Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Launching Ceremony of the Induction of Local Contract Teachers (LCT) Second Cohort

Body

Moday, 28 January 2019– Ministry of Education through Recruitment and Management of Specialised Teachers and Head of Specialised of English Language and Mathematics Project held a launching ceremony of the Induction of Local Contract Teachers (LCT), 2nd Cohort at the Main Hall, Ministry of Education New Building.

p8.jpg

p6.jpg

p10.jpg

p1.jpg

___________________________________________________________

Isnin, 28 Januari 2019– Kementerian Pendidikan melalui Projek Recruitment and Management of Specialised Teachers and Head of Specialised of English Language and Mathematics telah mengadakan Majlis Pelancaran Sesi Program Induksi Graduan Tempatan Menjadi Guru Tempatan Berkontrak Sebagai Guru Bahasa Inggeris dan Matematik pengambilan kohot kedua petang tadi bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) yang turut merasmikan majlis pelancaran tersebut.

Seramai 104 orang graduan tempatan yang terpilih untuk jawatan Guru Tempatan Berkontrak bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik bagi pengambilan kohort kedua di Kementerian Pendidikan menghadiri Program Induksi yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 28 Januari 2019 ini.

Program Induksi itu bertujuan sebagai langkah awal menyediakan guru-guru berkenaan dengan ilmu asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan matematik sebelum mereka masuk dan mengajar di dalam bilik-bilik darjah. Selain itu ia diharap akan dapat  memberikan kefahaman mengenai misi, visi, fungsi dan peranan Kementerian Pendidikan, serta untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang jelas dengan profesionalisme sebagai guru bahasa Inggeris dan matematik dalam mendukung Wawasan Negara 2035 khususnya dalam pendidikan literasi dan numerasi.

Taklimat juga diadakan bagi menerangkan peri pentingnya guru-guru baharu ini sentiasa mematuhi etika kerja sebagai seorang pendidik. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendokong projek Literacy and Numeracy Coaching Programme yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan pada ketika ini.


Attachments
Created at 1/28/2019 5:00 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/28/2019 5:02 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof