1. Menyediakan latihan/aktiviti kepada murid (bimbingan ibubapa/penjaga) yang menjurus kepada perkembangan literasi dan numerasi, contohnya: buku riba fonik/ buku riba nombor/buku riba ikut tema.
2. Memastikan tempoh pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian di antara 15 minit hingga 20 minit dalam satu masa sahaja.
3. Memberikan bantuan sokongan tambahan kepada murid yang memerlukan.
4. Menggunakan sumber alat pembelajaran berbentuk konkrit untuk dipinjamkan kepada murid jika perlu. (Guru perlu memastikan ada catatan rekod pinjaman)