Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

School Incentives presented to Schools excel in Academic and Co-Curriculum Education 2017

Body

Department of Schools and Department of Co-Curriculum Education, Ministry of Education yesterday morning organized a School Incentives presentation ceremony for Academic and Co-Curricular Education 2017 held at Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) hall. 

The objective of the event is to recognize and appreciate schools that shows significant improvement and effort in their school achievement especially in academic and Co-Curriculum education. 

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Doktor Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education. 

The School Incentives programme started in 2014, is an anual event organized by Department of Schools. By 2017, Department of Co-Curriculum Education participated in managing the programme. The programme is part of the departments initative to motivate all government schools (Primary, Secondary and College) to be more verve in reaching successful results in the future especially in academic, co-curricular activities and School uniqueness.

Gambar 2.jpg

DSC_0244.JPG

Picture above and below: Permanent Secretary (Core Education) Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanwati during prize giving ceremony of school incentives to receiving schools

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian dan peningkatan yang signifikan dalam akademik dan pendidikan kokurikulum sekolah, Kementerian Pendidikan hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Insentif Sekolah dan pendidikan kokurikulum bagi Tahun 2017.  Majlis diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang juga berkesudian untuk menyampaikan anugerah insentif kepada sekolah-sekolah yang Berjaya.

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Doktor Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis Penyampaian Insentif Sekolah ini mula diadakan pada tahun 2014 sebagai salah satu acara tahunan yang dikendalikan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah. Bermula pada tahun 2017, acara ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pendidikan KoKurikulum. Penyampaian Insentif ini adalah sebagai motivasi kepada Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan senegara supaya mereka akan lebih bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih baik khususnya dalam akademik, kegiatan luar dan kebitaraan sekolah di masa akan datang.

KATEGORI INSENTIF YANG AKAN DISAMPAIKAN IALAH:

1. BIDANG AKADEMIK

Insentif sekolah adalah berdasarkan peningkatan pencapaian akademik sekolah masing-masing, iaitu bagi sesi persekolahan tahun 2017.

A.     Penilaian Sekolah Rendah (PSR) - 2 kategori insentif

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1Sekolah Yang Mencapai atau Melepasi Sasaran 90% Gred A-C dalam PSR Tahun 2017
SR RAMBAI
SR KASAT
SR BAKIAU
SR PUTAT
SR SUNGAI TERABAN
SR BENUTAN
SR MELILAS
SR DMS DIAN SUKANG
Kategori 2Sekolah Yang Menunjukkan Peningkatan dalam Pencapaian PSR 2017
SR PSJ PG ABD MOMIN (26.94%^)
SR BENGKURONG (28.25%^)
SR AMO (33.09%^)
SR MELILAS (50.00%^)


B.      GCE "O" level 2017 - 3 Kategori insentif

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1Sekolah Yang Mencapai atau Melepasi Sasaran 60% memperolehi 5 "O" level /IGCSETidak ada
Kategori 2Sekolah Yang Menunjukkan Peningkatan Pencapaian dalam GCE O" level 2017
1. SM TANJONG MAYA
2. SM SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB
3. MAKTAB ANTHONY ABELL
4. STPRI
5. SM SAYYIDINA HASAN
6. SM PJN PG HJ ABU BAKAR (A)*
7. SM PERDANA WAZIR
8. SM PAP HJH RASHIDAH SB
Kategori 3Sekolah Yang Mengekalkan Pencapaian 100% memperolehi 5 "O" level / IGCSE1. SM PENGIRAN JAYA NEGARA (B)

 

C.      GCE "A" level 2017 - 2 Kategori insentif

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1Sekolah Yang Mencapai atau Melepasi Sasaran 70% memperolehi 3 "A" level ke atas1. MAKTAB SAINS PSBS
2. PUSAT TINGKATAN ENAM TUTONG
3. MAKTAB DULI PMAMB
Kategori 2Sekolah Yang Mencapai atau Melepasi Sasaran 88% memperolehi 2 "A" level ke atas1. PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG
2. PUSAT TINGKATAN ENAM TUTONG
3. PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG

 

2.  BIDANG KEBITARAAN SEKOLAH

Insentif Kebitaraan Sekolah  adalah bertujuan sebagai pengiktirafan kepada sekolah yang memiliki kebitaraan (niche area) yang kukuh, mampan (sustainable) dan memiliki rekod pencapaian yang tinggi di peringkat kluster, daerah, negara, serantau dan antarabangsa.  Kebitaraaan boleh saja dalam bidang akademik, kokurikulum, keusahawanan atau kemasyarakatan. Satu kebitaraan yang kukuh  akan berfungsi dan berperanan sebagai imej kepada etos, karakter, acuan, prestasi, identiti,  tradisi, budaya positif, keunikan, keunggulan, kredibiliti, personaliti dan trademark sekolah yang mampu melahirkan pelajar sebagai modal insan yang dinamik, berkembang secara holistik dan berterusan  serta  mengharumkan / menyerlahkan nama sekolah dan negara ke persada antarabangsa.

 

A.  Sekolah Rendah

 

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1Emas
Sekolah Rendah Kg Mata-Mata
(Pasukan Beruniform)
Kategori 2Perak1 -  buah Sekolah Rendah
Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi (Tarian Etnik)
Kategori 3Gangsa
1 - buah Sekolah Rendah
Sekolah Rendah Binturan (Kreatif Art)

 

B.  Sekolah Menengah

 

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1EmasTidak ada
Kategori 2Perak
Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab
(Robotic Olympiad)
Kategori 3Gangsa
Sekolah Menengah PAP Hjh Masna
(Pasukan Beruniform)

 

C.  Pusat Tingkatan Enam

 

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1EmasTidak ada
Kategori 2PerakPusat Tingkatan Enam Tutong (Robotic Olympiad)
Kategori 3GangsaPusat Tingkatan Enam Meragang (Bola Jaring)

 

3.  INSENTIF PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Insentif Pendidikan KoKurikulum 2017 bertujuan bagi memberikan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang aktif dan cemerlang dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah. Di samping itu, untuk menyampaikan mesej mengenai kepentingan kokurikulum ke arah membentuk dan membina warga sekolah yang sihat dan cergas selain untuk memberikan semangat dan motivasi kepada warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan kegiatan kokurikulum di sekolah masing-masing.

KATEGORIKETERANGANPENERIMA
Kategori 1

Sekolah Aktif

 2017

1. Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jln 49
2. Sekolah Menengah Rimba II
3. Maktab Duli Pg Muda Al-Muhtadee Billah
Kategori 2

Sekolah Cemerlang

2017

1. Sekolah Rendah Sengkurong
2. Sekolah Menengah Tanjong Maya
3. Maktab Duli Pg Muda Al-Muhtadee Billah 

 

Antara aturcara lain yang disusun pada majlis ini ialah Sesi Kongsisama mengenai "Pemerkasaan Kepimpinan Sekolah" yang disampaikan oleh Mr Barnaby Sandow, Pengetua Jerudong International School (JIS). Antara tujuan sesi kongsisama tersebut ialah bagi mengongsikan kepakaran dan best practices dalam kepimpinan yang diamalkan di sekolah Jerudong International School (JIS) yang bertemakan "Underpinning the Notion of School Leaders for Great Success".

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan dan Pemimpin-Pemimpin Sekolah.



Attachments
Created at 11/14/2018 3:10 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 11/15/2018 9:08 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof