Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

SMS Results for BC GCE AS, A, O Level and IGCSE May/June 2020

Body

‚ÄčThe Ministry of Education in collaboration with DST Communications Sdn Bhd (DST)  and Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) will be offering Short Messaging Service (SMS) for the upcoming examination results for B-C GCE 'O' Level & IGCSE and GCE 'A' & 'AS' Level May/June 2020 Examination results.

Subscribers (students and parents) who wish to subscribe to this service are required to register on-line through the Ministry of Education's webportal at www.moe.gov.bn or the e-Darussalam portal at www.gov.bn

Subscribers will also be able to register through mobile phones via Short Messaging Service and will need to input the following text; MOE<space>REG<space>[CENTRE CODE]<space>[CANDIDATE NUMBER]<space>[CANDIDATE I.C. NO] and send to 8885555 for DST Subscribers or 38666 for Progresif Cellular Sdn Bhd Subscribers.

Subscribers should also be informed that no charges will be applied for registration through the Ministry of Education's Webportal or mobile phones.  Subscribers may begin subscribing to this service as of  Tuesday, 25 August 2020.

Examination results will only be sent to subscribers via SMS upon approval from the Examinations Department, Ministry of Education to release results.  Subscribers will be charged an amount of B$3.00 for each SMS result received.

With this service, the Ministry of Education hopes that it will benefit the members of the public especially parents and the Ministry of Education's stakeholders in general.

For more information or any further enquiries on how to register, emails can be sent to   mach@machbrunei.com or visit their website at http://www.machbrunei.com/moe


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN B-C GCE 'O', 'AS' &'A' LEVEL DAN IGCSE MEI / JUN 2020

 MELALUI PERHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

 

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama DST Communications Sdn. Bhd. (DST), Progresif Cellular Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi mendapatkan Keputusan peperiksaan B-C GCE 'O', 'AS' &'A' Level DAN IGCSE bagi Mei / Jun 2020.

Para pelanggan (pelajar dan ibu bapa) yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki untuk medaftar secara atas talian melalui web portal Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau portal e-Darussalam di www.gov.bn.

Para pelanggan juga dapat mendaftar melalui telefon bimbit dengan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan diperlukan untuk memasukkan teks berikut; MOE<jarak>REG<jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NOMBOR CALON]<jarak>[NOMBOR IC CALON] dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif Cellular Sdn Bhd.

Bagi makluman para pelanggan, tiada bayaran akan dikenakan bagi pendaftaran melalui web portal Kementerian Pendidikan, portal e-Darussalam atau telefon bimbit. Para pelanggan boleh mula melanggan perkhidmatan ini pada hari Selasa, 25 Ogos 2020.

Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) setelah Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mendapat kebenaran untuk mengumumkan keputusan peperiksaan berkenaan. Pelanggan akan dikenakan pembayaran sejumlah B$3.00 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa dan pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umumnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menghadapkan sebarang pertanyaan mengenai cara pendaftaran, sila hantar pertanyaan ke alamat emel mach@machbrunei.com atau layari laman sesawang di http://www.machbrunei.com/moe


Attachments
Created at 8/24/2020 4:14 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/29/2020 8:53 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof