Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Manage PermissionsManage Permissions

Title

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1438H/2017M

Body

Katok, 04 September 2017, Isnin – Pada petang hari ini, warga Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan Tahun 1438H/2017M kelolaan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Katok.

                                                                                

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidkan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Pendidikan.

 

Turut hadir jua di majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Setiausaha Tetap; Yang Mulia Professor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, Naib Canselor UTB, Pemangku Rektor UNISSA, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Ketua-Ketua Unit / Bahagian, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat diketuai oleh Yang Mulia Imam Awg Haji Isa bin Haji Saban, Imam Balai Ibadat, Kampong Mata-Mata.

 

Seramai 182 penerima daging ibadah korban yang terpilih di Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan pada tahun ini terdiri daripada penduduk sekitar di kawasan Kampong Katok B, Kampong Rimba, Kampong Meragang, Kampong Katok A, Kampong Batu Bersurat, Kampong Katok, Tungku Gadong, Beribi, Mengkubau, Kiarong, Kiulap, Anggerek Desa, Kawasan Lapangan Terbang Lama, Kampong Orang Kaya Besar Imas, Kawasan Tutong Kem, STKRJ Kampong Lambak Kiri dan Perpindahan Lambak Kanan.

 

Sebanyak tujuh ekor kerbau telah dikorban hasil daripada 37 orang penyertaan termasuk Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawa-Pegawai, Guru-guru dan Kakitangan Kementerian Pendidikan pada tahun ini.

 

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mewujudkan sifat tabah dan sabar di dalam jiwa warga Kementerian Pendidikan dalam mematuhi perintah Allah SWT dan melahirkan generasi Islam di kalangan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan agar sentiasa bersedia untuk berkorban harta,  tenaga dan jiwa dalam melaksanakan syariat Allah SWT serta Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan warga Kementerian Pendidikan serta berkorban demi mengharapkan keredhaan Allah SWT.

 

Antara lain tujuannya adalah untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bagi Kementerian Pendidikan dan memupuk kerjasama antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dalam menganjurkan sesuatu program serta menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

 

TAMAT -


Disediakan oleh:

Unit Strategik dan Perhubungan Maklumat
Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Kementerian Pendidikan
Tel no (office): 2333041 / 43 / 53 / 54 ext 104
Fax no: 2332976


Attachments
Created at 9/5/2017 3:39 PM by Praneeth kaushalya
Last modified at 9/5/2017 3:39 PM by Praneeth kaushalya