Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

2020 Teacher’s Day Conference In Conjunction With The 30th Teacher’s Day Celebration

Body

The Ministry of Education through the Brunei Darussalam Teachers Academy (BDTA), Department of Educators Management and Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), University Brunei Darussalam has held a Teacher's Day Conference in conjunction with the 2020 30th Teacher's Day Celebration for 2020. This year's Teacher's Day Conference is different from the previous year, considering this annual conference is taking place at a time when education around the world is facing disruptions and coping with the new norm due to COVID-19 pandemic, thus this year's conference is held entirely online using the Microsoft Teams Digital Platform.

Present as the guest of honor for the event albeit virtually was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. Also present during the conference was Yang Mulia Datin Paduka Seri Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Deputy Minister of Education.

DSCF2720.JPG

DSCF2725.JPG

The global spread of COVID-19 pandemic has affected teaching and learning profoundly. Among the issues presented at this conference are the impact of the use of Information communication and technology as well as its impact on the Industrial Revolution 4.0 and 21st century teaching and learning. A total of thirty-six (36) papers were presented and 15 e-posters were published in the official website of the Teacher's Day Conference at www.tdc.bdta.tech.

Approximately one thousand and six hundred (1,600) participants attended this year's conference consisting of primary and secondary school teachers under the purview of the Ministry of Education, private schools Arabic schools under the Ministry of Religious Affairs; the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) and Public Higher Education Institutions (IPTA).

WhatsApp Image 2020-09-28 at 2.51.17 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-09-28 at 8.31.07 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-09-29 at 8.56.06 AM.jpeg

WhatsApp Image 2020-09-29 at 8.53.35 AM.jpeg

WhatsApp Image 2020-09-29 at 9.24.34 AM.jpeg

The main goal of this year's conference is to provide a platform for teachers to share and discuss innovative practices to improve student performance and the quality of national education in accordance with the Teacher's Day theme this year which is Quality Education is the Core of Student's Excellence.

The theme of this year's conference is Empowering Educational Excellence through Innovation which focuses on three areas of; Innovation In Redesigning Curriculum, Innovation In Pedagogy And Innovation In Assessment. All three areas discussed effected the educational innovations implemented during the COVID-19 outbreak.

The keynote address was delivered by Ms Andria Zafirakou from the United Kingdom. She is the winner of the Varkey Foundation Global Teacher Award in 2018. Her presentation entitled Innovative Teaching to Transform The Landscape of Education: Redesigning Curriculum, Pedagogy And Assessment shares her experiences in changing the lives of her students by providing supports as per their needs and setting expectations.

The conference also held an international forum with two regional speakers from SEAMEO Centres, representing SEAMEO Relc Dr Marie Ye and SEAMEO INNOTECH, Dr. Sherlyne A. Almonte-Acosta. Also joining were three local panels of Yang Mulia Ak Alif Wira Putra bin Pg Awang, Primary Education Numeracy Coach from Sekolah Rendah Pusar Ulak; Yang Mulia Dyg Farizan binti Awg Haji Rosli, Science subject teacher, Sekolah Rendah Batu Marang and Yang Mulia Awg Muhammad Bahri bin Awg Bohari, Education Officer from Sekolah Rendah Dato Basir to dicuss topic on Diverse innovation focusing on curriculum, pedagogy and assesment adpoted and adapted by teacher in Brunei from all levels of education and disciplines on dealing with teaching and learning during the global pandemic.

Also in attendence were Permanent Secretaries and Deputy Permanents Secretaries from Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs, CEO of Imagine Sdn Bhd, Vice Chancellors from Universiti Brunei Darussalam, Univerisiti Islam Sharif Ali, Universiti Teknologi Brunei, General Manager of TechOne Solution, Head of Departments, officers and staff of both ministries.

___________________________________________________________________________

Kementerian Pendidikan melalui Akademi Guru Brunei Darussalam (BDTA), Jabatan Pengurusan Pendidik dan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB), Universiti Brunei Darussalam pada tahun ini mengungkayahkan Persidangan Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Ke-30 tahun 2020. Persidangan Hari Guru buat julung kalinya tahun ini diadakan sepenuhnya secara maya mengambil kira ianya berlangsung semasa pendidikan di seluruh dunia sedang menghadapi gangguan dan menangani norma baru akibat pandemik COVID-19, Persidangan tahun ini menggunakan pelantar Digital Microsoft Teams.

Hadir selaku tetamu kehormat secara maya bagi acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. Turut hadir semasa persidangan berkenaan ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia ketika ini memberi banyak kesan terhadap pembelajaran dan pengajaran. Diantara isu-isu yang dibentangkan adalah kesan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta kesannya terhadap Revolusi Industri 4.0 dan juga pembelajaran dan pengajaran Abad ke-21. Bagi persidangan kali ini, sebanyak tiga puluh enam (36) kertas kerja manakala lima belas (15) e-posters dipamerkan di laman sesawang rasmi Persidangan Hari Guru iaitu www.tdc.bdta.tech.

Lebih kurang seramai seribu enam ratus (1,600) orang peserta mengikuti persidangan tahun ini yang terdiri dari guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, semua sekolah swasta serta sekolah Arab di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama termasuk Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Matlamat utama persidangan tahun ini adalah untuk menyediakan platform bagi guru-guru untuk berkongsi dan membincangkan amalan yang berinovatif bagi meningkatkan prestasi pelajar dan kualiti pendidikan negara sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar.

Tema persidangan pada tahun ini ialah Memperkasa Kecemerlangan Pendidikan melalui Inovasi yang terbahagi kepada tiga bidang iaitu; Inovasi dalam Perangkaan Semula Kurikulum, Inovasi dalam Pedagogi, dan Inovasi dalam Penilaian. Ketiga-tiga bidang yang dibincangkan mempengaruhi inovasi pendidikan yang dilaksanakan semasa wabak COVID-19.

Ucap tama persidangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Andria Zafirakou dari United Kingdom. Beliau merupakan pemenang bagi Varkey Foundation Global Teacher Award pada tahun 2018. Pembentangan beliau bertajuk Innovative Teaching to Transform The Landscape of Education: Redesigning Curriculum, Pedagogy And Assessment  merangkumi pengalaman beliau sebagai guru yang berjaya mengubah kehidupan para pelajar dan persekitaran mereka untuk sama-sama mendokong pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah baharu yang boleh digunapakai mengikut keadaan pelajar-pelajar sehingga berjaya.

Persidangan ini juga mengadakan forum antarabangsa yang melibatkan dua penceramah dari Pusat Serantau SEAMEO iaitu Dr. Marie Ye mewakili SEAMEO RELC dan Dr. Sherlyne A. Almonte-Acosta mewakili SEAMEO INNOTECH. Turut meyertai adalah tiga panel tempatan iaitu; Yang Mulia Ak Alif Wira Putra bin Pg Awang, jurulatih Numerasi Pendidikan Rendah dari Sekolah Rendah Pusar Ulak; Yang Mulia Dyg Farizan binti Awg Haji Rosli, Guru matapelajaran Sains, Sekolah Rendah Batu Marang dan Yang Mulia Awg Muhammad Bahri bin Awg Bohari, Pegawai Pendidikan dari Sekolah Rendah Dato Basir membahaskan topik mengenai kepelbagaian innovasi yang memfokuskan pada kurikulum, pedagogi dan penilaia yand diamalkan dan disesuaikan oleh guru-guru di Negara Brunei Darussalam dari semua peringkat pendidikan dan disiplin, pengajaran dan pembelajaran semasa COVID-19.

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal-Ehwal Ugama, Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Sdn. Bhd. Naib Canselor dari Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Teknologi Brunei, General Manager TechOne Solution, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari kedua-dua kementerian.


Attachments
Created at 9/29/2020 9:28 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 10/1/2020 4:14 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof