Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Kabar Angin Menular Mengenai Lokasi Salah Satu Pusat Pengasingan Pelajar Negara Brunei Darussalam Di Luar Negara Yang Pulang Ke Tanah Air Ekoran Pandemik COVID19

Body

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, 23 Mac 2020 – Dalam mengendali urusan para pelajar Negara Brunei Darussalam di luar negara yang kembali ke tanah air dalam tempoh pandemik COVID19 ini, pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak-pihak berkenaan yang lain berusaha bagi memberikan penempatan yang sesuai dan selesa kepada para pelajar menjalani tempoh pengasingan (isolation) di pusat-pusat pengasingan. 

 

Pihak Kementerian Pendidikan turut mengambil maklum dan menghargai perhatian berat yang diberikan oleh pihak ibu-bapa dan keluarga para pelajar berkenaan mengenai lokasi-lokasi pusat pengasingan yang dikenalpasti. Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan ingin menyusul mengenai kabar angin yang menular mengenai salah satu lokasi pusat pengasingan yang dikabarkan di kawasan Rimba yang merupakan maklumat yang TIDAK BENAR. Kementerian Pendidikan berharap pihak awam mengelak dari menyebarkan maklumat yang tidak sahih seumpama ini bagi menjaga kemaslahatan dan tidak mengelirukan orang ramai khasnya para ibu-bapa yang berkenaan.


-TAMAT-

 

Disediakan Oleh:

Pasukan Business Continuity Management, Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan

Tel.: 238 2396          Emel : feedback@moe.gov.bn                

 Laman Sesawang : www.moe.gov.bn     

Twitter: MoEducation Brunei                     Instagram: moe_brunei            

Facebook: Ministry of Education Brunei Darussalam

 

Dikeluarkan Oleh:

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Pendidikan

Berakas BB3510

Negara Brunei Darussalam

Tel.: 238 1301          Faks : 238 0703       Emel : feedback@moe.gov.bn                 

Laman Sesawang : www.moe.gov.bn     

Twitter: MoEducation Brunei                     Instagram: Kementerian_Pendidikan2019               

Facebook: Ministry of Education Brunei Darussalam


Attachments
Created at 3/24/2020 6:52 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 3/26/2020 3:13 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof