Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Thanksgiving Prayer Ceremony in schools Nationwide in conjunction with Brunei Darussalam 30th Teacher's Day Celebration

Body

THURSDAY, 24 September 2020 – Schools, colleges and Six Form Centres nationwide under the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs held thanksgiving prayer ceremonies this morning at their respective schools, colleges and centres in conjunction with 30th Teacher's Day Celebration in Brunei Darussalam

 

The ceremony is a part of the religious activities conducted in conjunction with the 30th Teacher's Day Celebration organised by the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs.

 

Among the objectives of the ceremony are to express gratitude to Allah the Almighty, as well as to appreciate the contribution of teachers in educating students to be successful, while strengthening the bond between teachers and students.

 

Teacher's Day in Brunei Darussalam is celebrated every year on the 23rd of September, in conjunction with the birthday anniversary of Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien to commemorate Al-Marhum's contribution towards the development of education in the country.

 

The celebration is also intended to raise the stature of the teaching profession which has greatly contributed to the development of human resource capacity in the country. The theme for the Teacher's Day Celebration this year is 'Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar'.

--------

KHAMIS, 24 September 2020 - Bersempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-30 Tahun 2020, sekolah-sekolah, maktab dan pusat-pusat tingkatan enam seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan di sekolah, maktab dan pusat masing-masing.

 

Majlis ini merupakan sebahagian daripada kegiatan-kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.


WhatsApp Image 2020-09-24 at 2.07.58 PM (1).jpeg

 WhatsApp Image 2020-09-24 at 2.07.58 PM (4).jpeg

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi serta menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya di samping mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar itu sendiri.

 

Sambutan Hari Guru di Negara Brunei Darussalam disambut pada 23 September setiap tahun bagi mengambil sukut sempena ulang tahun Hari Keputeraan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Khairi Waddien sebagai mengenang jasa bakti Al-Marhum terhadap kemajuan pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

 

Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan kerjaya perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia di negara ini. Pada tahun ini, tema bagi Sambutan Hari Guru ialah 'Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar'.





Attachments
Created at 9/24/2020 2:51 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 9/27/2020 5:48 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof