Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Ministry Of Education Receives More Private Sector Contributions

Body

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education (MOE) this afternoon received a contribution of 350 units of HP Notebooks, 30 units of ACER laptops, 42 units of laptops from several companies at Conference Hall 1, MOE Headquarters, here. The donations were in response to the currently on-going donation drive jointly initiated by the Ministry of Education, Ministry of Transport and Info-Communications and Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) to support online learning and to provide assistance to students in need amidst COVID-19 pandemic in the country. The event also saw the donation of 18,000 pieces of face mask from a number of companies.

 

Present to receive the contributions was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

 

At this afternoon's event, Brunei Shell Petroleum (BSP) contributed 42 laptops which were co-presented by Yang Mulia Ms. Farida Talib, Commercial Director and Yang Mulia Haji Malai Anwar Hussain, Chief Information Officer of BSP.

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.52 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.52 PM (1).jpeg

From a total of 350 HP Notebooks received today, Bahteramas Holdings Sendirian Berhad donated 130 units of the device presented by the holdings' Chairman, Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; Yang Mulia Mr. Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Director; and Yang Mulia Mr. Hj Shazali bin Tan Sri Dato Hj Sulaiman, BAHTERA Consultant. Adinin Group of Companies contributed a further 100 unit of the HP Notebooks which were handed over by its Managing Director, Yang Mulia Mr. Musa Adinin whilst Yang Mulia Mr. Haji Sulaiman bin Haji Ahai, Managing Director of Komputer Wisman Sendirian Berhad represented his company in donating 70 units of the device. ATDC Sendirian Berhad donated 25 units of HP Notebooks handed over by Yang Mulia Mr Muhammad Luqman Hakeem, the company's General Manager, whilst another 25 units were presented by Yang Mulia Mr. Muhammad Afiq Musa, Director of Aisha Automation Sendirian Berhad. The five companies' donation of the HP Notebooks was coordinated by Komputer Wisman Sendirian Berhad.

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.54 PM.jpeg

 WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.55 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.56 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.57 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.25.58 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.26.00 PM.jpeg

The ceremony this afternoon continued with the presentation of 30 units of ACER laptops from Joffren Omar Company Sendirian Berhad. Present to hand the donation of these laptops was Yang Mulia Pg. Md. Noor Joffren bin Pg. Omar, Managing Director of Joffren Omar Company Sendirian Berhad.

 

Additionally, today's event also received the contribution of facemasks from three companies. Yang Mulia Mr Max Wee Kok Lung from Momo Insurance Agency represented Momo Insurance Agency, Yang Mulia Mr Tung Yun Mei from Dreamcars88 Enterprise and Yang Mulia Mr Alex Liew from Digi-Mark Enterprise presented their contribution of totaling to 18,000 pieces of face mask.

 WhatsApp Image 2020-04-29 at 2.26.01 PM.jpeg

Among those present at the presentation ceremony this afternoon were Yang Mulia Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Permanent Secretary at the Ministry of Transport and Info Communications (MTIC); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Ir Haji Jailani bin Haji Buntar, acting Chief Executive of AITI; senior members and representatives from Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad; Bahteramas Holdings Sendirian Berhad, Adinin Group of Companies, Komputer Wisman Sendirian Berhad, Joffren Omar Company Sendirian Berhad; Aisha Automation; ATDC; Momo Insurance Agency, Dreamcars88 and Digital-Mark Enterprise; acting Director General of Education; Heads of Department at the Ministry of Education.

 

The donation drive to collect ICT devices to support online learning for students in need is opened until 14th May 2020. Donations can be dropped off either at Block A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara or IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait on Mondays to Thursdays and Saturdays from 8:30 am to 1:30 pm.

______________________________________________________________________________ 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MENERIMA BEBERAPA SUMBANGAN DARI SEKTOR SWASTA


BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan pada petang tadi menerima lagi sumbangan berupa 350 buah HP Notebook, 30 buah komputer riba ACER, dan 42 unit komputer riba dari beberapa buah syarikat yang berlangsung di Dewan Persidangan 1, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan di sini. Sumbangan tersebut merupakan respon pada menyahut kempen derma komputer, komputer riba dan tablet yang diusahakan bersama oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukan semasa pandemik COVID-19 di negara ini. Di samping itu, majlis pada hari ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak 18,000 keping penutup muka dari beberapa syarikat swasta.

 

Hadir bagi menerima sumbangan di pihak Kementerian Pendidikan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

 

Sejumlah 42 unit komputer riba telah diterima dari Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad yang disampaikan oleh Yang Mulia, Dyg. Farida Talib, Pengarah Komersil dan Yang Mulia Haji Malai Anwar Hussain, Chief Information Officer dari Syarikat berkenaan.

Dari sejumlah 350 buah HP Notebook yang diterima dari beberapa buah syarikat pada hari ini, sebanyak 130 unit disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, Pengerusi Bahteramas Holdings; Yang Mulia Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Pengarah; dan Yang Mulia Hj Shazali Tan Sri Dato Hj Sulaiman, Konsultan BAHTERA bagi  mewakili sumbangan dari Bahteramas Holdings Sendirian Berhad; 100 unit lagi disumbangkan oleh Adinin Group of Companies yang disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Musa Adinin, Pengarah Urusan syarikat berkenaan; 70 unit HP Notebook tersebut diterima dari Komputer Wisman Sendirian Berhad yang disampaikan oleh Yang Mulia, Haji Sulaiman bin Haji Ahai, Pengarah Urusannya; dan sebanyak 25 unit disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Luqman Hakeem, Pengurus Besar ATDC Sendirian Berhad manakala sebanyak 25 unit lagi disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Afiq Musa, Pengarah Aisha Automation Sendirian Berhad. Sumbangan HP Notebook dari syarikat-syarikat berkenaan diselaraskan Komputer Wisman Sendirian Berhad.

 

Majlis penerimaan sumbangan kali ini turut menerima sumbangan sebanyak 30 buah komputer riba ACER dari Joffren Omar Company Sendirian Berhad yang disampaikan oleh Yang Mulia, Pg. Md. Noor Joffren bin Pg. Omar, Pengarah Urusan Joffren Omar.

Majlis selanjutnya turut menyaksikan penyerahan sumbangan penutup muka yang disampaikan oleh Yang Mulia Max Wee Kok Lung dari Momo Insurance Agency; Yang Mulia Tung Yun Mei dari Dreamcars88 Enterprise; dan Yang Mulia Alex Liew dari Digi-Mark Enterprise. Sumbangan dari ketiga-tiga syarikat pada hari ini  adalah berjumlah 18,000 keping penutup muka.

Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr Shamsiah Zuriani Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yussof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Ir Haji Jailani bin Haji Buntar, Pemangku Ketua Eksekutif AITI; Ketua bahagian / pegawai-pegawai kanan dari Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad; Bahteramas Holdings Sendirian Berhad, Adinin Group of Companies, Komputer Wisman Sendirian Berhad, Joffren Omar Company Sendirian Berhad; Aisha Automation Sendirian Berhad; ATDC Sendirian Berhad; Momo Insurance Agency, Dreamcars88 Enterprise dan Digital-Mark Enterprise, pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan; dan Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan.

 

Kempen derma untuk mengumpulkan peranti-peranti ICT bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk pelajar yang memerlukan ini dibuka sehingga 14 Mei 2020. Sumbangan boleh disalurkan di Blok A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara atau IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

 

- T A M A T –

 

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Pendidikan

Negara Brunei Darussalam


Attachments
Created at 4/29/2020 3:19 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 4/30/2020 3:23 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof