Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

ASEAN High Level Conference On Human Resource Development (Ministers Special Session)

Body

Bandar Seri Begawan – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education attended the ASEAN High Level Conference on Human Resource Development (Ministers Special Session) held virtually today. The online Conference was hosted by the Ministry of Labour, Invalids and Social Affairs of Viet Nam.

WhatsApp Image 2020-09-16 at 3.28.10 PM.jpeg

YB Dato ASED 16 Sept 2020 2nd Choice.jpeg

The Conference was jointly officiated by His Excellency Dao Ngoc Dung, Minister of Labour, Invalids and Social Affairs of Viet Nam, His Excellency Prof. Dr. Phung Xuan Nha, Minister of Education and Training of Viet Nam and His Excellency Dato Lim Jock Hoi, Secretary-General of ASEAN. The event saw the adoption of the Roadmap of the ASEAN Declaration on Human Resources for the Changing World of Work by the ASEAN Education and Labour Ministers followed by the launching ceremony of the ASEAN TVET Council which was officiated by His Excellency Dato Lim Jock Hoi, Secretary-General of ASEAN.

The Conference consisted of four (04) ministerial panel sessions in which Yang Berhormat Dato had a chance to share insights during Panel Session 2 which carried the theme Human Resources Development in Post-Pandemic Era. During this session, Yang Berhormat Dato shared the initiatives taken by the Ministry of Education in responding to human resource development with a particular emphasis on developing 21st century skills and lifelong learning. Yang Berhormat Dato also shared the initiatives taken to build the capability and capacity of teachers and instructors by implementing a new teacher selection and recruitment process as well as strengthening our training programmes, among others.

Also in attendance during the Conference were Yang Berhormat Pehin Seri Kerna Dato Seri Setia Dr Awang Hj Abu Bakar bin Haji Apong, Minister of Home Affairs, Brunei Darussalam; Education and Labour Ministers from ASEAN Member States, ASEAN Dialogue Partners, representatives from International Labour Organisation (ILO), UNESCO and ASEAN Business Advisory Council.  

Prior to the Ministerial Session, there was a convening of a Senior Officials Level  session of the Conference, held virtually on 15th September 2020. Representing Brunei Darussalalam at the Conference was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education. The Conference was also attended by Education, Economic and Labour Senior Officials from ASEAN Member States, ASEAN Dialogue Partners, representatives from SEAMEO, International Labour Organisation (ILO), World Bank, UNESCO, UNICEF and World Economic Forum.

WhatsApp Image 2020-09-16 at 3.28.01 PM.jpeg

During the senior official's level conference, Education and Labour Senior Officials reviewed and adopted the Roadmap of the ASEAN Human Resource Development for the Changing World of Work. The Senior Officials session also saw sharing from senior officials and representatives from ASEAN and its partners on their respective priorities and areas on interest for cooperation pertaining to human resources development. 


__________________________________________________________


Bandar Seri Begawan – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan telah menghadiri sesi khas persidangan bertaraf menteri secara dalam talian bertajuk ASEAN High Level Conference on Human Resource Development yang dianjurkan oleh Ministry of Labour, Invalids and Social Affairs, Viet Nam pada hari ini.

Persidangan berkenaan telahpun dirasmikan bersama oleh Tuan Yang Terutama Ngoc Dung, Minister of Labour, Invalids and Social Affairs of Viet Nam, Tuan Yang Terutama Prof Dr. Phung Xuan Nha, Minister of Education and Training of Viet Nam dan Tuan Yang Terutama Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN. Persidangan turut menyaksikan pengesahan Roadmap bagi ASEAN Human Resources for the Changing World of Work dari Menteri-Menteri Pendidikan dan Buruh ASEAN dengan diikuti acara pelancaran ASEAN TVET Council. Persidangan ini merangkumi empat sesi panel Menteri dimana Yang Berhormat Menteri Pendidikan berpeluang membuat perkongsian semasa sesi panel kedua yang membawa tema Human Resources Development in Post-Pandemic Era.

Semasa sesi berkenaan, Yang Berhormat Dato mengongsikan mengenai inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dalam menangani isu pembangunan sumber tenaga manusia terutamanya dalam pembangunan kemahiran abad ke-21 dan pembelajaran sepanjang hayat. Yang Berhormat Menteri Pendidikan antara lainnya mengongsikan mengenai pembangunan kapasiti guru dan tenaga pengajar dengan melaksanakan proses pemilihan dan pengambilan guru-guru serta pengukuhan program-program latihan.

Turut hadir didalam Persidangan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Seri Kerna Dato Seri Setia Dr Awang Hj Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam; Menteri-Menteri Pendidikan dan Buruh ASEAN, Rakan Dialog ASEAN serta wakil-wakil daripada International Labour Organisation (ILO), UNESCO dan ASEAN Business Advisory Council.

Sebelum sesi khas persidangan Menteri berkenaan, satu sesi bagi pegawai-pegawai kanan telahpun diadakan pada 15 September 2020 secara dalam talian. Hadir semasa sesi tersebut ialah Yang Mulia Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari sektor pendidikan dan buruh ASEAN, rakan-rakan dialog ASEAN dan wakil-wakil antaralain nya dari International Labour Organisation (ILO), World Bank, UNESCO, UNICEF dan World Economic Forum.

Semasa sesi persidangan peringkat pegawai kanan berkenaan, pegawai-pegawai kanan ASEAN dari sektor pendidikan dan buruh telahpun meneliti dan mengesahkan dokumen Roadmap bagi ASEAN Human Resource Development for the Changing World of Work tersebut.  Sesi persidangan bagi pegawai-pegawai kanan tersebut turut menyaksikan  perkongsian dari pegawai kanan dan perwakilan dari ASEAN dan rakan-rakannya untuk mengongsikan mengenai keutamaan dan bidang kepentingan masing-masing untuk kerjasama yang berkaitan pembangunan sumber manusia.


Attachments
Created at 9/17/2020 3:06 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 9/21/2020 7:57 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof