Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Minister of Education Conducted Work Visits to Schools in London, United Kingdom

Body

‚ÄčWednesday, 30 January 2019, London, United Kingdom - The Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman and Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary of Core Education conducted a work visits to several schools, agencies and higher education institutions in London, United Kingdom from 23 to 25 January 2019. Visited schools were Rosendale Primary School, Lilian Baylis Technology School and Turney School. The main objective of the visits is to understand how schools use various methods to improve students achievement in their respectives schools.

Rosendale School 1.JPG

Minister of Education and Permanent Secretary (Core Education) with the principal and teacher in Rosendale Primary School

_________________________________________________________________

Rabu, 30 Januari 2019, London, United Kingdom - Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa sekolah, agensi dan institusi pendidikan tinggi di London, United Kingdom pada 23 hingga 25 Januari 2019.  Sekolah-sekolah yang dilawat adalah Rosendale Primary School, Lilian Baylis Technology School dan Turney School. Tujuan utama lawatan ke sekolah-sekolah ini adalah untuk memahami bagaimana sekolah-sekolah tersebut menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah masing-masing. Semasa lawatan diadakan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta rombongan berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dari pemimpin-pemimpin sekolah tersebut dan melihat bagaimana program-program intervensi yang memfokuskan kepada program kemahiran hidup, penggunaan teknologi dan penterjemahandapatan dari kajian diserap dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sementara itu, di Turney School, rombongan berkesempatan mendengar dan melihat perlaksanaan program pendidikan khusus bagi pelajar-pelajar Autism yang berumur dari 5 hingga 19 tahun. 

Rombongan juga berpeluang untuk melawat London Connected Learning Centre, sebuah pusat pembelajaran yang pakar dalam merangka kurikulum IT dan perkembangan profesional bagi sekolah-sekolah di United Kingdom. Manakala, institusi pengajian tinggi yang sempat dilawat ialah Institute of Education, Univerisity College London iaitu institusi yang mempunyai bidang pengkhususan dalam pendidikan guru.

Lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta rombongan seterusnya disambung ke Helsinki, Finland. Antara tujuan Yang Berhormat Menteri Pendidikan berserta rombongan ke negara ini adalah untuk melihat sendiri sistem pendidikan yang digunapakai oleh negara berkenaan.


Attachments
Created at 1/31/2019 2:55 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 2/4/2019 7:42 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof