Sign In

Skip Navigation LinksDepartment of Educators Management

*This is a Malay Version

​Visi

"Menghasilkan Tenaga Pengajar yang Kompeten dan Berkualiti"

  • Proses Pemilihan dan Pengambilan yang teliti dan ekstensif.
  • Perkembangan profesional tenaga pengajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • Tenaga Pengajar berbanding dengan piawaian antarabangsa.

Misi

"Memperkasa Sokongan Secara Holistik Melalui Pengurusan Strategik yang Cekap dalam Mencapai Kecemerlangan Profesionalisme Tenaga Pengajar"

  • Pengurusan dan pembangunan kerjaya profesional tenaga pengajar.
  • Mengoptimumkan sumber tenaga manusia yang berkesan dan efisien.
  • Menyediakan kursus pembangunan kapsiti dan profesional yang relevan.
  • Meningkatkan akauntabiliti bersama di kalangan pihak-pihak yang berkepentingan.


​Pengenalan
Ketua
​Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah
​Alamat
​Tingkat 3, Blok A
Kementerian Pendidikan
Jalan Lapangan Terbang Lama 
Berakas BB3510
Brunei Darussalam
​Hubungi
​Tel No: +673 2381133 ext. 1312
Fax No: +673 2384105
Untuk senarai emel, tekan di sini

Objektif
  • Menubuhkan satu organisasi yang menguruskan segala hal ehwal sumber tenaga manusia dalam bidang Pendidik di Kementerian Pendidikan termasuk kesejahteraan, kerjaya dan perkembangan kapasiti
  • Mempertingkatkan pengurusan sumber tenaga manusia secara optimum khusus dalam Pendidik, selaras bagi mencapai Strategik Objektif (1) di bawah Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 iaitu 'Transform Our Organisation Human Resource Towards A Performance Driven Culture"
  • Penyediaan satu sistem Big Data secara dalaman untuk pengemaskinian maklumat keseluruhan tenaga kerja Pemimpin Sekolah, Tenaga Pengajar dan Pakar serta memudahkan dalam membuat keputusan yang lebih rasional dan efektif
  • Selaku fokal agensi untuk memudahkan perhubungan dengan pihak-pihak berkenaan dalam memperolehi maklumat dengan cepat dan teratur
  • Transformasi ke arah memperkembangkan profesionalisme di kalangan Pendidik setaraf dengan piawaian di peringkat serantau dan antarabangsa
  • Membantu Institusi-Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mencapai tahap kualiti pendidikan yang dihasratkan melalui peranan dan fungsi Jabatan Pengurusan Pendidik dalam melahirkan di kalangan Pendidik yang berprofesional dan kepakaran

Peranan

Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kesejahteraan Pendidik termasuk kewangan dan tatatertib

Perlaksanaan dalam hal ehwal perancangan dan pengurusan Pemimpin Sekolah, Tenaga Pengajar dan Pakar melalui empat (4) proses utama iaitu: 

  1. Pemilihan & Pengambilan (Selection & Recruitment)
  2. Penempatan dan Penempatan Semula (Development & Redeployment)
  3. Perkembangan Kerjaya (Career Development)
  4. Persaraan dan Pemisah (Retirement & Exit)

Mengadakan pemberigaan kepada pihak-pihak berkepentingan di institusi pendidikan dan pejabat dalam hal ehwal pendidikan

Menyelaras dengan agensi-agensi berkenaan bagi membuat penilaian kompetensi di kalangan Pendidik serta penambahbaikan


Fungsi Jabatan

Jabatan Pengurusan Pendidik akan melaksanakan strategik inisiatif-inisiatif Jabatan yang telah dikenal pasti bagi mendokong Pelan Strategik 2018-2022, Kementerian Pendidikan seperti berikut:

  • Pengurusan dan perkhidmatan sumber tenaga manusia yang lebih komprehensif, efisien dan sistematik khasnya bagi jalur pembangunan kerjaya guru dan pemimpin sekolah;
  • Menyediakan program perkembangan profesional yang mantap bagi tenaga pengajar, pemimpin sekolah dan pakar berdasarkan analisis kompetensi yang diperlukan untuk pembangunan sumber manusia yang lebih kompeten dan berkualiti;
  • Menyediakan skim bagi Tenaga Pengajar, Pemimpin Sekolah dan Pakar;
  • Merebiu semula skim skim perkhidmatan guru dan menyediakan kompetensi bagi setiap jawatan dalam skim bagi perkembangan kerjaya setiap tenaga pengajar;
  • Menyediakan pengurusan sistem yang relevan dan mampu meningkatkan kompetensi tenaga pengajar supaya mereka berkembang maju, berkemahiran dan berilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing hingga ke peringkat profesional dan pakar.
  • Merebiu semula garis panduan Talent Pipeline bagi mengukuhkan lagi perancangan penggantian;
  • Menyediakan Human Resource Management System bagi profiling dan berkaitan dengan domain:
          • Pemilihan dan Pengambilan
          • Penempatan dan Penempatan Semula
          • Perkembangan Kerjaya
          • Persaraan dan Exit
  • Pembangunan kapasiti sumber manusia dengan merekrut pendidik yang berkualiti melalui dasar proses pemilihan dan pengambilan yang lebih rapi dan ketat dan juga penempatan tenaga pengajar dan pemimpin sekolah mengikut keperluan dan keutamaan sekolah.
  • Mengukuhkan kerjasama dengan pihak yang berkepentingan ke arah peningkatan profesional pengajaran dan pembelajaran yang holistik dan berkualiti.


Bahagian / Unit


A. BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Menyelaras dan/atau menangani hal ehwal pengurusan kesejahteraan personnel Jabatan Pengurusan Pendidik (JPP).
  2. Menyelaras dan/atau menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal pengurusan kewangan dan Perjawatan.
  3. Merancang dan memantau hala tuju JPP dalam merancang dan menyediakan perancangan strategik 2018-2022 selaras dengan perancangan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 dan Wawasan Brunei 2035.
  4. Menyediakan protokol dan pelan pengurusan data bagi maksud penggunaan, perkongsian, privasi, penyimpanan dan back-up, dan seterusnya memastikan aktiviti-aktiviti di bawah JPP adalah memenuhi keperluan Akta Perlindungan Data (Data Protection Act).
  5. Merancang perancangan strategik bagi JPP serta memantau dan menilai perlaksanaan dan keberkesanan Key Deliverables (KDs) Jabatan.
  6. Menyediakan maklumat yang berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Negara (MMN). 
  7. Mengumpul data di bawah kawalan JPP yang berorientasikan evidence-based bagi membantu dalam pelaksanaan pemilihan dan pengambilan, penempatan dan penempatan semula, perkembangan kerjaya, Training Needs Analysis bagi tenaga pendidik.
  8. Bertanggungjawab dalam menyelaras serta merangka Key Performance Indicator (KPI) setiap pegawai dan kakitangan JPP.
  9. Menyediakan inisiatif-inisiatif sistem pengurusan yang baharu mengikut keperluan dan perubahan semasa termasuk hal ehwal pegawai dan kakitangan JPP.
  10. Memproses pelbagai jenis permohonan cuti, penetapan jawatan, penyambungan perkhidmatan, menghadapkan permohonan bersara wajib/bersara awal, menamatkan perkhidmatan, cuti tidak bergaji dan cuti khas.
  11. Bertanggungjawab terhadap pemantauan dan pengemaskinian maklumat sistem GEMS personnel JPP.
  12. Memastikan pangkalan Management Information System (MIS) sentiasa beroperasi dalam keadaan yang teratur, baik dan stabil agar sistem tersebut lebih efektif dan mesra pengguna (user-friendly) bagi memudahkan pengguna-pengguna sistem mengemaskini maklumat-maklumat.
  13. Memproses perkara-perkara yang berkaitan dengan tatatertib tenaga pendidik serta personnel JPP.
  14. Bertanggungjawab dalam memastikan segala aset infrastruktur dan persekitaran JPP sentiasa dalam keadaan selamat, bersih dan kondusif setiap masa serta peralatan pejabat yang diperlukan sentiasa mencukupi, terpelihara dan dalam keadaan teratur.
  15. Menguruskan hal ehwal pengambilan serta penyeliaan graduan i-Ready dari Job Centre (Jabatan Perdana Menteri), jika ada, attachment students dari institusi-institusi tinggi tempatan dan luar negara yang ditempatkan di JPP.
  16. Memastikan logbook dan stockbook adalah sentiasa dikemaskini dan dalam keadaan teratur.
  17. Merebiu Business Continuity Plan (BCP) bagi JPP.

