menteri Kesihatan yang telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doctorate of Law (LLD) oleh University of Liverpool England, dalam satu majlis konvokesyen University tersebut pada 3 Julai 2000 yang disampaikan oleh Naib Canselornya, Professor Philip N Love. Penganugerahan ini adalah kerana perkhidmatan dan sumbangan Yang Berhormat Pehin dalam perkembangan perubatan dan kesihatan khusus dalam pendidikan perubatan. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doctorate of Law dari University Birmingham, F.R.C.S dari Royal College of Surgeons of Edinburgh, Scotland, Honorary Doctorate in Literature dan Alighar Muslim University India, anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (D. Litt) dan Universiti Brunei Darussalam dan Doctorate of Engineering dari Universiti Teknologi Malaysia.

 Tiga Institusi Pendidikan Adakan Majlis Doa

Kesyukuran Sempena Berpindah Ke Bangunan Baru

 Tiga Majlis Doa Kesyukuran berasingan telah diadakan sempena berpindah ke Bangunan Baru, Dua buah institusi itu ialah Sekolah Rendah Kampong Menengah di Daerah Tutong dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir selaku Tetamu Kehormat dikedua-dua Majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

 Majlis Doa Kesyukuran di Sekolah Rendah Kampong Menengah Tutong diadakan pada 26 Zulhijah 1420 bersamaan 1 April 2000. Pembinaan sekolah yang menelan belanja lebih empat juta ringgit ini siap sepenuhnya pada 17 Februari 1999 dan telah mula digunakan pada 22 April 1999.  Bangunan dua tingkat ini dilengkapi dengan bilik-bilik guru, klinik, setor, khutubkhanah dan bilik sumber serta dewan serbaguna.

 Mengalu-alukan kehadiran Tetamu Kehormat ialah Guru Besar  sekolah tersebut, Awang Haji Kudil bin Tahir @ Hj Rahim. Dalam ucapannya, beliau antaranya menyatakan hasrat untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sebuah institusi yang tenteram dan harmoni bagi memenuhi kehendak perkembangan dalam pendidikan dari segi mental. fizikal, sosial dan emosi berlandaskan konsep negara sesuai dengan moto sekolah tersebut iaitu "Berusaha Untuk Kecemerlangan." 

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran bagi Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITAQSHHB) yang telah berpindah ke bangunan baru Institut tersebut yang terletak di Kilometer 2, Jalan Tutong telah diadakan pada 15 Muharam 1421   bersamaan 20 April 2000. 

Dalam ucapannya di Majlis tersebut, Yang Berhormat Pehin telah mengumumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan bagi ITAQSHHB  untuk menghantar penuntutnya melanjutkan pengajian mereka di luar negara seperti ke Mesir dan Jordan.

 Bangunan baru yang dianggarkan menelan belanja 35 juta ringgit ini terletak di Kilometer 2, Jalan Tutong dan disediakan dengan kemudahan blok asrama, surau, bilik pentadbiran dan dua blok kuliah serta dilengkapi dengan peralatan canggih dan moden. 

Sementara itu, pada 3 Jun 2000, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Sen Paduka Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat telah menjadi Tetamu Kehormat bagi penyempurnaan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memindahi Bangunan Baru Sekolah Rendah Kapok, Muara, Brunei II, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir dalam majlis ini terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan. Kementerian Pendidikan termasuk Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua Kampung Penduduk-Penduduk Kampung dan Guru-Guru. 

Sekolah ini mula dibina dalam tahun 1997 di atas tanah seluas 3.24 hektar dengan harga hanya 4.8 juta ringgit. Ianya siap dibina pada bulan Mei 1999 dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada 13 Rejab 1421 bersamaan 23 Oktober 1999.

 Bangunan Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang cukup menarik, ianya mempunyai tiga blok  iaitu  Blok  Pentadbiran  yang menempatkan pejabat-pejabat, bilik kerja guru, ruang foyer, kelinik pergigian, stor, bilik komputer,  bilik  persidangan,  bilik perpustakaan sumber dan lima buah darjah.

 Di blok bilik darjah, menempatkan 14 buah bilik darjah termasuk bilik sains dan bilik ibadat. Blok seterusnya ialah blok pra sekolah yang indah kelihatan seumpama banglo dengan kemudahan di dalam bangunan itu sendiri terdapat bilik air, dapur, bilik persalinan dan tiga ruang belajar. Semua sudut bilik dan ruang bangunan ini diletakan alat hawa dingin manakala di luar bangunan ini terdapat padang kecil yang terdapat beberapa alat permainan. 

Pada masa ini, Sekolah Rendah Kapok ditadbir oleh seorang Guru Besar, Cikgu Haji Yahya bin Wahab  dibantu oleh 2 orang Guru Kanan dan 14 orang guru-guru yang terdiri daripada 15 Guru Tempatan, 2 Guru Kontrak dan 6 orang Guru Gaji Hari.

 Manakala penuntut-penuntut sekolah ini terdiri daripada anak-anak penduduk kampung Kapok dan di sekitarnya, sebelum ini mereka bersekolah di Sekolah Rendah SOAS Muara dan Sekolali Rendah Serasa. 

MAJLIS PELANCARAN SKIM PINJAMAN PENDIDIKAN

 Majlis Pelancaran Skim Pinjaman Pendidikan dari Hongkong and Shanghai Bank Corporation (HSBC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah diadakan pada 28 Safar 1421 bersamaan 1 Jun 2000 bertempat di Dewan Persidangan Utama, Kementerian Pendidikan. Di

Majlis tersebut, Penandatanganan Memorandum Persefahaman antara HSBC dan Kementerian Pendidikan telah diadakan.  

Menandatangani bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud dan bagi pihak HSBC telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank tersebut, Awang Wanner Manning. Penandatangan disaksikan oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Srin Paduka Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat dan Setiausaha Tetap (Profesional dan Pengajian Tinggi), Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong. 

Dalam ucapannya, Dato Paduka Haji Ali Hashim menjelaskan bahawa buat permulaan ini, Skim Pinjaman pendidikan HSBC ini hanya akan dihulurkan bagi pemohon-pemohon yang akan mengikuti kursus-kursus peringkat ijazah pertama sahaja di institusi-institusi pendidikan di dalam dan di luar negeri. Bank Charges atau bayaran Bank yang dikenakan hanyalah 8.75% berbanding dengan Skim Pinjaman biasa iaitu sebanyak 10.25%, jelas Dato. 

Menurut Dato lagi, pihak HSBC tidak akan mengeluarkan jumlah wang pinjaman secara penuh sekaligus atau secara "lump sum". Pihak Bank akan membiayai bayaran persekolahan (tuition fee) dan bayaran elaun sara hidup sahaja. Bayaran tuition fee akan dibayar oleh pihak Bank terus kepada institusi pendidikan sebaik-baik sahaja ia menerima tuntutan dari pihak instituisi berkenaan. Sementara itu, bayaran elaun sara hidup menurut kadar yang munasabah akan dibayar setiap hujung bulan terus kepada akaun pelajar berkenaan. 

Tambah Dato, Kementerian Pendidikan pula berperanan membantu HSBC dalam menentukan kursus-kursus yang diperlukan oleh negara serta menentukan institusi-institusi yang diikfiraf. Selain itu, Kernenterian juga ada memberikan sedikit ganjaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cermerlang dalam pengajian mereka. 

Bagi pelajar yang lulus Kelas Kedua Atas (2nd Class Upper), pihak Kementerian akan membayar balik sebanyak 25% pinjaman dan bagi pelajar yang lulus Kelas Pertama, pihak Kementerian akan membayar balik sebanyak 50% pinjaman kepada pelajar. 

Makluman mengenai penubuhan Skim Pinjaman HSBC ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz pada 4 Safar 1421 bersamaan 8 Mei 2000 semasa merasmikan Majlis Pelancaran 'Jurnal Teknologi dan Perdagangan Brunei Darussalam'. 

Skim ini adalah di antara usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi membantu ibubapa membiayai pengajian anak-anak mereka. 

Bagi HSBC pula, Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Wanner Manning menjelaskan matlamat pinjaman ini adalah untuk memberikan peluang tambahan kepada pelajar dan pelbagai latarbelakang yang berhasrat meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan ia juga adalah sebagai satu tambahan kepada pemberian dermasiswa dan skim kerajaan yang ada sekarang di samping itu ia diharapkan sebagai satu cara sektor komersial untuk turut serta ke arah pembangunan berkekalan Negara Brunei Darussalam jelas beliau.  

PERTUKARAN PEGAWAI KANAN KEMENTERIAN KESIHATAN KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 

Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sen Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan Dr Awang Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Kementerian Kesihatan ditukar ke Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas mulai 14 Jun 2000.  

Dr Awg Hj Abd Latif menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan sejak Januari 2000. Beliau dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada 1985. Dan antara jawatan yang pernah beliau pegang ialah Penolong Penguasa Perubatan (1991-Mac 1992), Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan (Mac 1992- September 1997) dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan (September 1997 – Januari 2000). 

Beliau mempunyai kelulusan B.Sc (Opthalmic Optics) dari City University, London (1975), Fellowship Diploma of the British Optical Association (1976), Fellowship Diploma of the British College of Optometrists (1980), MBBS, University of Singapore (1984) dan Master in Public Health, University of Leeds (1991). 

Seluruh Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan mengalu-alukan kedatangan dan perkhidmatan Dr. Hj Abd Latif bersama-sama dengan  Kementerian ini  

Perhimpunan dan Dialog Semukim, Mukim Berakas ‘A’.

 Kementerian Pendidikan adalah salah sebuah kementerian yang dijemput ke-Perhimpunan Dialog Semukim, Mukim Berakas 'A" yang telah diadakan pada 17 Safar 1421 bersamaan 21 Me 2000 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Anggerek Desa, Berakas. Mengetuai Rombongan kementerian Pendidikan ke Majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Datin Paduka Hajah Norsiah binti Haji Mohd Daud.

 Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Ketua Unit Perhubungan Awam, Pengiran Hajah Hairani  binti PML Pg Muda Abdul Kahar, Pemangku Pengarah Peperiksaan, Pengiran Hajah Mastoli binti PSI Pg Hj Ismail, Penolong Pengarah (Bahagian Pelajaran Menengah), Awang Haji Bujang bin Hj Masu'ut dan beberapa orang pegawai kanan dan pegawai dari Jabatan Pendidikan Teknik, Bahagian Pelajaran Rendah dan Menengah serta Unit Perhubungan Awam. 

Beberapa isu mengenai pendidikan telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung di bawah Mukim Berakas 'A Antaranya berkenaan dengan cuti di bulan puasa, perbezaan taraf pendidikan sekolah kerajaan dan bukan kerajaan, kesesakan lalu lintas di kawasan persekolahan, Ujian Penyelarasan Darjah 3, waktu pengajaran Bahasa Melayu dan sistem pemarkahan dalam Projek LAT.

 Persoalan-persoalan ini telah dijawab oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan. Antara yang hadir ke Majlis Perhimpunan dan Dialog berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan serta

Pegawai-Pegawai Kanan ke dua-dua Kementerian berkenaan.

 Tujuan Majlis tersebut diadakan antaranya adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada menanai Hablumminallah dan Hablumminannas dan juga menanai akan hasrat dan cita-cita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 Forum Radio

 Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan (PROMoE) sedang' melaksanakan projek Forum di Radio dengan kerjasama Rangkaian Nasional, Radio Televisyen Brunei sebagai salah satu rancangan kerja Jawatankuasa ini bagi tahun 2000. Di antara objekfif Forum ini adalah untuk menjelaskan tentang isu-isu yang sering menjadi pertanyaan orang ramai di samping untuk membuka minda dan pemikiran masyarakat tentang pendidikan.

 Rancangan Forum kali yang Pertama bertajuk "Pendidikan Percuma : Wajarkah diTeruskan" telahpun disiarkan melalui Radio Rangkaian Nasional pada 7 April 2000, jam 4.00 petang. Jawatankuasa ini akan memaklumkan dari semasa ke semasa tentang waktu dan tarikh rancangan-rancangan Forum ini disiarkan ke udara. Kepada yang berminat untuk mendengarkan rakaman Forum ini, bolehlah menghantar pita audio kepada Urusetia PROMoE jika ingin mendapatkan salinan.  

BIL 

TAJUK FORUM

PENGERUSI

AHLI PANEL

 

1.

 

Pendidikan Percuma Wajarkah Diteruskan?

 

 

1) Awg Hj Razali bin Hj Johari

2) Dr Hj Ismail bin Duraman

3) Awg Hj Bujang bin Hj Masu'ut

 

Pg Hjh Hairani binti PML Pg Muda Abd Kahar

 

 

2.

 

Teknologi Makiumat:

Bolehkan Ia Menggantikan

Peranan Guru Di Bilik Darjah

 

1) Saiful Anuar bin Abd Rahim

2) Norzainab binti Abd Ladi

3) Hj Awg Yusof bin Hj Awg Mohammad

 

Awg Nazamshah bin Hj Ibrahim

 

 

3.

 

Perkongsian Tanggungjawab Ibubapa Dalam Memberikan Pendidikan Kepada Anak-Anak

 

1) Dr Hjh Zaiton binti Hj Md Taha

2) Drs Hj Shahroni bin Hj Abd kahar

3) Datin Hjh Maimunah binti Hj Omar

 

Awg Hj Hakip bin Hj Burut

 

4.

 

Peranan Sekolah Dalam Menangani Isu-Isu Social

 

1)Awg Eusoff Agaki bin Hj Ismail

2) Dyg Hjh Intan binti Hj Kassim

3)  Dyg Hjh Mordiah binti Hj Jackia

 

 

Dyg Hjh Aishah binti Hj Hussain

 

5.

 

Setakat Manakah Kejayaan Peperiksaan 'N' level

 

1)Awg Hj Bahe bin Nurdin

2) Awg Hj Mahrub bin Hj Murni

3) Pg Suhaimi bin Pg Hj Wahid

 

Pg Hj Muhammad bin Pg Hj Abas

 

6.

 

Peranan Pendidikan Dalam Menangani Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas

 

1) Dyg Hjh Norjum binti Hj Md Yusof

2) Dk Hjh Siti binti Pg Hj Mohd SaIIeh

3) Awg koay Teng Leong

 

Awg Amran bin Hj Mohiddin

 

 

7.

 

Peranan kaunseling Dalam Membantu Meningkatkan Prestasi Pelajar

 

 

1)Awg EeAh Meng

2) Penghulu Hj Ismail bin Hj Apong

3) Dyg Aryati binti Hj Daud

 

 

Awg Mohiddin bin Arjo

 

8.

 

Peranan Guru Dalam Menyerapkan Nilai-Nilaj Murni Dalam Pendidikan

 

1). Awg Hj Yahya bin Hj Wahab

2)Awg Hj Hassan bin Hj DuIIah

3)Awg Hj Zulkifli bin Hj Ladis

 

Awg Hj Azani bin Hj Pudin

 

9.

 

Keperluan Mengadakan kelas Tambahan

 

1)Awg Jamal bin kahar

2) Awg Hj Daud bin Hj Taha

3)         Awg Hj Sambas bin Bagol

 

Pg Hjh Sarah binti Pg Hj kamaluddin

 

10.

 

Wajarkah Sistem Peperiksaan Sekarang mi Diubah Atau Dikekalkan?

 

1) Datin Paduka Hjh Mis binti HjAwang

2) Pg Hjh Mastoli binti PSI Pg Hj Ismail

3)         Awg Hj Ghani bin Tahir

 

Dyg Habibah binti Hj Sion

 

 

11.

 

Kualiti kepimpinan Sekolah Teras  kejayaan

 

1) Dyg Apsah binti Hj Abd Majid

2) Pg Hj Zainal bin Pg Hj Talib

3) Pg Hj Duraman bin Pg Baha

 

 

Awg Hj Abdullah bin Tahir

 

12.

 

Peranan Pendidikan Dalam Menyediakan Asas kemah iran Hidup Bagi Membantu Pelajar­Pelajar

 

 

1) Awg Hj Abd karim bin Hj Abd Rahman

2) Pg Dr Hj Abu Bakar bin Pg Sharifuddin

3) Awg 1dm bin Hj Johan

 

Awg Ghani bin Hj Daud

       PERANCANGAN TELITI PENTING UNTUK SUATU KEJAYAAN:

 Dalam melakukan apa jua pekerjaan, perancangan yang teliti perlu dibuat agar apa yang dilaksanakan itu dapat mencapai kejayaan. Perkara inilah yang dapat dijadikan iktibar sempena Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Mekah Al-Mukarramah  ke  Madinah  Al­ Munawwarah ketika ajaran penyebaran dakwah Islamiah Baginda mendapat tentangan dan penduduk Mekah. 

Perkara mi ditekankan oleh Penceramah Undangan, Kiayie Ustaz Haji Sirojuddin Muhim  semasa memberikan Ceramah di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1421 pada 10 Muharam 1421 bersamaan 15 April 2000. 

Tambah beliau, perancangan yang teliti, usaha yang gigih,  pengorbanan  dan  kesetiaan  serta permusyawwarahan dengan para Sahabat adalah antara faktor-faktor yang telah menjadikan Hijrah satu kejayaan terbesar bagi Umat Islam.  

Terdahulu sebelum itu, Pengarah Kenaziran Sekolah­Sekolah selaku Pengerusi Majlis, Pengiran Hajah Hairani binti PML Pg Muda Abdul Kahar telah memberikan ucapan yang antaranya menyentuh tentang Majlis dan perkumpulan hari itu adalah bertepatan dengan Hari yang dikenali sebagai Hari Asyura di mana antara kebajikan yang dituntut oleh Islam ialah merapatkan hubungan silaturrahim dan muhibbah di antara sesama Islam. 

Majlis Sambutan ini dihadiri oleh lebih 150 orang termasuk Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pegawai­Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pendidikan. Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir oleh Pegawai dan kakitangan perempuan Kementerian Pendidikan dan beberapa buah Jabatan dan Unit di bawah Kementerian Pendidikan. 

Aktiviti Keagamaan seperti ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan pada tahun ini yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah. 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MERAIKAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM

  Kementerian Pendidikan telah pun bersarma-sama menyemarakkan dan meraikan sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam antaranya dengan menyertai Persembahan Dikir di tiga buah Masjid iaitu Masjid Universiti Brunei Darussalam, Masjid Mohammad Bolkiah, Serusop dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan. Pegawai-­pegawai dan kakitangan Kementerian ini juga telah mengikuti perarakan Maulud Nabi yang telah diadakan pada 12 Rabiulawal 1421 bersamaan 15 Jun 2000. Dan seterusnya telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. 

Perkara ini disampaikan oleh Pemangku Pengarah Peperiksaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Kementerian Pendidikan, Pengiran Hajah Mastoli binti PSI Pg Hj Ismail di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu AlaIhi Wassalam anjuran Kementerian Pendidikan pada 16 Rabiulawal 1421 bersamaan 19 Jun 2000. 

Majlis Sambutan itu telah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai­Pegawai di Kementerian Pendidikan. 

Majlis pada petang itu diserikan dengan Ceramah Khas oleh Dekan Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalarn Pg Dr Hj Mohammad bin Pg Hj Abd Rahman beliau antaranya menekankan tentang ciri-ciri jati diri ummah yang mana ada disebutkan dalam Surah Al-Asr. Jati diri ummah menurut beliau adalah orang yang beriman, beramal saleh, mengerjakan sesuatu dengan hak dan bertindak dengan sabar. Pengukuhan jati diri yang harus dilakukan Umat Islam sekarang ini adalah pengukuhan akidah dan syariah. 

Sementara itu Pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah mempersembahkan Dikir Daibaie di akhir Majlis.

 AKRONIM DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 PMB

PMB adalah singkatan dan penilalan menengah bawah. PMB telah diperkenalkan bagi menggantikan peperiksaan BJCE (Brunei Junior Certificate of Education) mulai tahun 1997 selaras dengan penggunaan sukatan pelajaran baru yang telah diediakan mulai tahun 1995. Antara rasional kenapa perubahan ini dibuat ialah kerana format peperiksaan BJCE kurang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa, maka ia diselaraskan dengan format peperiksaan GCE 'O' level, dan Pendidikan diperingkat menengah bawah tidak memerlukan system “Terminal” (tidak ada pembuangan). Format kertas peperiksaan PMB lebih berbentuk subjektif seperti peperiksaan Brunei-Cambridge General Certificate of Education '0' level.

 LAT

LAT adalah singkatan bagi "Learning Assistance Teachers" atau Guru-Guru Bantuan Mengajar. LAT merupakan satu khidmat bantuan pada peringkat  yang berlainan kepada guru-guru darjah dan penuntut-­penuntut yang memerlukan bantuan. LAT bertindak sebagai ajen interaksi dengan kakitangan pengajar dan pentadbiran sekolah dan juga kakitangan lain di peringkat sekolah, daerah dan agensi-agensi lain, seperti ahli-ahli psikologi, jurupulih pertuturan, penyelaras pendidikan khas, doktor, ibu bapa  para sukarelawan dan lain-lain

 STEP

 STEP adalah singkatan Science Technology and Environment Partneship (Puast Kerjasama Sain Teknologi dan Alam Sekitar. STEP di tubuhkan pada 17 Mac 1999. Matlamat penubuhan STEP ialah untuk meningkatkan tahap penyediaan tenaga kerja berkemahiran untuk sektor industri dan perniagaan disamping  memastikan  penyediaan berterusan pendidikan sains, teknologi, alam sekitar dan matematik di Negara Brunei Darussalam.    

 PAI

 PAl adalah singkatan bagi Pengajaran AI-Quran dan Pengetahuan Agama Islam. Di awal tahun 1994, Kementerian Pendidikan melaksanakan projek ini di 9 buah sekolah rendah di daeh   Brunei / Muara. Projek ini diungkayahkan pada memenuhi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyarankan agar seluruh umat Islam di negara ini pandai membaca AI-Quran dan usaha ini hendaklah dijadikan dasar dan objektif negara. Projek ini juga bertujuan memberikan ilmu pengetahuan dan menyerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri setiap pelajar agar dengan itu mereka dapat menghayati, melaksanakan dan menanai ajaran-ajaran pengetahuan  Agama  Islam  serta menjadikan mereka muslim dan muslimah yang beriman dan bertaqwa.

 CORT

 CORT adalah singkatan bagi Cognitive Research Trust. Program ini mula diperknalkan di Negara Brunei Darussalam pada Julai 1993. Program berfikit CORT adalah satu pendekatan kepada pengajaran kemahiran berfirkir yang berangkaian dan bersistematik. CORT menggunakan alat-alat berfikir (thingking tools) bagi membolehkan para pelajar memproses maklumat, mengembangkan daya berfikir dan pendekatan kepada keadaan berkenaan serta seterusnya menggnakan maklumat tersebut untuk membuat penilaian dan keputusan dengan lebih efektif.

 LEAPS

 LEAPS adalah singkatan dan 'Learning and Progress in Style' yang dilaksanakan pada tahun 1994. LEAPS memperkenalkan satu falsafah pengajaran dan segi memenuhi keperluan pelajar dengan tujuan untuk menggalakkan perubahan pemikiran guru dalam melihat peranannya daripada seorang yang memberi maklumat dan pengetahuan (provider of knowledge) kepada seorang yang pemudah cara pembelajaran (facilitator) di bilik darjah.

 YES

 YES adalah singkatan dari Young Enterprise Scheme atau skim usahawan Muda. Skim ini dilancarkan pada 12 April 1997. YES merupakan satu kegiatan ko-kurikular bagi penuntut-penuntut sekolah menengah di negara ini dan diperkenalkan untuk memberi penuntut-penuntut secara praktikal pengalaman meningkatkan kemahiran pengetahuan dan pemahaman tentang matlamat dalam perniagaan dan perdagangan. Skim ini dikelolakan dibawah pengawasan Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan ditaja oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.

 Jawatankuasa Guru-Guru Kaunseling Sekolah Rendah  Senegara Adakan Aktiviti-Aktiviti Kerohanian Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah

 Program Perkampungan Rohani dan Pertandingan Nasyid Asuhan Rohani adalah di antara dua aktiviti kerohanian yang berjaya diungkayahkan bersama oleh Jawatankuasa Guru-Guru Kaunseling Sekolah Rendah SeNegara dan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.

 Program Perkampungan Rohani dikhususkan untuk murid-murid lelaki di mana seramai 12 buah sekolah rendah iaitu 10 buah dari Daerah Brunei-Muara, sebuah dari Daerah Tutong dan sebuah dari Daerah Belait telah mengambil bahagian dengan jumlah seramal 104 orang murid-murid lelaki. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru kaunseling khas sahaja. Peperluan asas bagi Perkampungan tersebut seperti makan dan minum serta tempat tidur peserta ditanggung oleh Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.

 Adapun tujuan Perkampungan Rohani ini diadakan ialah:

·     Untuk melatih murid-murid untuk berjinak-jinak dengan masjid dengan hasrat untuk mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala.

·     Sebaga ushaha menyemarakkan / mengimarahkan masjid sebagai tempat beribadah.

·       Meningkatkan minda murid-murid untuk menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala.

·       Membentuk  sikap  murid-murid  supaya bertanggungjawab, berdikari, suka kepada perkara yang berkebajikan, melahirkan semangat setia kawan, kempimpinan dan jati diri yang optimum.

 Di antara aktiviti-aktiviti yang mengisikan program Perkampungan Rohani yang diadakan pada 20 hingga 21            April 2000 tersebut ialah:

·­Sembahyang fardu berjemaah

·Kegiatan Kaunseling

o       Ceramah motivasi oleh Awang Ahmad bin Hussin, Pegawai dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja.

o       Permainan kaunseling seperti bahtera jaya, kotak ajaib yang dikendalikan sendiri oleh guru-guru kaunseling.

·                    Ceramah keagamaan oleh Mudim Haji Tamin bin Haji Putting

·                    Qiamulail dan Sembahyang Tasbih Berjemaah

·                    Senaman berlagu yang dipimpin oleh Haji Suhut bin Haji Sahat

·                    Sembahyang Sunat Dhoha Berjemaah.

·                    Peraduan Menulis Khat Jawi

·                    Peraduan Azan

·                    Mempelajari lagu-lagu bercorak dakwah.

 Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pembukaan rasmi ialah Ustaz Haji Rajid bin Haji Abd Kadir, Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Ugama. Sementara Tetamu Kehormat bagi majlis penutupan rasmi ialah Awg. Haji Aji bin Haji Ishak, Pmk. Penolong Pengarah Sekolah-Sekolah Bahagian Rendah Kementerian Pendidikan. Majlis penyampaian sijil-sijil dan hadiah-hadiah bagi Peraduan Azan, Peraduan Menulis Khat Jawi dan Permainan Kaunseling (Bahtera Jaya) disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

 Awang Amalul Arif bin Haji Zaman, peserta dari Sekolah Rendah Pengkalan Sibabau terpilih menjadi murid terbaik. Pemilihan ini adalah berdasarkan ketingkahlakuan, prestasi dan kepimpinanan yang cemerlang yang ditunjukkan oleh murid tersebut. Murid ini juga merupakan murid yang mengepalai bacaan surah Al-­Fatihah semasa majlis pembukaan rasmi dan persembahan membaca AI-Quran semasa Majlis Penutupan Rasmi.

 Pertandingan Nasyid Asuhan Rohani pula diadakah khusus untuk murid-murid perempuan pada 24 Jun 2000 bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam Seramai 11 buah peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat di Majlis tersebut ialah Pengarah Kenaziran Sekolah­-Sekolah, Pengiran Hajah Hairani binti PML Pg Muda Kahar.

 Diantara tujuan Pertandingan ini diadakan ialah:

 ·        Menggalakkan pelajar-pelajar untuk Iebih cenderung kepada lagu-lagu berunsur dakwah.

·        Memupuk rasa persaudaraan, bersopan santun, rasa hormat menghormati sesama insan. 

·        Mencungkil bakat seni dalam dakwah yang berdisiplin.

·        Menanamkan semangat saing yang sihat dikalangan para pelajar.

·        Menanamkan sikap bekerjasama dalam satu kumpulan dan bantu membantu antara satu sama lain.

 Sekolah Rendah Pengkalan Sibabau muncul juara di Pertandingan tersebut. Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Sekolah Rendah Pehin Dato' Jamil dan Sekolah Rendah Kiarong. Sijil­sijil dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Tetamu kehormat Majlis.

 Selain daripada kegiatan kerohanian, Jawatankuasa Guru-Guru Kaunseling juga giat mengungkayahkan rancangan-rancangan seperti ceramah-ceramah motivasi dan yang terbaru ialah Seminar Kaunseling bagi Guru-Guru Besar, Penolong Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Kaunseling Lepasan Universiti Brunei Darussalam Sekolah-Sekolah Rendah yang. akan diadakan pada 22 Julai 2000 dengan tema "Kaunseling Ke Arah Peningkatan Produktiviti".

 Unit Perhubungan Awam Terbitkan Dua Buah Buku

 Baru-baru ini Unit Perhubungan Awam (PRO) dengan kerjasama Jawatankuasa Perhubungan  Awam Kementerian Pendidikan (PROMoE) telah menerbitkan dua buah buku. Panduan Telefon Pegawai dan Kementerian Pendidikan bukan sahaja memuatkan kemudahan nombor telefon malah juga mencatatkan nama, jawatan dan singkatan jawatan serta nombor bilik pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan dan Unit di Kementerian Pendidikan.

 Sebagai sebuah Unit dan Jawatankuasa yang bertanggungjawab sebagai penyalur maklumat bagi Kementerian Pendidikan dan komited untuk menjalin dan mengeratkan hubungan Kementerian Pendidikan dengan agensi­-agensi di dalam dan luar Kementerian Pendidikan, adalah menjadi harapan Unit dan Jawatankuasa in agar buku Panduan mi akan memberi kemudahan dengan lebih cepat dan efisien.

 Unit PRO dan Jawatankuasa PRO MoE memaklumkan terdapat beberapa kelemahan pada buku tersebut kerana itu kerjasama semua pihak dalam memberikan pandangan dan kritikan yang membina adalah perlu bagi sama­sama meningkatkan kualiti penerbitan Unit dan Jawatankuasa ini di masa-masa akan datang.

 Di samping itu, Unit PRO dan Jawatankuasa PROMoEjuga telah menerbitkan buku "Tekad Pemedulian Orang Ramai yang mengandungi bidang tugas dan tanggungjawab Unit serta Jawatankuasa Promoe buku ini. Ia juga mengandungi senarai nama-nama ahli Jawatankuasa PROMoE terdiri dari pegawai-pegawai yang mewakili Unit-Unit dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.

 PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Rencana oleh Hajah Mal Hafiza Hj Alit / Malek Guru Kaunseling S.R. Kiarong dan S.R.PPSD SB, Gadong, Brunei III.

 PENDAHULUAN

 Bagi para pelajar, peperiksaan adalah fenomena yang merisaukan dan menakutkan mereka. Oleh itu, mereka seharusnyalah mampu untuk menguasai masalah utama iaitu kerisauan menghadapi peperiksaan. Reaksi-reaksi yang lazim terhadap fenomena ini jelas kelihatan melalui ciri-ciri tapak tangan yang berpeluh, minda yang kosong dan perasaan ingin melarikan diri. Pada amnya, cara terbaik untuk menghindarkan kesulitan yang tidak diduga atau tekanan-tekanan luar biasa bagi satu situasi peperiksaan adalah untuk meletakkan diri kita ke dalam persekitaran tersebut sekerap mungkin. Latihan dapat membantu dengan berkesan. Tetapi terdapat beberapa langkah mudah untuk meringankan bebanan kita.

 BAGAIMANA CARA MENGAWAL KERISAUAN DAN KEBIMBANGAN

 Ramai diantara kita yang berdebar-debar, cemas dan berpeluh-peluh apabila masuk ke dalam dewan peperiksaan. Keadaan ini dapat dikawal dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.

 Kuatkan keyakinan

 Kita tidak seharusnya membebankan diri sendiri. Ini kerana lebih banyak tekanan yang diletakkan ke atas diri sendiri maka akan lebih banyak kita memberi peluang untuk peperiksaan menguasai dan menganggu pemikiran dan minda kita. Kita hendaklah menghadapi cabaran ini dengan fikiran terbuka tanpa mempedulikan sejauh mana pentingnya ujian itu terhadap masa depan kita.

 Memanfaatkan waktu rehat

 Jika minda kita berserabut dengan fakta-fakta dan angka, nama-nama dan tarikh, kita mungkin menghadapi kesulitan untuk menumpukan perhatian ke atas butir-butir tertentu yang kita perlu mengingati semula, walaupun kita mengetahui segala bahan itu. Adrenalin yang mengalir deras dalam sistem kita mungkin menyebabkan proses mengingat semula dengan segera adalah mustahil. Teknik rehat atau relaks yang mudah ialah dengan menarik nafas. Dengan duduk hersandar di kerusi, rehatkan otot-otot kita dan tarik nafas panjang sebanyak tiga kali (sefiap kali kita menarik nafas, hendakiah menghitung dari angka satu hingga sepuluh). Cara yang lain ialah dengan bertafakur atau berfikir dalam-dalam.

 Rancang Iebih awal

 Tabiat suka menangguh-nangguhkan ulangkaji hingga ke tarikh yang terlalu dekat dengan peperiksaan merupakan kebiasaan bagi ramai pelajar. Tabiat inilah yang menyebabkan kita cuba memadatkan waktu belajar kita, meniru dan mencedok nota-nota dan akhirnya gagal dalam mendapat markah. Bagi mengelakkan perkara ini beriaku ialah kita mesti mengulangkaji semula-­ulangkaji tetap dan berkala. Lebih kerap kita mengulangkaji, maka semakin kuranglah tabiat berjaga malam dan bersengkang biji mata pada saat­-saat akhir menghadapi peperiksaan. Ulangkaji pada saat terakhir hanyalah sekadar menghabiskan waktu yang terluang. Kita hendaklah membuat jadual ulangkaji yang mudah dan ringkas dan pokok utama ialah mematuhinya. Di samping itu mengetahui jadual peperiksaan adalah sangat penting untuk memberi peluang waktu yang setimpal untuk kita membuat persiapan.

 CARA-CARA MENGULANGKAJI

 Ulangkaji! Ulangkaji! Ulangkaji! Itulah ungkapan yang sering kita dengan selagi kita bernama pelajar. Bagaimanakah cara mengulangkaji dengan betul? Ulangkaji yang dilakukan secara bersistem akan lebih berkesan. Terdapat beberapa teknik mengulangkaji yang boleh membantu pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Sendiri, sebelurn, ketika dan selepas sesi membaca.

 Kita haruslah bijak membahagi masa belajar dengan betul. Buatlah satu jadual mengulangkaji yang bersesuaian dengan diri kita sendiri agar kita dapat mematuhi jadual tersebut sepenuhnya. Adalah lebih baik membuat jadual beberapa sesi ulangkaji yang pendek berbanding hanya satu sesi yang panjang sepanjang malam. Yang penting ialah mengulangkaji secara konsisten.

 Merakamkan maklumat

 Satu teknik untuk mengingati semula apa yang telan kita baca ialah dengan bersikap aktif ketika membaca. Jika kita menghadapi masalah menhafal bahan bercetak, di bawah terdapat beberapa cadangan untuk menolong kita rnembaca secara aktif. 

·            Fikirkan soalan-soalan untuk dijawab oleh diri sendiri, sebelum, ketika dan selepas sesi membaca.

·            Tanyalah diri sendiri apa yang berlaku dalam bahan bacaan itu, mengapa ia terjadi dan apa yang mungkin terjadi jika sesuatu perkara atau fakta itu berubah.

·        Perhatikan apa-apa yang dianggap menarik. Berhentilah seketika untuk memberi komen dengan menyuarakan jika boleh.

·          Latihlah diri kita meringkaskan bahan bacaan itu.

 Mencatat nota

 Catatlah nota pada satu hari, tulis ringkasan pada hari selepasnya. Kemudian bacalah fakta-fakta itu dengan kuat pada hari selepasnya dan berbincanglah bahan itu dengan orang lain pada sesi yang lain pula.

 Elakkan gangguan

 Tidur selepas mengulangkaji satu-satu rnatapelajaran merupakan satu teknik mengulangkaji yang berkesan. Ini ialah kerana seseorang yang terus tidur selepas mengulangkaji akan mengingati bahan bacaannya lebih daripada seseorang yang beriaga. Melakukan kegiatan lain di antara tempoh pembelajaran dan peperiksaan juga boleh mendatangkan kesan yang serius terhadap keberkesanan kita mengingati maklumat itu.

 Jarakkan sesi ulangkaji

 Lebih baik kita mengadakan tiga sesi ulangkaji selama sejam setiap satu bagi mengulangkaji satu-satu matapelajaran berbanding satu sesi yang panjangnya tiga jam. Menjarakkan sesi pembelajaran lebih berpotensi untuk menjadi berkesan kerana kita hanya menumpukan perhatian untuk jangka masa pendek.

 Belajar secara berkumpulan

 Teknik ini mudah sahaja. Kumpulkan kawan-kawan kita yang mempunyai minda yang serasi dan dapat bersebati dengan minda kita. Jika boleh dapatkan empat hingga enam orang rakan sekelas kita. Fungsi dan objektif utama kumpulan ini ialah untuk belajar bersama-sama, berkongsi nota-nota, berbincang bersama-sama dan membuat persiapan bersama bagi menghadapi peperiksaan.

 Tip atau Petua Peperiksaan

 Adalah tidak menjadi kesalahan untuk bertanya kepada guru tentang bentuk soalan yang akan keluar dalam kertas peperiksaan. Kita hendaklah berusaha untuk membuat kajian ke atas kertas peperiksaan yang telah dijalankan beberapa tahun terdahulu.

 Uji diri sendiri sebelum Peperiksaan

 Menggunakan kertas-kertas peperiksaan terdahulu untuk menguji diri sendiri merupakan satu teknik yang berkesan dalam mengulangkaji pelajaran. Kita juga boleh membentuk dan menghasilkan kertas ujian kita sendiri. Ingat, lebih susah soalan maka akan lebih sempurnalah persediaan kita dan kita akan berasa lebih yakin untuk masuk ke dewan peperiksaan.

  PERSEDIAAN AKHIR

 Sebelum menduduki sesuatu peperiksaan, kita hendakiah berlatih menulis dengan sempurna. Walaupun di zaman moden ini banyak peralatan yang canggih-canggih diperkenalkan seperti komputer dan internet, namun kita perlu mengekalkan gaya tulisan tangan yang kemas dan sistematik sebagai persiapan terakhir.

 Kita juga perlu memastikan bahawa semua alatan peperiksaan seperti alat tulis dan sebagainya telah tersedia dan lengkap semuanya.

 Melangkahlah ke dalam dewan peperiksaan dengan berbekalkan usaha, keyakinan dan doa, maka akhirnya kita pasti akan berjaya!

 Education Seminar 2000

 Education Seminar 2000 which was organized jointly by the Ministry of Education and the British Council was held on 28th to 30th  March 2000 at the International Convention Centre, Berakas.

The Opening Ceremony was held on the 28th  March 2000 and was officiated by the Minister of Education, Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz. In his speech, Pehin suggested that '3R' criteria maybe employed In evaluating a prospective education reform and monitoring the success in order to help overcome the inherent problems of education reform that are Relevance, Rigour and Reality.

 Relevance, said Pehin, is probably the most obvious criterion. The proposed reform should take into account not only the more discernible current needs but also the more uncertain long-term needs. At the same time, added Pehin, unless education reform is pursued with Rigour as well, it would remain superficial and ineffectual. An imperical approach in evaluating the feasibility and desirability of introducing innovative changes would be necessary.  Pehin then stressed that we must recognise the Reality of having to take into account the various constraints, especially in the Bruneian context.

 Three keynote address were presented in this Seminar, entitled 'Education Reform in A Global Economy' by Professor Hywell Thomas, 'Leadership and Accountability in Education Reform' by Dr David Woods and 'Funding for Efficiency and Equity' by Mrs. Lynne Morris.

 The Seminar was attended by more than 200 participants including principals and headmasters of all government and non-government schools and officials from the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs. The three day Seminar was closed by the Director of Schools who is also the Co-Chairperson of the Seminar, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat.

 Provision of High Quality Education is a challenge to M.O.E.

 The Ministry of Education regards the provision of high quality education as a challenge and is always committed to face  such challenges.

 This was stated by the Permanent Secretary (Administration and Finance), Dato Paduka Haji Ali Hashim in his speech at the Official Opening of English Language Teaching Contacts Scheme (ELTeCS) Workshop "Young Learners", on 17 April 2000 at the Asma Hotel, Jerudong. Dato Ali Hashim said, in the age of a quality conscious society, it is only natural that members of society and particularly parents, demand and expect high quality education. This includes capable and dedicated teachers in the classroom, high quality teaching and learning materials in the curriculum, good methods and techniques for the delivery of subject matter and of course, high levels of student achievement.

 Dato also stress on the importance of Information and Communication Technology (ICT) and the need to use ICT to enhance education, in which, this has been discussed in APEC Education Ministers meeting in Singapore recently. ICT has immense potential to better prepare students for the future as provide opportunities for adults to continue learning. ICT in education is also regarded as being a key component in the strategy to meet the needs of the knowledge-based economy.

 The Ministry of Education has established the Primary Schools Computer Project and introduced this technology into 50 primary schools early this year and eventually to be provided to all primary schools. With the implementation of the project, the mode of teaching will be more active and creative through the integration of ICT across curriculum provision, Dato added.

 INFO PENTADBIRAN

            Nama

Tarikh Bersara

Pg Mohiddin bin Pg Haji manggong

05/03/2000

Mrs Elizabeth Sebastian

20/03/2000

Ampuan Haji Yaakub bin Ampuan Haji Judah

31/03/2000

Awang Haji Murni bin Saud