Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Pembatalan Peperiksaan Brunei Cambridge General Certificate Of Education (BC GCE) ‘O’, ‘AS’ Dan ‘A’ Level Dan Brunei Cambridge International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) Sesi Mei/Jun 2020

Body

Kementerian Pendidikan, Berakas / 30 Rejab 1441 bersamaan 25 Mac 2020 - Berikutan dengan penularan jangkitan COVID-19, keutamaan Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar serta guru-guru dan orang awam amnya.


Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) telah mengambil keputusan untuk tidak mengendalikan semua peperiksaan antarabangsa bagi sesi Mei/Jun 2020. Bagi Negara Brunei Darussalam, peperiksaan-peperiksaan yang tidak akan dikendalikan adalah Brunei Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), Brunei Cambridge General Certificate of Education (BC GCE) ‘O’, ‘AS’ dan ‘A’ Level yang mana telah dijadualkan akan bermula pada bulan April sehingga bulan Jun 2020.


Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan sedang bekerjasama dengan pihak CAIE untuk memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar-pelajar tidak akan terjejas dengan mewujudkan satu penilaian alternatif. Kementerian Pendidikan akan memaklumkan mengenai langkah-langkah dan tindakan-tindakan seterusnya apabila perkara ini selesai dibincangkan bersama dengan pihak CAIE.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian pertanyaan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan melalui 2380630 pada waktu bekerja dan emel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn

Attachments
Created at 3/25/2020 6:07 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 4/9/2020 5:41 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof