GARISPANDU

SEKOLAH DAN GURU

Garispandu untuk Guru

1

Antara kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang boleh digunakan oleh sekolah dan guru-guru semasa penutupan sekolah:

1. Menjalankan kelas secara Maya (Dalam Talian)/Siaran langsung untuk pelajar

Kaedah ini sangat digalakkan dari semasa ke semasa sekiranya ianya dapat dijalankan dengan baik. Sebagai contoh, pelajar boleh dail masuk sesi pembelajaran dengan menggunakan aplikasi seperti Skype, Facetime, Google Hangouts atau yang sebanding dengannya manakala guru-guru boleh membuat siaran-langsung untuk pelajar-pelajar mengikut waktu yang telah ditetapkan 

2. Rakaman Kelas/ Pengajaran untuk pelajar bagi memudahkan akses apabila diperlukan

Ini adalah salah satu kaedah yang dapat digunapakai dan adalah disyorkan kepada para guru untuk menyediakan notis seperti di bawah pada setiap rakaman video yang dibuat:

Jika kaedah ini tidak praktikal untuk digunakan, adalah lebih sesuai untuk mengemel pelajar (atau memberi notis didalam blog sekolah atau melalui jenis komunkasi yang lain) memperingatkan pelajar dan ibu bapa bahawa rakaman pengajaran yang disediakan merupakan sebahagian dari cara sekolah menangani jangkitan COVID-19. Juga perlu diingatkan bahawa membuat salinan pada pengisian rakaman tersebut adalah tidak dibenarkan, termasuk mengongsikan dengan kawan-kawan melalui media sosial atau memuat turun ke dalam laman sesawang.


3. Memasukkan Pengisian Pembelajaran ke dalam aplikasi digital yang mudah diakses oleh pelajar

Guru-guru boleh memuat-naik bahan pengajaran mereka ke dalam aplikasi digital seperti Youtube, Office 365, Microsoft Team dan juga alternatif lain yang mudah diakses oleh pelajar-pelajar.

Guru-guru boleh memuat-naik bahan pengajaran mereka ke dalam aplikasi digital seperti Youtube, Office 365, Microsoft Team dan juga alternatif lain yang mudah diakses oleh pelajar-pelajar.


4. Menyediakan sumber/ kerja yang telah dicetak untuk pelajar

Pembelajaran dalam talian mempunyai isu tersendiri dan tidak semua dapat mengaksesnya. Disebabkan itu, sekolah-sekolah dan para guru mungkin perlu menyediakan kerja sekolah dicetak atau mengongsikan kerja menggunakan USB atau DVD untuk dicetak oleh ibu-bapa. Guru harus menyediakan huraian kerja yang disertakan bersama bahan cetak bagi menerangkan bahan tersebut disediakan untuk kegunaan pembelajaran pelajar semasa situasi COVID-19 dan tidak ada cetakan lanjut harus dibuat.


5. Menjalankan kelas melalui Saluran TV Pendidikan

Pelajar boleh disediakan dengan jadual rancangan pendidikan yang bersesuaian untuk mereka saksikan di rumah

2

Skop minima kurikulum yang perlu dicapai pada akhir tahun 2020

Jabatan Perkembangan kurikulum, Kementerian Pendidikan mengenal pasti komponen yang penting untuk diajar oleh guru-guru pada tahun ini agar guru-guru tidak merasa panik dan bimbang untuk menyelesaikan dan menghabiskan sukatan pelajaran mereka.

Semasa situasi seperti ini, di mana guru dan pelajar tidak dapat bersua muka fizikal, keadaan bimbang menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti tekanan dan kebimbangan di kalangan guru, pelajar dan juga ibu-bapa.

Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Rendah hanya difokuskan kepada perkembangan literasi dan numerasi para pelajar
3

Pertimbangan yang perlu diutamakan semasa memberi para pelajar tugasan
  • Tugasan yang diberikan harus sebanding dengan umur dan tahap kefahaman pelajar. Pertimbangan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
  • Tugasan yang diberikan harus mempunyai objektif yang jelas
  • Tugasan yang diberikan harus mengambil kira hasil daripada tugasan tersebut (contoh kerja bertulis, gambar, videos, rakaman audio, koleksi salinan kertas, poster).
  • Tugasan yang diberikan menerangkan bagaimana pelajar dan ibu-bapa dapat menghantar kerja yang telah selesai.
  • Tugasan yang diberikan harus mempunyai tarikh terakhir untuk menghantar.

Tidak terlalu bergantung kepada keupayaan untuk mengakses dan mempunyai peralatan untuk akses ke dalan talian.

Menggunakan mesin cetak hanya sebagai pilihan dan bukan keutamaan

Sekiranya ada konsep baru perlu diajar, gunakan cara rakaman video untuk memperkenalkannya

Saluran dalam talian tidak semestinya digunakan selalu

4

Menghantar pesanan ringkas setiap hari kepada pelajar yang mempunyai peralatan digital.

Di antara 07:30 – 08:30 pagi, atau pada masa yang dipersetujui

Sediakan cara agar guru dan pelajar berhubung dengan baik

Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang kurang berkemampuan

Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan pelajar bagi meningkatkan moral dan motivasi mereka

Menubuhkan sistem yang dapat memantau kualiti dan kuantiti sebuah komunikasi di kalangan guru dan pelajar

Dengan pemantauan ini, pelajar yang mempunyai masalah untuk dihubungi dapat diberikan perhatian dan sokongan daripada sekolah

5

Menggalakkan hubungan berterusan dikalangan pelajar melalui media sosial

Menggalakkan mebuat aktiviti fizikal di dalam dan di luar rumah sambil mengamalkan penjarakan sosial yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan

Galakkan untuk berehat sebentar dari melihat skrin komputer secara berterusan. Berhenti seketika dan lihat kehijauan bumi bagi merehatkan mata

tidak terlalu dibebani dengan tugasan

Ingatkan pelajar agar memakan makanan yang sihat, minum air dan tidur secukupnya

Bila perlu, minta maklum balas dari pelajar-pelajar atau ibu bapa mengenai keadaan anak-anak mereka dalam menyelesaikan kerja sekolah mereka dan membantu mereka jika menghadapi masalah.

6

Jika guru tidak dapat berhubung dengan pelajar

  • Selepas 1 hari – menghantar emel atau pesanan ringkas kepada pelajar atau ibu bapa pelajar mengikut kesesuaian.
  • Selepas 2 hari – membuat panggilan kepada pelajar atau ibu bapa pelajar bagi memastikan keadaan mereka.

Perlu diambil kira pemantauan selanjutnya mungkin perlu bagi yang diketahui mempunyai situasi berisiko.

7

Menyediakan platform (dalam talian) bagi guru-guru agar dapat memberi sokongan kepada sesama mereka dan berkongsi perkembangan mengenai pelan dan bahan pegajaran dan juga idea-idea inovatif yang berguna.

Guru besar/pengetua sekolah boleh mendapatkan rumusan tentang cara-cara pengajaran guru yang berkesan dan bagaimana perkara itu dapat dikongsikan dan memberi kerjasama yang padu

Kaedah ini boleh dikongsi dengan guru-guru disekolah bahkan juga ke sekolah yang lain.