Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) to local Private Institutions Academic Session 2019-2020

Body

Applications for the Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) for the academic session 2019/2020 are now open to eligible local ‘O’ level school leavers to pursue higher education at local private higher institutions. 

The BPTV scheme is one of the projects under the 11th National Development Plan (RKN-11) offered by the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam which envisaged to fulfil the increasing demand for technical and vocational education in the country.

Ministry of Education will be conducting roadshows to several schools in all four districts from 17 to 26 June 2019 aimed at providing further information regarding this scheme. The general public especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcome to apply for the BPTV Scholarship Scheme. 

BPTV Scholarship Scheme application for the academic year 2019/2020 will commence on Monday, 17 June 2019 and will be closed on Saturday, 13 July 2019 at 4:00 p.m.

Surat Pemberitahuan with reference 6/2019 and the BPTV Scheme (BPTV/A) application form can be downloaded from the official Ministry of Education website: www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted through the procedures set up by the Scholarship Section, Ministry of Education.

For more information on the terms and conditions of the application, please refer to the Scholarship Section, Block C, Level 5, Ministry of Education or call 2380019; or by emailing to scholarship@moe.gov.bn

Click Here for full document and application form.

--------------------------------------------

SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV) SESI AKADEMIK 2019/2020

Kementerian Pendidikan hari ini telah membukakan permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2019/2020 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat ‘O’ untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri.    

Skim BPTV adalah merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN-11). Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini. 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan akan mengadakan jerayawara ke beberapa buah sekolah di keempat-empat buah daerah mulai dari 17 hingga 26 Jun 2019 yang bertujuan untuk memberigakan serta memberikan penerangan lebih lanjut mengenai dengan Skim BPTV ini.

Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat ‘O’ yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV.  

Permohonan Skim BPTV untuk sesi akademik 2019 / 2020 akan bermula pada Hari Isnin,17 Jun 2019 dan akan ditutup pada Hari Sabtu, 13 Julai 2019 jam 4:00 petang.

Surat Pemberitahuan bilangan 6 /2019 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A) boleh dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan: www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan tatacara permohonan bolehlah merujuk ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan, Blok C Tingkat 5, Kementerian Pendidikan atau menghubungi talian 2380019; atau melalui alamat emel scholarship@moe.gov.bn.


Attachments
Created at 6/17/2019 10:56 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 7/17/2019 3:54 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof