Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Manage PermissionsManage Permissions

Title

MAJLIS RAMAH MESRA YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN BERSAMA PENUNTUT-PENUNTUT YANG DIANUGERAHKAN SKIM BIASISWA KERAJAAN & SKIM BANTUAN PINJAMAN PENDIDIKAN SESI AKADEMIK 2017/18

Body

31 OGOS 2017 - Berakas – Satu majlis ramah mesra bersama Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan dengan penuntut-penuntut yang dianugerahkan Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan bagi sesi akademik 2017/18 telah diadakan di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan disini.

Majlis pada petang ini dimulakan dengan ramah mesra bersama Yang Berhormat dengan penuntut-penuntut yang hadir, seterusnya sesi bergambar ramai.

Juga hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Pendidikan.

Sejurus sebelum acara ramah mesra diadakan, satu taklimat yang bertajuk “Penghayatan Konsep Melayu Islam Beraja“ yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, telah diadakan dengan tujuan untuk mensejajarkan dan menggarap aspirasi negara agar pelajar-pelajar betul-betul Calak Brunei nanti. Taklimat kemudian diikuti dengan sesi soal jawab.

Pelajar-pelajar berkenaan telah menghadiri beberapa siri taklimat bermula 30 hingga 31 Ogos 2017 yang telah disampaikan oleh wakil-wakil dari beberapa buah jabatan kerajaan yang bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar panduan dan pandangan mengenai berbagai aspek yang berhubungkait dengan hal ehwal kenegaraan, keagamaan, penghayatan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan juga aturan dan peraturan biasiswa kerajaan.

Siri taklimat ini merupakan salah satu projek tahunan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan yang diadakan sebelum pelajar-pelajar penerima biasiswa melanjutkan pengajian mereka.

Sekitar 67 orang pelajar telah dianugerahkan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan, dalam dan luar negara bagi sesi akademik 2017/18.

Turut hadir, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan serta pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.

-TAMAT-

Dikeluarkan Oleh:
Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan
Tel. : 238 1301
Faks : 238 0703
Emel : feedback@moe.gov.bn
Laman Sesawang : www.moe.gov.bn
Attachments
Created at 9/4/2017 11:51 AM by Praneeth kaushalya
Last modified at 9/4/2017 5:34 PM by Praneeth kaushalya