Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Ri'ayah Wa Mahabbah Celebrated Hari Raya Aidilfitri

Body

​Ri'ayah Wa Mahabbah, Ministry of Education had organized a celebration for Hari Raya Aidifitri at the Common Room, Male Hostel Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong this morning. Ri'ayah Wa Mahabbah programme is an initiative of the Ministry of Education, supported by Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHB).

Present as the Guest of Honour was Acting Director General of Education, Ministry of Education, Yang Mulia Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee.

The ceremony started with the recital of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Mohamad Sa’at bin Hj Mokim, Education Officer, School Co-Curricular Activities Unit, Department of Schools, Ministry of Education, and then followed by speech from Yang Mulia Haji Mohammad Sharifuddin bin Haji Mohammad Salleh, Acting Senior Special Duties Officer (Corporate), Department of Schools.
 
pelajar beramah mesra dengan tetamu kehormat serta rombongan(2).jpg

The ceremony continued with the performance from the students, before they get a chance to mingle with the guest of honour as well as taking group photo. Parents of respective students were also present during the event.
 
persembahan lagu hari raya daripada pelajar perempuan(2).jpg
Performance by Ri'ayah Wa Mahabbah Programme Students

The Ri’ayah Wa Mahabbah Programme is one of the primary education initiative to improve the performance and results of the Primary School Assessment (PSR) for Year 6 student in Government schools across the country. The program has been introduced since Year 2014 known as ‘Program Pemangkin’. The program was then renamed to Ri’ayah Wa Mahabbah in 2016. This year, 16 male and 9 female students are currently participating in the program at Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

____________________________________________________________________________________________________________
 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ri'ayah Wa Mahabbah, Kementerian Pendidikan

Program Ri’ayah Wa Mahabbah, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ri’ayah Wa Mahabbah bertempat di Common Room, Asrama Lelaki Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong pagi tadi. Program Ri’ayah Wa Mahabbah merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan yang disokong oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHB).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohamad Sa’at bin Hj Mokim, Pegawai Pendidikan, Unit Kegiatan Luar Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Haji Mohammad Sharifuddin bin Haji Mohammad Salleh, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-Sekolah. Majlis kemudian diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar program ini, seterusnya jamuan dan sesi beramah mesra dengan pelajar-pelajar Ri’ayah Wa Mahabbah. Ibu bapa pelajar-pelajar tersebut turut sama hadir dalam memeriahkan lagi acara ini.

Program Ri’ayah Wa Mahabbah merupakan salah satu inisiatif pendidikan rendah bagi meningkatkan prestasi dan keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi murid-murid Tahun 6 di sekolah-sekolah Kerajaan seluruh negara. Program ini telah mula diperkenalkan sejak Tahun 2014 dan dikenali sebagai Program Pemangkin. Program ini kemudian ditukar namanya kepada Program Ri’ayah Wa Mahabbah pada tahun 2016. Tahun ini, seramai 16 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan sedang mengikuti program ini di Asrama Maktab Duli PMAMB.

Attachments
Created at 7/14/2018 7:54 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 7/23/2018 8:51 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof