Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Dikir Maulidur Rasul 1440/2018 at Masjid Suri Seri Begawan Kampung Madang

Body

The Ministry of Education (MoE) yesterday continues to held Dikir Maulidur Rasul 1440/2018 at the Suri Seri Begawan Mosque at Kampung Madang to glorify Maulidur Rasul.

MHS_0003.jpg

Attending as the guest of honour was Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education. Also present were Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Legislative Council Member as the Penghulu of Mukim Berakas 'B'; Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rector Universiti Islam Sultan Sharif Ali; senior officers and staffs from Ministry of Education. 

MHS_0057.JPG
MHS_0043.JPG

The Dikir aims to encourage attendees to praise and love Prophet Muhammad (pbuh), and at the same time foster closer ties among MoE officials.

The ministry will continue a Dikir at the Mohamed Bolkiah Mosque, Kampung Serusop on Friday, 16 November 2018 after Isya' Prayer.
___________________________________________________________________

Semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara terus bergema dengan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sama-sama memeriahkan dan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1440H.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan meneruskan lagi Majlis Dikir di Masjid-Masjid dengan mengunjungi Masjid Suri Seri Begawan, Kampung Madang. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'; Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan.

Majlis seumpama ini diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid dan penduduk kampong berkenaan.

Rombongan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam seterusnya akan berkunjung ke Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop pada hari Jumaat, 16 November 2018 bermula selepas Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.
Attachments
Created at 11/15/2018 9:08 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 11/27/2018 10:27 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof