Pelajar Berkeperluan Khas

Garispandu untuk sekolah dan guru

Garispandu untuk sekolah dan guru

Sebagai tambahan kepada garispandu am untuk pelajar-pelajar khususnya mereka yang berkeperluan khas, guru-guru bolehlah menggunakan:

1

RPI adalah sebagai rujukan untuk mengetahui bagaiman keperluan pelajar dan dipenuhi dan bagaimana merancang perancangan pembelajaran mereka sewaktu di rumah

RPI membantu guru-guru dalam mengenalpasti peralatan dan sumber khas yang diperlukan oleh pelajar. Ini juga membantu penyelarasan perkhidmatan dan bantuan yang lebih efektif.

Pelajar yang telah dirujuk dan tidak mempunyai RPI, pihak sekolah akan membuat perbincangan dengan pakar-pakar di Unit Pendidikan Khas

2

Guru SENA/HRT/Guru sumber dengan bantuan guru relif telah menghasilkan bahan-bahan pengajaran secara dalam talian serta menyediakan Pakej Pembelajaran di rumah berpandukan RPI pelajar.

Sumber-sumber dan bahan-bahan rujukan telah disediakan oleh pakar-pakar di UPK

4

Ahli-ahli KPS adalah kumpulan yang relevan dalam memastikan perkembangan berterusan untuk pelajar-pelajar dan bantuan yang tertentu dapat disediakan.

Bantuan dari pakar-pakar di Unit Pendidikan Khas dapat diperolehi melalui platform dalam talian serta telekomunikasi

Pihak sekolah dinasihatkan untuk menggunakan senarai semak rujukan yang dikongsikan Bersama guru-guru SENA Rendah.

5

Guru-guru juga dapat mengikuti latihan dalam talian yang dibuat oleh pihak Unit Pendidikan Khas melalui Brunei Darussalam Teacher's Academy (BDTA) khusus dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengajar dengan lebih efektif.

* Bantuan perkhidmatan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dirujuk ke Unit Pendidikan Khas. Guru-guru adalah dinasihatkan untuk merujuk senarai semak Pra-rujukan yang telah dikongsikan kepada guru-guru SENA Rendah untuk kesesuaian rujukan. Selepas itu, borang rujukan yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas.