Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Press Conference Of Higher Education Expo 2020

Body

BANDAR SERI BEGAWAN - The Ministry of Education through Higher Education Division, Institute of Brunei Technical Education (IBTE), and Scholarship Section held a press conference on the Higher Education Expo 2020 at the Dewan Persidangan 1, Ministry of Education, here. 

 

Present to convey information with regards to the expo were Yang Mulia Dayang Siti Zuliana binti Haji Abdul Samad, Head of Higher Education Division, Ministry of Education; Yang Mulia Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, Acting Director of Brunei Technical Education / Chief Executive Officer of Institute of Brunei Technical Education (IBTE) and Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Head of Scholarship Section, Ministry of Education, as well as the Co-chairmen of the Higher Education Expo 2020.

IMG-20200123-WA0014.jpg

Expopuan.png

IMG-20200123-WA0017.jpg

The objective of the press conference today is to share information on the Higher Education Expo 2020 which will be held for two (2) days, on the 8th and 9th February 2020 at the Bridex 1 and 2 Hall, Jerudong. 

IMG-20200123-WA0008.jpg

This year is the 5th Higher Education Expo organized by the Ministry of Education. The primary focus of the expo is to be a 'One Stop Information Center' for Higher Education which will unite all post-secondary educational institutions, government and private institutions of higher education as well as local and foreign education agencies under one roof to provide an overview on the landscape of post-secondary education and higher education.  

 

The expo will promote multiple pathways to higher education and educational opportunities available locally and abroad. The expo is expected to be the foundation to facilitate students who wish to increase the level of study and to interact directly with the institutions and educational agencies concerned.

 

So far a total of 83 institutions of higher learning, educational services agencies and other relevant government and private agencies will participate in this year's expo. It comprises of 13 public and private higher education institutions, 36 international higher education institutions, 23 government and private agencies, 8 from local and international education services agencies, and 3 missions and overseas representatives. 

IMG-20200203-WA0031.jpg

The local government Higher Education Institutions will comprise of Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei (PB) and Institute of Brunei Technical Education (IBTE). Private higher education will comprise of Laksamana College of Business, International Graduate Studies College (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT), Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA - FTMS Accountancy Academy and Mahakarya Institute of the Arts. These institutions will introduce the programs offered, the terms of admission, registration procedures and any information related to their respective institutions. 

 

The Ministry of Education will be sharing the latest and relevant information such as the HECAS Admissions System (HECAS), Government Scholarships, Education Loan Assistance Scheme (SBPP), Sharing of selection and recruitment of teachers, application for the recognition of courses / approvals, careers and others. Ministry of Education will be represented by the Higher Education Division, Scholarship Division, Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council, Life Long Learning Centre and the Counselling and Career Division from Department of Schools. Also participating in the expo are other government and private agencies. 

 

In addition to exhibitions and consultation sessions, the Higher Education Expo also conduct talks, seminars and forums from government agencies, local institutions, and associations such as:


●   Sharing knowledge on Personal Skills for example Personal Statement and Curriculum Vitae writing, Tips on Interview;

●   Higher Education Pathways for example HECAS application, Scholarship and Life Long Learning Opportunities;

●     New programmes offered in Higher Education;

●     Future career opportunities; 

●     Motivational forum on Entrepreneurship

DAY 1 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-01.jpg

 DAY 1 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-03.jpg

DAY 1 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-02.jpg

DAY 1 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-04.jpg

DAY 2 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-01.jpg

DAY 2 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-03.jpg

DAY 2 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-02.jpg

DAY 2 ACTIVITIES TIMETABLE - HE EXPO 2020-04.jpg

This expo is open to the public, especially for post-secondary and pre-university students, Brunei G.C.E. 'O' Level and 'A' Level or equivalent, who intend to pursue higher education such as National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Bachelor's Degree, Master's Degree and Doctoral Degree as well as those who wish to develop their skills or professionalism. 

 

This expo is not only limited to students or local visitors, but also welcomes and open the same opportunities for students and overseas visitors who wish to pursue studies at institutions in the country. Parking facilities and shuttle buses for the public will also be available at the Jerudong Playground car park during the expo.

IMG-20200123-WA0018.jpg

IMG-20200123-WA0019.jpg

IMG-20200123-WA0021.jpg

IMG-20200123-WA0020.jpg

_______________________________________________________________

SIDANG MEDIA BAGI EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2020

(HIGHER EDUCATION EXPO 2020)


BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Bahagian Biasiswa telah mengadakan sidang media mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2020. Sidang berkenaan diadakan di Dewan Persidangan (P1), Kementerian Pendidikan di sini. 

 

Hadir bagi menerangkan mengenai ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dayang Siti Zuliana binti Haji Abdul Samad, Ketua Bahagian Pengajian Tinggi; Yang Mulia Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik / Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Ketua Bahagian Biasiswa, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama ekspo berkenaan.

 

Sidang media pada hari ini bertujuan untuk mengongsikan maklumat mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2020 yang akan diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 8 dan 9 Februari 2020 bertempat di Dewan 1 dan 2, Bridex Jerudong.


Pada tahun ini merupakan kali ke-5 Ekspo Pengajian Tinggi telah diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan. Ekspo ini diadakan dengan fokus utama untuk menjadi Pusat Informasi sehenti (One Stop Information Centre) Pengajian Tinggi yang akan menyatukan kesemua institusi-institusi pengajian pasca menengah, institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta agensi-agensi pendidikan dalam dan luar negeri di bawah satu bumbung bagi memberikan gambaran mengenai lanskap pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi.

 

Ekspo ini akan memberigakan pelbagai laluan (multiple pathways) ke pengajian tinggi dan peluang-peluang tawaran pendidikan yang sedia ada di dalam dan luar negara. Ekspo ini diharap akan menjadi landasan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang berhasrat untuk meninggi tahap pengajian serta berinteraksi secara langsung dengan pihak institusi-institusi dan agensi-agensi pendidikan berkenaan.

 

Setakat ini 83 buah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta lain yang berkaitan yang akan menyertai ekspo tahun ini. Mereka terdiri daripada 13 institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negeri, 36 institusi-institusi pendidikan luar negeri, 23 agensi-agensi kerajaan dan swasta, 8 adalah dari agensi perkhidmatan pendidikan (education services agencies) dalam dan luar negeri, dan 3 misi dan perwakilan luar negara.

 

Institusi Pengajian Tinggi Awam Brunei Darussalam akan disertai oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei (PB) dan juga Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Manakala pengajian tinggi swasta akan disertai oleh Laksamana College of Business, Kolej International Graduate Studies (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT), Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA - FTMS Accountancy Academy dan Mahakarya Institute of the Arts. Institusi-institusi tersebut akan memperkenalkan program-program yang akan ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, tatacara pendaftaran dan segala maklumat yang berkaitan dengannya.

 

Kementerian Pendidikan pula akan memberigakan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan seperti Sistem Pusat kemasukan ke Pengajian Tinggi (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP), Perkongsian mengenai pemilihan dan pengambilan guru, permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/kelulusan, kerjaya dan sebagainya. Kementerian Pendidikan akan diwakili oleh Jabatan Pengurusan Pendidik; Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat Bahagian Pengajian Tinggi; Bahagian Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, , Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah. Juga akan turut serta dalam ekspo ini nanti adalah agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 

Selain dari pameran dan sesi konsultasi, Ekspo Pengajian Tinggi kali ini juga mengadakan sesi taklimat, seminar dan forum dari beberapa institusi pendidikan, agensi kerajaan dan persatuan tempatan. Antara aktiviti yang direncanakan adalah seperti:

 

●     Perkongsian pengetahuan mengenai kemahiran penulisan Personal Statement, Curriculum Vitaedan Tip Temuduga;

●     Higher Education Pathways seperti Permohonan HECAS, tawaran-tawaran biasiswa dan peluang pembelajaran sepanjang hayat;

●     Program-program baru yang ditawarkan di Pengajian Tinggi;

●     Peluang-peluang kerjaya di masa akan datang; dan 

●     Forum motivasi keusahawanan

 

Ekspo ini adalah dibukakan kepada orang awam, khususnya bagi lepasan menengah dan pra-universiti, iaitu Lepasan Brunei G.C.E. 'O' Level dan 'A' Level atau kelulusan yang sebanding dengannya, yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti program-program National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dan juga mereka yang ingin mengembangkan kemahiran atau profesionalisme mereka.

 

Ekspo ini tidak terhad kepada pelajar-pelajar atau pengunjung-pengunjung dalam negeri sahaja, malahan juga mengalu-alukan serta membukakan peluang yang sama kepada pelajar dan pengunjung luar negara yang berkeinginan untuk meneruskan pengajian di institusi-institusi di negara ini. Kemudahan tempat letak kereta dan shuttle bas juga akan disediakan untuk orang ramai bertempat di letak kereta Jerudong Park semasa ekspo itu nanti. Untuk makluman juga, peta kedudukan lokasi perkhidmatan berkenaan bolehlah diperolehi di dalam website Kementerian Pendidikan.

Attachments
Created at 1/23/2020 11:47 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 2/7/2020 10:41 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof