Sign In

Skip Navigation LinksBahagian Pendidikan Swasta


​Visi
​Pendidikan Swasta Yang Berkualiti

Misi
​Memastikan Perkembangan dan Pembangunan Pendidikan Swasta Melalui Peraturan Yang Berkesan dan Perkhidmatan Pendidikan yang Berkualiti

Huraian
Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan sebelum ini adalah dikenali sebagai Bahagian Sekolah Bukan Kerajaan (SBK) di bawah kawalan Jabatan Sekolah-Sekolah dan telah ditukar kepada Bahagian Pendidikan Swasta di bawah kawalan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan pada 3 Januari 2005

​Pengenalan
​Ketua Bahagian​Yang Mulia Dayang Marina Chek binti Bujang
​Alamat​Bahagian Pendidikan Swasta
Tingkat 4, Blok D,
Kementerian Pendidikan,
Lapangan Terbang Lama,
Berakas, BB3510
Negara Brunei Darussalam
​Hubungi​Tel: + 673 2382621 [Direct Line]
Fax: + 673 2382873
Emel: bpsmoebn@gmail.com

Budaya/ Nilai-Nilai Utama Organisasi
Profesional, Integriti, Berwawasan, Akauntabiliti, Berpasukan, Efisyen

Matlamat/ Objektif

  • Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan peraturan-peraturan / syarat yang ditetapkan di bawahnya
  • Memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan:

           i. Misi dan Visi Kementerian Pendidikan 

          ii. Wawasan Brunei 2035

         iii. KPI Kebangsaan

  • Memastikan pelaksanaan sistem pengawalseliaan dan pemantauan yang cekap dan berkesan
  • Institusi pengajian tinggi swasta menyediakan pendidikan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan negara
  • Memastikan data dan maklumat institusi pendidikan swasta tepat dan kemas kini
  • Memastikan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan pendidikan yang cekap
  • Meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta



Peranan/ Fungsi

  • Pengawalseliaan dan penguatkuasaan Akta Pendidikan Penggal 210 mengenai penubuhan, pendaftaran dan perkhidmatan pendidikan di semua IPS dan IPTS formal dan bukan formal serta pelaksanaan kurikulum kebangsaan SPN21 di IPS.
  • Sistem Sokongan Kepada Institusi Pendidikan Swasta (IPS) melalui pengawalseliaan, pemantauan, penguatkuasaan dasar dan akta dan bimbingan dan nasihat.
  • Kutipan Hasil ke arah menyokong Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Unit

Ketua Bahagian Pendidikan Swasta (KBPS) / Penolong Pengarah (PP)

  • Mengawalselia dengan memastikan semua IPs dan IPTS memahami dan mematuhi Akta Pendidikan Cap 210, Dasar Pendidikan Wajib 2007 dan Dasar Pendidikan 2004 dalam memberikan perkhidmatan pendidikan di Negara Brunei Darussalam.
  • Memperkembangkan peranan BPS dalam membantu IPS dan IPTS melaksanakan perkhidmatan pendidikan kepada para pelajar.
  • Melaksana program/ inisiatif dan strategi dalma Pelan Strategik Bahagian Pendidikan.
  • Merancang dan melaksanakan program-program Perkembangan Sumber Tenaga Manusia bagi Pegawai/ Kakitangan BPS dan guru-guru yang diperbantukan di IPS dan IPTS.
  • Merancang dan melaksana program/ inisiatif dan projek pembaikan dan pembaharuan.
  • Menyediakan Rang Peruntukan Kewangan Tahunan.
  • Memberikan sokongan dan memantau aktiviti JAPSS.
  • Sebagai Approver dan system GEMS bagi pegawai dan kakitangan BPS.

Unit Kewangan dan Pentadbiran (UKP)

  • Kutipan Hasil
  • Permohonan IPS dan IPTS berhubung dengan kewangan IPS dan IPTS (penetapan dan penambahan yuran, kutipan dana dan pelbagai jenis bayaran perkhidmatan dan yuran sekolah).
  • Laporan tahun Kewangan IPS dan IPTS.
  • Hal Ehwal Pengurusan dan Pentadbiran serta Kebajikan Pegawai/ kakitangan BPS/ guru-guru yang diperbantukan.
  • Hal Ehwal Pengurusan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia bagi Pegawai/ Kakitangan BPS dan guru-guru yang diperbantukan di IPS dan IPTS.
  • Sistem Failing dan GEMS.
  • Penilaian Prestasi pegawai-pegawai dan kakitangan.
  • Penyeliaan prestasi pegawai-pegawai i-Ready dna pelajar-pelajar internship.

Unit Pendaftaran (UP)

  • Penubuhan dan Pendaftaran IPS dan IPTS formal dan bukan formal.
  • Pendaftaran BOG, Pemimpin Sekolah/ Pengurus, Guru, Guru Pembantu, Guru PTT, Kaunselor, Guru SENA, Guru Murid Keperluan Khas.
  • Penyambungan pendaftaran IPS dan IPTS, guru-guru, BOG, pemimpin sekolah, guru diperbantukan.
  • pendaftaran pelajar/murid.
  • Pembatalan IPS dan IPTS, tenaga pengajar, pemimpin sekolah dan BOG.
  • Permohonan Tambahan Bangunan/ Pindah Alamat/ Renovasi/ Pertukaran Nama IPS.
  • Permohonan Tanah Pajakan dan penyambungan lessen Tanah Pajakan.
  • Menjalankan temuduga bagi guru-guru dan pemimpin sekolah IPS.
  • Mengadakan lawatan khusus dan bersepadu bersama agensi/ jabatan berkepentingan bagi kes-kes tertentu bagi IPS yang menghadapi masalah.

Unit Pegawalseliaan dan Pemantauan (UPP)

  • Memantau Penguatkuasaan Akta Penggal 210 dengan mengadakan lawatan dari masa ke masa bagi memastikan IPS mematuhi Akta Pendidikan Penggal 210, Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan SPN21 dan 5K.
  • Menyediakan laporan/ maklumbalas kepada IPS dan memastikan IPS melaksanakan tindakan susulan bagi perkara-perkara yang telah dikenalpasti bagi pembaikan dan kepatuhan kepada Akta dan Dasar.
  • Lawatan perlaksanaan terhadap aduan yang diterima.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti kerjasama yang melibatkan penyertaan IPS.
  • Memberikan sokongan dan nasihat kepada IPS dalam mengendalikan majlis-majlis tertentu.
  • Menyelaras perkembangan Tenaga Pengajar IPS termasuk kualiti guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Memantau prestasi guru-guru yang diperbantukan di IPS.
  • Pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru mengikut piawaian BTS - Teacher's Performance Appraisal (TPA).

Unit Statistik dan Perhubungan (USP)

  • Penyediaan dan mengemaskini data-data yang berkaitan.
  • Mengemaskini Perangkaan.
  • Menyelaras maklumat berhubung Majlis Mesyuarat Negara (MMN)
  • Menyediakan dan mengemaskini School Profiling.
  • Perhubungan Awam 
            - Penelitian maklumat yang diterima dari UPRO dan Media masa untuk tindakan yang bersesuaian.
            - Menyelaras, meneliti dan menyediakan maklumbalas bagi aduan-aduan yang diterima.
            - Menyelaras berhubungkait dengan Hal Ehwal Antarabangsa
            - Pemberigaan Dasar, Akta dan Garispanduan (website dan sebagainya)
            - Menyampaikan dan mengendalikan sesi kongsisama/ sosialisasi yang berkaitan dengan program dan inisiatif Kementerian Pendidikan.
            - Menyediakan maklumbalas surat/ memorandum kepada jabatan-jabatan dalam dan luar Kementerian pendidikan. 


Senarai Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

A.      INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

  1. BICPA-FTMS Accountancy Academy Sdn. Bhd
  2. Cosmopolitan college of commerce & Technology (CCCT) Sdn Bhd (Cawangan Jaya Setia)
  3. Kemuda Institute Sdn Bhd (Cawangan Beribi)
  4. Kemuda Institute Sdn Bhd (Cawangan Kuala Belait)
  5. Kolej IGS Sdn Bhd
  6. Laksamana College of Business (B) Sdn Bhd
  7. Micronet International College (Cawangan Gadong)
  8. Micronet International College (Cawangan Jerudong)
     

B.      INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (ANTARABANGSA)

  1. The International School (B) Sungai Hanching
  2. Jerudong International School Sdn Bhd
  3. Miftah An-Nur International Islamic School
  4. Panaga School
  5. Seri Mulia Sarjana International School
  6. The International School (B) Jalan Panglima
  7. The International School (B) Jalan kampong Pandan

C.      INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (KEBANGSAAN)

  1. AL-Falaah School (Sg Akar)
  2. Ak-Falaah School (Ban 5)
  3. Bakti Dewa School (Jerudong)
  4. Bakti Dewa School (Berakas)
  5. Bright Jigsaw International School
  6. Chung Hwa Middle School
  7. DES School
  8. Fairview School
  9. Sekolah Rendah IQRA
  10. Jigsaw Playschool
  11. Jigsaw Primary School
  12. Joyful Kids Montessori School
  13. Learning Tree School
  14. Little Caliph School
  15. Nusa Laila Puteri School (Jangsak)
  16. Nusa Laila Puteri School (Kiulap)
  17. Nusa Laila Puteri School (Sungai Buloh)
  18. Nusa Laila Puteri School (Tanjung Bunut)
  19. Rising Star child Development
  20. Sekolah Alif Sdn Bhd (Tungku)
  21. Sekolah Cahaya Bina Insan
  22. Sekolah cemerlang Abejess
  23. Sekolah Freda Radin
  24. Sekolah Kesuma Mekar
  25. Sekolah Luqman Darussalam
  26. Sekolah PGGMB (Sungkai Akar)
  27. Sekolah Riverside (Sungai Matan)
  28. Sekolah Riverside (Masin)
  29. Sekolah Seri Mulia Sarjana (Jangsak)
  30. Sekolah Seri Mulia Sarjana (Santul)
  31. Sekolah Seri Mulia Sarjana (Mata-Mata)
  32. Sekolah Sinaran Mas
  33. Sekolah Sinaran Pelangi
  34. Sekolah St. Andrrew
  35. Sekolah St. George
  36. Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah
  37. Sekolah Taman Asuhan PERTIWI
  38. Sekolah Taman Didikan Anak-Anak Polis Diraja Brunei
  39. Sekolah Tunas Jaya PGGMB (Lambak)
  40. Sekolah Tunas Jaya PGGMB (Madang)
  41. Sekolah Wonder Kids
  42. Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
  43. Sekolah Stella's
  44. Sunshine School
  45. Syamde Bright Kids School
  46. Tangga Gemilang School
  47. Tinkerbell Learning School
  48. Bakti Dewa School (Tutong)
  49. Sekolah Chung Hwa (Kiudang)
  50. Sekolah Chung Hwa (Tutong)
  51. Sekolah PERTAMA
  52. Sekolah Nurul Falah
  53. Sekolah Nusa Jaya
  54. Sekolah Alif Sdn Bhd (Kuala Belait)
  55. Sekolah Menengah Shung Ching
  56. Sekolah Chung Hwa (Labi)
  57. Sekolah Chung Lian
  58. Sekolah St. James
  59. Sekolah St. John
  60. Sekolah St. Margaret
  61. Sekolah St. Angela
  62. Sekolah Tadika ABC
  63. Sekolah Tunas Jaya PGGMB (Kuala Belait
  64. Sekolah Pai Yuek
  65. Suria Jaya School

​Carta Organisasi
OC bahagian pendidikan swasta.PNG
*Dikemaskini 3/25/2019

Matlamat/ Objektif

Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan peraturan-peraturan / syarat yang ditetapkan di bawahnya
Matlamat/ Objektif

Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan peraturan-peraturan / syarat yang ditetapkan di bawahnya