Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Eyeglasses giving Ceremony in Conjunction with World Sight Day 2018

Body


MHS_0361.JPG

Department of Information and Communication Technology, Ministry of Education recently held a charity event in the form of providing eyeglasses for 64 students under the Miftaahun Najah Scheme from 23 government primary schools in daerah Tutong, Belait and Temburong in conjunction with World Sight Day 2018. The event was held at Main Hall, Department of Curriculum Development Building.

Present as guest of honour was Yang Mulia Dr Habibah binti Haji Sion, Acting Director of  Information and Communication Technology. Also present was officers and staffs from Perfect Vision Company.

The objective of the event is to enliven World sight day 2018 and to increase awareness on the global eye/vision problems that currently happening in the world. 
_______________________________________________________________________

Majlis Penyampaian Kacamata Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2018

Satu majlis amal penyampaian sumbangan berupa kacamata telah diadakan di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan yang melibatkan seramai 64 pelajar Skim Miftaahun Najaah dari 23 buah sekolah rendah kerajaan daerah Tutong, Belait dan Temburong bersempena Hari Penglihatan Sedunia 2018 (World Sight Day 2018).

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan kacamata kepada guru-guru besar bagi sekolah-sekolah yang terpilih ialah Yang Mulia Dr Habibah binti Haji Sion, Pemangku Pengarah, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi selaku Pengerusi Majlis. Turut hadir di majlis tersebut ialah kakitangan dari Syarikat Perfect Vision.

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan telah bekerjasama dengan Syarikat Perfect Vision bagi menganjurkan aktiviti amal sebagai tanggungjawab sosial korporat bagi kedua-dua belah pihak kepada masyarakat. Khidmat pemeriksaan mata bagi pelajar-pelajar yang terpilih diberi bantuan telah pun berlangsung di Jabatan Sekolah-Sekolah, Temburong dan di Pusat Tingkatan Enam, Tutong. Projek amal tahun ini adalah kesinambungan Projek tahun lepas yang telah didermakan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah di Daerah Brunei dan Muara. Manakala pada tahun ini Pihak Syarikat Perfect Vision bercadang untuk menyumbangkan kacamata kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan dari Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong pula. Antara lain aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dan kurang kemampuan agar dapat menjalani hidup yang lebih baik, untuk menjadi lebih produktif dan memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam pembelajaran mereka.

Objektif lain majlis berkenaan adalah untuk menghidupkan lagi Hari Penglihatan Sedunia di negara ini yang mengutamakan kewaspadaan global pada masalah penglihatan sesetengah penduduk dunia.


Attachments
Created at 10/22/2018 9:08 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 11/1/2018 1:02 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof