Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Perubahan Tarikh Cuti Penggal Pertama Persekolahan

Body

Kementerian Pendidikan, Berakas – Berikutan perkembangan terkini mengenai COVID-19 seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kemungkinan jangkitan adalah terkawal dengan mengubah tarikh bermula cuti penggal pertama persekolahan daripada 16 Mac 2020 kepada esok, hari Rabu, 11 Mac 2020. Perubahan cuti ini akan melibatkan sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab, Pusat Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan  dan juga sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah-sekolah Swasta dan sekolah-sekolah antarabangsa.

 

Sesi persekolahan penggal kedua akan bermula seperti dijadualkan. Walau bagaimanapun sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi media dan Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.

 

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan menyarankan mengenai amalan menjaga kebersihan diri dengan baik.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan ditalian 2382396 (pada waktu pejabat sahaja).  

Attachments
Created at 3/10/2020 5:12 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 3/14/2020 6:38 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof