Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Ministry of Education Receives a Donation of 100 Tablets

Body

‚Äč

The Ministry of Education this afternoon received a donation of 100 units of new Lenovo tablets from Digital World Enterprise here. The donation is a joint initiative of Ministry of Education, Ministry of Transport and Infocommunications and Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) in supporting online learning and to provide assistance to students in need amidst COVID-19 pandemic in the country. 

Present to receive the contribution was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.

The donation was presented by Mdm. Zubaidah binti Zainoh, Director of Digital World Enterprise to Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Hamzah. The ceremony was held at the Conference Hall 1, Ministry of Education.

WhatsApp Image 2020-04-22 at 15.19.41.jpeg

Among those present were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Ir. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Permanent Secretary at the Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, acting Chief Executive of AITI; acting Director General of Education, Directors of Digital World Enterprise; Human Resource Manager of Digital World Enterprise; Heads of Department and Senior officers of the Ministry of Education.

WhatsApp Image 2020-04-22 at 15.19.42.jpeg

The donation drive to collect ICT devices to support online learning for students in need will be open until 14th May 2020. Donations can be dropped off either at Block A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara or IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait on Mondays to Thursdays and Saturdays from 8:30 am to 12:00 noon and from 2:00 pm to 4:00 pm, except on public holidays. During the month of Ramadhan, donations can be delivered from from 8:30 am to 1:30 pm on those same days. 

_____________________________________________________

Kementerian Pendidikan Menerima Sumbangan Berupa 100 Unit Tablet
Kementerian Pendidikan menerima sumbangan sebanyak 100 unit baru Lenovo tablet daripada Digital World Enterprise hari ini.  Sumbangan tersebut adalah inisiatif bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalamn (AITI) bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukan semasa pandemik Covid-19 di negara ini. 

Hadir bagi menerima sumbangan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis Penyerahan Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Puan Zubaidah binti Zainoh, Pengarah Digital World Enterprise kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Hamzah, Menteri Pendidikan, berlangsung di Dewan Persidangan 1, Kementerian Pendidikan. 

Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuriani Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Ir. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yussof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, Pemangku Ketua Eksekutif AITI; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Pengarah-Pengarah Digital World Enterprise; Pengurus Sumber Tenaga Manusia Digital World Enterprise; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.

Kempen derma untuk mengumpulkan peranti-peranti ICT bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk pelajar yang memerlukan dibuka sehingga 14 Mei 2020. Sumbangan boleh disalurkan di Blok A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara atau IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari dan dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang, kecuali pada hari cuti umum. Pada sepanjang bulan Ramadhan, sumbangan boleh dihantar dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang pada hari-hari yang sama.






Attachments
Created at 4/22/2020 3:16 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 4/30/2020 3:24 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof