Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Sesi Perjumpaan Akademi Guru Brunei Darussalam (BDTA) Bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah Kerajaan

Body

​SENGKURONG – Akademi Guru Brunei Darussalam (BDTA) mengadakan sesi pertama bagi tahun 2018, perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin sekolah kerajaan petang tadi. Sesi pertama ini diadakan bagi pemimpin-pemimpin sekolah Kluster 1, Kluster 2, Kluster 3 dan Pemimpin-Pemimpin Sekolah Arab (Brunei-Muara dan Temburong).

 

Antara objektif sesi tersebut diadakan, adalah untuk memberi penekanan semula mengenai peranan/fungsi BDTA dan sokongan yang disediakan oleh pihak BDTA berkaitan perkembangan profesional guru-guru; untuk memenuhi jangkaan pihak sekolah tentang peranan dan tanggungjawab BDTA; dan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan silaturahim dengan pihak sekolah.

 IMG-20180113-WA0019.jpg

Pada sesi tersebut, BDTA mengongsikan kursus-kursus yang ditawarkan dan juga cara pendaftaran untuk mengikuti kursus secara atas talian (online). Terkini, terdapat lebih 60 kursus yang ditawarkan di akademi dan ianya dibahagikan kepada 8 subjek utama: Bahasa Melayu, English, Mathematics, Technology Enhanced Learning Environment (TELE) iaitu kumpulan kursus yang berkaitan dengan teknologi dalam pendidikan, Pengetahuan Ugama Islam, General Courses yang berkaitan dengan pedagogi, Sains, dan Pendidikan Khas.

 

Bagi maklumat lanjut mengenai cara pendaftaran dan kursus-kursus yang ditawarkan, guru-guru bolehlah melayari laman sesawang BDTA di bdta.moe.gov.bn

 

Sesi kedua perjumpaan akan diadakan pada hari sabtu ini, bagi pemimpin-pemimpin sekolah Kluster 4, Kluster 5, Kluster 6 dan Sekolah-Sekolah Arab (Tutong dan Belait).


Attachments
Created at 1/13/2018 10:59 AM by Ayu Norfadzillah binti Hj Kasim
Last modified at 1/13/2018 11:53 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof