Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Work Visits of the Minister and Deputy Minister of Education in Conjuction on the Opening of New School Term 2019

Body

‚ÄčWednesday 02 January 2019 - In conjunction of the opening of new school terms in year 2019, Minister of Education, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman and the Deputy Minister of Education, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh has conducted a separate work visits to several schools in Brunei-Muara District.

Among the school visited were Sekolah Sukan, Pulaie Primary School, Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) Secondary School, Kampong Mata-Mata Primary School, Rimba II Secondary School and Rimba I Secondary School.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Rabu,02 Januari 2019 - Bersempena dengan hari pertama musim persekolahan dibuka bagi Tahun 2019, Yang Berhomat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan Yang Mulia  Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan beserta rombongan mengadakan lawatan ke beberapa buah institusi pendidikan secara berasingan.

Lawatan Kerja  Menteri Pendidikan.

a)    Sekolah Sukan

 GAMBAR RAMAI YB MENTERI PENDIDIKAN BERSAMA TENAGA PENGAJAR DAN PELAJAR SEKOLAHN SUKAN.JPG

Yang Berhomat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan rombongan mula mengadakan lawatan ke Sekolah Sukan, Kluster 3.  Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan berserta rombongan dialu-alukan oleh Pengetua Sekolah Sukan, Mr.Matthew Eric Letham. 

Ketika berada di Sekolah Sukan , Yang Berhormat Menteri Pendidikan dibawa menyaksikan pendaftaran pelajar-pelajar Tahun 7 hingga Tahun 11 di kawasan atrium sekolah berkenaan.  Ketika di sini Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut berinteraksi dengan para pelajar yang sedang menjalani program ice breaking sebelum memulakan sesi pembelajaran secara formal.

Ketika berada di Dewan Kuliah sekolah berkenaanYang Berhomat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan juga berkesempatan bagi memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 7, sekolah berkenaan.  

Pada ketika ini Sekolah Sukan mempunyai keramaian 260 pelajar yang terdiri 130 pelajar mengikuti aliran sukan dan 130 mengikuti aliran akademik. Bermula pada Januari 2018, Sekolah tersebut mengadakan dua aliran pembelajaran bagi pelajar-pelajar, iaitu Aliran Sukan dan Aliran Akademik sebagai usaha berterusan Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan prestasi dan hala tuju Sekolah Sukan,.

 Aliran Sukan terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat sukan dari pelbagai sekolah dan dari kawasan tadahan seluruh negara, manakala Aliran Akademik terdiri daripada pelajar-pelajar kawasan tadahan Sekolah Sukan dan juga pelajar-pelajar terpilih yang mempunyai keputusan Penilaian Sekolah Rendah yang sangat baik.

b)   Sekolah Rendah Pulaie, Kluster 3

YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN EBRGAMBAR RAMAI BERSAMA MURID-MURID DAN TENAGA PENGAJAR DI SEKOLAH RENDAH PULAIE.JPG

Rombongan Yang Berhomat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan seterusnya mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Pulaie, Kluster 3.  Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan oleh Dayang Siti Hayon Bin Haji Jumat, Guru Besar Sekolah Rendah Pulaie, Kluster 3.  Ketika berada di sekolah ini Menteri Pendidikan dan rombongan dibawa melihat aktiviti ice breaking pelajar-pelajar Tahun 1 hingga 6, di dewan sekolah berkenaan.  Aktiviti ini diadakan bagi menguatkan lagi semangat para pelajar untuk kembali bersekolah setelah menjalani cuti sepanjang bulan Disember 2018.

c)    Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) Kluster 2.

Seterusnya Yang Berhomat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan rombongan mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, (SMJA) Kluster 2. Ketibaan rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Pengetua SM SMJA, Awang Haji Juma'ata Sonadey bin Haji Mornie.  Semasa berada di sekolah ini rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan di bawa melawat pengajaran di bilik Tahun 8. Yang Berhormat Dato dan rombongan juga meninjau kantin sekolah berkenaan .    Semasa berada di bilik kelas Tahun 11S2, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berinteraksi bersama pelajar-pelajar.   Yang Berhormat Dato telah menasihati para pelajar mengenai pentingnya para pelajar mulai membuat persediaan belajar di rumah lebih awal.  Yang Berhormat Dato menekankan kepentingan para pelajar mempunyai pengurusan masa yang baik bagi memberi ruang para pelajar mengimbangi masa untuk belajar dan juga untuk memperuntukan masa untuk rehat ,  bermain dan juga masa untuk belajar.   Dengan ada nya pengurusan masa yang betul menurut Yang Berhormat Dato para pelajar tidak akan merasa terbeban untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran di rumah masing-masing.

Turut menyertai rombongan Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan.


Rombongan Timbalan Menteri Pendidikan

Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah: Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata (Kluster 1); Sekolah Menengah Rimba II dan Sekolah Menengah Rimba I (Kluster 4) pada pagi ini.


a)    Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata, Gadong, Kluster 1

SR Mata-mata - ucapan TMP bagi menyuntik semangat pelajar-pelajar.JPG

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan kerja hari ini ke Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata. Ketibaan rombongan di alu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hjh. Hainiyisah bte Hj Mustapa, Guru Besar Sekolah Rendah berkenaan.

Aktiviti awal persekolahan pada tahun ini dimulakan dengan perbarisan pagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan, diikuti dengan bacaan Surah Adh-Dhuha serta taklimat motivasi dari Ketua Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Sesi lawatan dimulai dengan sesi bergambar ramai bersama Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan. Kemudian, sesi lawatan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata, seterusnya ucapan suntikan motivasi ringkas daripada Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan bagi menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk hadir ke sekolah.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan turut berkesempatan untuk menyaksikan beberapa aktiviti Team Building dari Pelajar Tahun 1 hingga 5 di dewan sekolah tersebut sambil beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar-pelajar. Kemudian, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan serta rombongan bergerak ke Bilik Sains sekolah bagi menyaksikan Team Building Pelajar Tahun 6.

Sekolah ini mempunyai seramai 273 orang pelajar dan 32 orang tenaga pengajar.

 

b)   Sekolah Menengah Rimba II, Kluster 4

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lagi sesi lawatan ke Sekolah Menengah Rimba II. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dyg Hjh. Siti Khadijah binti Haji Damit, Pengetua Sekolah berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan bergambar ramai bersama guru-guru sekolah Menengah Rimba II, diikuti dengan lawatan ke Numeracy and Literacy Space (NLS) dan kelas-kelas yang berkenaan bagi memastikan persediaan persekolahan berjalan dengan lancar.

Seterusnya, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan serta rombongan juga berkesempatan melawat Makmal Sains, kelas-kelas pembelajaran, Lecture Theatre dan Learning Hub sekolah berkenaan serta beramah mesra bersama pelajar-pelajar.

Pada tahun ini, Sekolah Menengah Rimba II mempunyai seramai 526 pelajar dan 101 tenaga pengajar.

 

c)    Sekolah Menengah Rimba I, Kluster 4

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lagi sesi lawatan ke Sekolah Menengah Rimba I. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awg Haji Malai Shah Eran bin Syed Hj Yussof, Pengetua Sekolah berkenaan.

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan memulakan lawatan dengan sesi bergambar ramai bersama guru-guru Sekolah Menengah Rimba I, diikuti dengan lawatan ke bahagian-bahagian prasarana sekolah untuk melihat secara lebih dekat bagi memastikan yang semua prasarana-prasarana sekolah dalam keadaan baik.

Antara yang mendapat perhatian Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan termasuk aspek-aspek prasarana dan keselamatan yang turut dibincangkan bersama pihak sekolah.

Turut menyertai rombongan ialah Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dan Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan.



Attachments
Created at 1/2/2019 9:12 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/3/2019 9:00 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof