Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Makluman Untuk Ibu-Bapa/Penjaga Pelajar Negara Brunei Darussalam Di Luar Negara Yang Pulang Ke Tanah Air Dalam Tempoh Wabak COVID-19

Body

‚Äč

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

 

Dengan nasihat pihak Kementerian Kesihatan, abiskita dibenarkan untuk membawa anak abiskita balik untuk pengasingan diri di rumah abiskita masing-masing dengan syarat rumah abiskita sesuai bagi tujuan ini. Ini bermakna terdapatnya bilik yang berasingan dalam rumah berkenaan dengan sebaik-baiknya mempunyai tandasnya sendiri. Dalam masa yang sama, di rumah abiskita tidak ada ahli-ahli keluarga yang berisiko tinggi. 

 

Awda diperlukan menandatangani surat perjanjian yang menyatakan abiskita bersetuju untuk mematuhi Dasar Pengasingan Diri (dikemaskini 17 Mac 2020), dan anak biskita adalah dimestikan untuk berada di bilik masing-masing dan tidak dibenarkan untuk keluar selama 14 hari. 

 

Kegagalan menuruti perintah pengasingan diri ini adalah satu kesalahan undang-undang.

 

Perkara ini adalah amat penting untuk dipatuhi sebagai langkah-langkah bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kepada keluarga biskita. Walaubagaimanapun, anak abiskita tidak semestinya mempunyai jangkitan COVID-19 pada masa ini.

 

Bagi ibu-bapa yang memilih bagi pengasingan diri di rumah, hanya seorang (1) sahaja ahli keluarga dibenarkan untuk menjemput anak mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam dan pelajar berkenaan terus saja diasingkan setibanya di rumah masing-masing. 

 

Abiskita boleh menghubungi Hotline Kementerian Pendidikan: 2382396, 2381167, atau 2381133 ext 2502 mulai sekarang untuk sebarang pertanyaan lanjut.

pic1.PNG

pic2.PNG

Attachments
Created at 3/22/2020 12:27 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 3/25/2020 6:10 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof