Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Melanjutkan Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Dalam Talian (Online), Cuti Khas Persekolahan Bulan Ramadhan Dan Hari Raya Aidilfitri Dan Sesi Persekolahan Penggal Ke-Dua Seterusnya

Body

Kementerian Pendidikan, Berakas / 15 Syaaban 1441 bersamaan 09 April 2020 - Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar-pelajar, Kementerian Pendidikan telah memutuskan agar pelajar-pelajar terus berada di rumah sepanjang sesi persekolahan penggal kedua dan untuk meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (online) bagi semua sekolah-sekolah rendah, menengah, pusat-pusat tingkatan enam, sekolah-sekolah vokasional dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan termasuk semua sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah-sekolah swasta bermula 19 Syaaban 1441 bersamaan 13 April 2020 sehingga 21 Ramadhan 1441 bersamaan 14 Mei 2020 manakala sekolah-sekolah antarabangsa adalah tertakluk kepada tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing.

 

Cuti khas persekolahan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada 22 Ramadhan 1441 bersamaan 15 Mei 2020 hingga 08 Syawal 1441 bersamaan 31 Mei 2020.  Dengan itu, sesi persekolahan penggal kedua seterusnya bagi semua sekolah-sekolah rendah, menengah, pusat-pusat tingkatan enam, sekolah-sekolah vokasional dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga semua sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, serta sekolah-sekolah swasta akan dimulakan pada 10 Syawal 1441 bersamaan 02 Jun 2020. Bagi sekolah-sekolah antarabangsa, ianya adalah tertakluk kepada tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut serta pelaksanaannya adalah masih tertakluk kepada perkembangan jangkitan pandemik COVID-19 ini serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan yang mana akan dimaklumkan kemudian.

 

Pihak sekolah juga akan terus mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP) masing-masing sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ini bagi menjaga kesejahteraan guru-guru dan warga sekolah. Pelaksanaan kaedah Work From Home (WFH) adalah masih menggunakan kaedah flexible working arrangements bagi semua warga perkhidmatan awam selaras dengan kenyataan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 06/2020.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 2382396 pada waktu pejabat sahaja. 

 

- T A M A T –


Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam, 

Kementerian Pendidikan

Berakas

Negara Brunei Darussalam BB3510

Tel.: 238 1301     Faks : 238 0703   

Emel : feedback@moe.gov.bn        

Laman Sesawang : www.moe.gov.bn

Twitter: MoEducation Brunei                

 Instagram: moe_brunei        

Facebook: Ministry of Education Brunei Darussalam

 

 

 

Unit Perhubungan Awam, 

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Jalan Dewan Majlis, Berakas 

Negara Brunei Darussalam BB3910

Tel.: 238 2525 / 6 / 311     

Emel : info.kheu@mora.gov.bn       

Laman Sesawang : www.kheu.gov.bn

 

 


Attachments
Created at 4/9/2020 5:40 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 4/29/2020 3:22 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof