Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Opening Ceremony of the 11th ASEAN School Games in Semarang, Indonesia

Body

​The opening ceremony for the 11th ASEAN School Games was held at Holy Stadium, Semarang, Indonesia. The ceremony was launched by Yang Berhormat Imam Nahwari, Minister of Youth and Sport, Republic Indonesia.

Present at the event was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Deputy Minister of Education, Brunei Darussalam and President of ASEAN Schools Sports Council (ASSC) 2018-2019. Also present was Chef De Mission for Brunei Darussalam Sports School Council Contingent (MSSBD) to the 11th ASG in Semarang, Indonesia, Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman, Acting Director Department of Co-Curriculum Education.

This year, 10 ASEAN nations involved in the 11th ASG in Semarang, Indonesia which are Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Atletes will compete in 9 sports event such as atletics, badminton, pencak silat, takraw, table tennis, swimming and volleyball.

36 athletes from Brunei Darussalam Sports School Council Contingent will start competing in 6 types of sports namely Takraw, athletics, netball, swimming, ping pong and badminton tournament. 

Deputy Minister of Education, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh as the president of ASEAN Schools Sports Council (ASSC) 2018-2019 also attended and chaired The 56th ASEAN Schools Sports Council Manangement Meeting held at Po Hotel Ballroom, Semarang Indonesia. 

Amongst the agenda that were discussed at the meeting were;
Report from the host nation on the 11th ASEAN School Games 2019 in Indonesia.
Report from the 12th ASEAN Schools Games 2020 from the Philippines as the host nation.
Appointment of the new chairman of ASSC Technical Committee.
Confirmation on the activities and programmes and host nation for the calender year 2020 – 2025.

Also held during the meeting was the transfer of ASSC presidential position by Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education to His Excellency Sar Sokha, Secretary of State of the Ministry of Education, Youth and Sports and President of Cambodian Student Sports Federation who will be the new ASSC President for the next two years starting 2020 till 2021.

ASEAN Schools Sports Council was established in 1978. The council first organized ASEAN School Games in 2009 which took place in Thailand and is one of the important event organized yearly by the council. ASSC was established with the aim to; help strengthening cooperation between ASEAN countries schools students; improve socialization through sports; encourage active cooperation and communication in sports; contribute towards stability and peace between ASEAN regions and to develop potential elite athletes from ASEAN regions.

----------------------------------

Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-11 2019 telah berlangsung di Holy Stadium, Semarang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Imam Nahwari, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia.

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr.Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam selaku Presiden ASEAN Schools Sports Council (ASSC) bagi Tahun 2018-2019. Turut hadir ialah Awang Mohamed Jais bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum selaku Chef De Mission bagi Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) ke Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-11, Semarang, Indonesia.

YM Timbalan Menteri Pendidikan NBD selaku Presiden ASSC menyaksikan Pembukaan Rasmi ASG11, Semarang Indonesia 1.jpeg

Pada tahun ini, sebanyak sepuluh (10) negara ASEAN menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN ke-11 iaitu Negara Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Sebanyak 9 acara sukan dipertandingkan iaitu Badminton, Olahraga, Sepak Takraw, Renang, Bola Keranjang, Bola Tampar, Ping Pong, Tenis dan Pencak Silat.

Bagi kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) seramai 36 orang atlet akan menyertai Enam (6) acara sukan iaitu Badminton, Olahraga, Renang, Sepak Takraw, Pencak Silat dan Ping Pong dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-11 2019.

Selain dari menghadiri majlis pembukaan rasmi kejohanan sukan sekolah-sekolah ASEAN, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Presiden ASEAN Schools Sports Council (ASSC) juga mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Kali Ke-56 yang telah diadakan di Ballroom Po Hotel Semarang, Indonesia.

Bergambar Ramai mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Kali Ke-56.jpg

Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli dari 10 buah negara ASEAN yang menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-11 Tahun 2019.

Di mesyuarat berkenaan turut membincangkan:

1.     Menerima laporan mengenai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN ke-12 2020 oleh Tuan Rumah Philippines.

2.     Pengesahan Kalendar Acara bagi Penentuan Tuan Rumah bagi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN dalam jangka tahun 2020 – 2025.

3.     Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal ASSC yang baru.

Dalam mesyuarat tersebut jua, turut diadakan penyerahan jawatan presiden ASSC disempurnakan dengan penyerahan bendera ASSC oleh Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan kepada Tuan Yang Terutama Sar SokhaSetiausaha Kerajaan, Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan dan Presiden bagi Persekutuan Sukan Pelajar-Pelajar Kemboja bagi tempoh dua tahun bermula pada tahun 2020 hingga 2021.

 DSC_00271.jpg

ASSC telah ditubuhkan pada tahun 1978. Salah satu penganjuran terbesar yang dikendalikan oleh ASSC ialah penganjuran Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN yang telah pertama kali diadakan pada tahun 2009 di Thailand.

 

Di antara matlamat penubuhan ASSC ialah untuk membantu memupuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di kalangan negara ASEAN; memacu kemajuan sosial melalui jalinan kerjasama dalam bidang sukan; menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang lebih aktif dalam bidang sukan; menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan rantau ASEAN; melahirkan atlit elit masa hadapan di rantau ASEAN; dan mendokong dasar negara anggota ASEAN ke arah warga yang sihat melalui aktiviti sukan


Attachments
Created at 7/18/2019 11:46 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/8/2019 11:02 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof