Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Opening Ceremony Teacher's Day Conference 2018

Body

phg 3.jpeg

Ministry of Education today organized a Teacher's Day Conference aimed to improve education quality in conjunction with the 28th Teacher's Day Celebration. The opening ceremony was held at Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam this morning.

phg 1.jpeg

Attending as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education who also give the opening remark during the event. The Minister then presented certificates of appreciation to keynote and speakers during the conference. 

Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Doktor Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education.

This year theme "Empowering Teachers and Learners for Quality Education Through Innovation" is contextually aligned to the 2018 National Teacher's Day theme, Guru Dedikasi, Pendidikan Cemerlang. Most education systems around the world today have looked to technology in their efforts to re-conceptualise teaching and learning. Considering the speed of innovation around the world, and the ever-changing nature of industry, our education system needs to prepare our learners with 21st century skills which are necessary to be productive in today's society. 

---------------------------------------------------------------------------------

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, Kementerian Pendidikan hari ini telah mengadakan Persidangan Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-28 bagi Tahun 2018. Persidangan yang berlangsung selama sehari ini diadakan di Dewan Canselor dan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada persidangan ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang juga berkesudian untuk memberikan ucapan dan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada penyampai-penyampai ucaptama serta para pembentang kertas dan poster.

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Doktor Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Tema Persidangan Hari Guru pada kali ini ialah “Empowering Teachers and Learners for Quality Education Through Innovation” yang secara kontekstualnya selaras dengan tema Hari Guru Ke-28 bagi Tahun 2018 iaitu “Guru Dedikasi, Pendidikan Cemerlang”. Sistem pendidikan pada masa ini telah melihat  kepada teknologi sebagai landasan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan pergerakan laju inovasi secara global dan bidang perusahaan perindustrian yang sentiasa berubah, sistem pendidikan kita perlu menyediakan dan melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran abad ke-21 untuk lebih produktif dan berdaya saing dalam kehidupan masyarakat sekarang. Ianya juga selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk menjadikan guru-guru yang lebih berkualiti, berkesan, inovatif dan kreatif dalam profesion mereka. Selain daripada itu tema tersebut juga menyokong akan visi dan misi Kementerian Pendidikan iaitu “Pendidikan Berkualiti, Negara Dinamik”.

Antara perisian aturcara persidangan, iaitu pada sebelah pagi dimuatkan dengan sesi plenari bagi ucaptama oleh pencaramah undangan dari luar negara iaitu Mrs Chua-Lim Yen Ching, Deputy Director-General of Education (Professional Development) and Executive Director, Academy of Singapore Teachers dan pembentangan kertas oleh Dr. Juraidah Binti Haji Musa, Pemangku dekan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (SHBIE). Manakala aturcara persidangan pada sebelah petang ialah pembentangan sebanyak 15 kertas kerja pada sesi selari yang telah disampaikan oleh para pendidik dan ahli akademik tempatan.

Seramai 675 orang peserta yang mewakili dari pelbagai peringkat institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam telah menyertai persidangan ini. Antaranya ialah para pendidik di peringkat Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Institusi Pendidikan Swasta, Politeknik Brunei, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Mahasiswa Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam, Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan.

Persidangan Hari Guru pada tahun ini diselengarakan bersama oleh Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pendidikan, Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Turut hadir di persidangan ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.


Attachments
Created at 11/14/2018 12:59 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 11/22/2018 1:22 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof