TIP CARA MENYOKONG

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

DARI RUMAH

SEMASA COVID-19

Pandemik COVID-19 memberi impak bagaimana pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan. Ramai guru, para pelajar dan keluarga mereka merasa bimbang mengenai situasi tidak dapat hadir ke sekolah yang tempohnya tidak dapat dijangka dan ini sangat menyukarkan. Dalam keadaan ini, Kementerian Pendidikan memberi keutamaan untuk menyokong abiskita dalam tempoh pandemik ini.

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelan kesinambungan pembelajaran yang memfokuskan kepada pembelajaran dalam talian. Ini melibatkan transisi pembelajaran pelajar dari satu jenis kaedah pembelajaran kepada kaedah yang lain dalam tempoh yang singkat dan cepat berubah. Pelan bagi kesinambungan pembelajaran ini bukan sahaja melibatkan penggunaan teknologi tetapi juga alternatif lain yang boleh digunakan pelajar.

GARISPANDU

Dalam keadaan krisis masa ini, tidak ada jawapan mudah bagi memastikan pembelajaran maksima. Meskipun usaha utama giat dijalankan, sekolah-sekolah mungkin mempunyai pelan yang berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan pelajar. Terdapat bukti bahawa alternatif kepada teknologi pendidikan juga berkesan. Dari yang demikian, Kementerian Pendidikan akan terus berusaha memberikan alternatif kepada para pelajar yang ibu-bapa mereka tidak mempunyai akses kepada peralatan komunikasi / peranti bagi memastikan pembelajaran anak-anak tidak tercicir.