Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Pembatalan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) sesi Jun 2020

Body

​Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan bahawa Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi sesi Jun 2020 adalah dibatalkan.

Berikutan dengan penularan jangkitan COVID-19, keutamaan Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan kesejahteraan pelajar-pelajar serta guru-guru dan orang awam amnya. Oleh yang demikian pihak Jabatan Peperiksaan telah mengambil keputusan untuk tidak mengendalikan semua peperiksaan bagi sesi Mei/Jun 2020 dan ini juga bermaksud tiada peperiksaan akan dijalankan bagi Sijil Perdagangan Brunei bagi sesi Jun 2020.

Sehubungan itu, pemohon-pemohon yang telah membuat pendaftaran/pembayaran bagi menduduki Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei sesi Jun 2020 adalah dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan Peperiksaan seberapa segera.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian pertanyaan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan melalui 2380630 dan 2380776 pada waktu bekerja atau emel exam.dept@moe.gov.bn

 

-T A M A T-


Attachments
Created at 4/15/2020 6:20 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 4/30/2020 2:56 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof