Sign In

Announcement

Manage PermissionsManage Permissions

Title

LAWATAN YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN KE SEKOLAH RENDAH HAJI TARIF DAN SEKOLAH RENDAH SABA DARAT, KLUSTER 2. RABU-13 SEPTEMBER 2017

Body

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN - Rabu, 13 September 2017. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan dan rombongan membuat lawatan ke sekolah-sekolah bagi melihat kelancaran perjalanan sesi persekolahan dan persiapan pelajar-pelajar bagi menghadapi Penilaian Sekolah Rendah.

Sekolah-sekolah yang dikunjungi oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan pada kali ini adalah Sekolah Rendah Haji Tarif dan Sekolah Rendah Saba Darat, Kluster 2.

i) Sekolah Rendah Haji Tarif, Kluster 2.

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan oleh Cikgu Sarimah binti Haji Lusin, Guru Besar Sekolah Rendah Haji Tarif dan Yang Mulia Haji Metussin bin Haji Jais, Ketua Kluster 2.

Semasa berada di Sekolah Rendah Haji Tarif, Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan memberi fokus kepada suasana pengajaran dan pembelajaran para menuntut Tahun 6 yang termasuk pembelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu, Yang Berhormat Pehin turut meninjau kelas pelajar-pelajar yang berkeperluan khas di sekolah tersebut. Yang Berhormat Pehin serta rombongan turut menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah. Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.

Pada tahun ini Sekolah Rendah Haji Tarif mempunyai keramaian 100 orang pelajar dan seramai 16 orang tenaga pengajar.

ii) Sekolah Rendah Saba Darat, Kluster 2.

Seterusnya rombongan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Saba Darat, Kluster 2. Ketibaan Yang Berhormat Pehin dan rombongan di Sekolah Rendah Saba Darat, Kluster 2, dialu-alukan oleh Cikgu Hajah Azrina binti Haji Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Saba Darat dan Yang Mulia Haji Metussin bin Haji Jais, Ketua Kluster 2.

Ketika berada di sekolah ini, Yang Berhormat Pehin dan rombongan membuat lawatan ke bilik-bilik darjah, dimulai dengan pengajaran Matematik Tahun 6A, seterusnya, pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 6B dan pengajaran Bahasa Inggeris Pra B. Ketika berada di dalam bilik darjah yang dilawati Yang Berhormat Pehin dan rombongan turut berinteraksi bersama para pelajar.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan juga turut menghadiri satu taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Azrina binti Haji Yusof. Di akhir sesi soal jawab taklimat tersebut, Yang Berhormat Pehin merasa kagum dan gembira dengan usaha sekolah dalam memotivasikan guru-guru mereka bagi mempersiapkan pelajar-pelajar khususnya pelajar Tahun 6 yang akan menduduki PSR pada bulan Oktober ini.

Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai serta ramah mesra Yang Berhormat Pehin dengan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Sekolah Rendah Saba Darat mempunyai seramai 184 pelajar dan seramai 23 orang tenaga pengajar.

Turut menyertai rombongan Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.


-T A M A T -


Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan
Tel. : 238 1301
Faks : 238 0703
Emel : feedback@moe.gov.bn
Laman web : www.moe.gov.bn
Attachments
Created at 9/14/2017 4:56 PM by Praneeth kaushalya
Last modified at 9/14/2017 4:56 PM by Praneeth kaushalya