(i) Unit Pentadbiran dan Kewangan

 - Pentadbiran dan Kewangan

  • Merancang dan menyelaras peruntukan/perbelanjaan di bawah vote SF01A-B00901: Peningkatan Kemahiran dan Kapasiti bagi pelaksanaan perkembangan profesional tenaga pendidik bagi setiap Tahun Kewangan dan memantau penggunaan perbelanjaan.
  • Merancang dan menyediakan cadangan Permohonan Anggaran Perbelanjaan Tahun Kewangan (termasuk pecahan perbelanjaan, gaji kakitangan, senarai perjawatan).
  • Menyediakan Laporan Tahunan Kewangan, serta apa jua Laporan Kewangan yang diperlukan dari pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Memproses pembayaran melalui sistem TAFIS.
  • Bertanggungjawab terhadap sistem pemantauan kewangan yang diamanahkan kepada Jabatan Pengurusan Pendidik bagi tajuk SF01A-35010-B00901 (Peningkatan Kemahiran dan Kapasiti:
      1. Memastikan sistem pemantauan sentiasa dikemaskini dari segi penggunaan, pembayaran dan perancangan.
      2. Memberikan status terkini apabila diperlukan bagi memudahkan pihak yang terbabit dalam mendapatkan kebenaran.
  • Menguruskan penyelarasan gaji/kenaikan EB Khas/EB sekatan bagi personnel JPP
  • Pengurusan elaun memangku bagi tenaga pendidik

- Network dan Partnership

  • Memperluaskan rangkaian kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan renowned training providers di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi profesional, higher institutions, training provider, Kementerian-Kementerian dan Non-Government Organisations (non-profit) dalam dan luar negeri untuk menawarkan program-program latihan yang strategik.
  • Pemantauan dan penilaian isu-isu penting yang timbul di dalam kerjasama berkenaan.
  • Menyediakan cadangan Memorandum of Understanding (MOU), jika perlu. 

(ii) Unit Pengurusan Perjawatan Pendidik

  • Menyelaras dan/atau menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal pengurusan perjawatan/penetapan jawatan tenaga pendidik
  • Menguruskan penyelarasan gaji/kenaikan EB Khas/EB sekatan bagi tenaga pendidik
  • Menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen dalam pengurusan hal-ehwal perjawatan tenaga pendidik termasuklah penetapan jawatan dan kenaikan gaji.
  • Memantau dan menyelaras pengisian kekosongan jawatan dan pengiklanan jawatan
  • Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa perangkaan tenaga pendidik dari semasa ke semasa
  • Menyediakan surat permohonan pengiklanan bagi tenaga pendidik ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  • Menyediakan surat tawaran bagi tenaga pengajar bergaji hari
  • Memasukkan serta mengesahkan maklumat peribadi tenaga pengajar ke dalam Sistem TAFIS (termasuk mengemaskini maklumat seperti bertukar tempat bertugas, pemotongan, promotion, mengeluarkan nama setelah mendapat bergaji bulan & menamatkan perkhidmatan)
  • Memproses serta mengeluarkan memorandum kebenaran bertugas semasa cuti penggal persekolahan bagi tenaga pengajar bergaji hari
  • Memproses serta mengeluarkan surat penyambungan bagi tenaga pengajar bergaji hari
  • Memproses serta mengeluarkan sokongan bergaji bulan bagi tenaga pengajar bergaji hari
  • Memproses serta mengeluarkan memorandum makluman melapor bergaji bulan bagi tenaga pengajar bergaji hari
  • Memasukkan maklumat tenaga pengajar bergaji hari / bergaji bulan ke dalam sistem GEMs
  • Memproses permohonan pertukaran gelaran jawatan bagi tenaga pendidik

(iii)           Unit Pengurusan Cuti dan Tambang Pendidik

  • Pengiraan hak cuti tahunan bagi tenaga pendidik
  • Memproses cuti tahunan dan tambang
  • Memproses Cuti Tahunan/ CSDS/ Cuti Emergency/ Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Sakit (private/government)/ Cuti Menemani Pesakit / Cuti Kahwin / Cuti Beranak / Cuti menemani suami ke luar negeri / Cuti Tanpa Catat
  • Memproses permohonan tambang 4 tahun / Haji / LDP
  • Pengiraan baki cuti terkini (bagi yang berpindah ke Kementerian lain)
  • Pengiraan cuti naik pangkat (gaji hari ke gaji bulan)
  • Pengiraan hak cuti bagi tenaga pengajar yang akan bersara wajib/awal dan menamatkan perkhidmatan
  • Penyediaan sistem pengiraan baki cuti


(iv) Unit Pengurusan Persaraan, Kontrak dan Tatatertib Pendidik

- Persaraan

  • Menyediakan data dan perancangan ke arah penambahbaikan pengurusan hal ehwal persaraan bagi tenaga pendidik.
  • Merancang dan mengenalpasti kursus dan program yang lebih relevan untuk tenaga pendidik yang akan bersara supaya akan lebih bersedia dan mempunyai hala tuju selepas persaraan.
  • Memproses dan menghadapkan permohonan persaraan

- Kontrak

  • Menyediakan peluang pekerjaan bagi pesara yang berkelayakan untuk bekerja semula secara kontrak bagi mengekalkan kepakaran dalam sistem pendidikan.
  • Memproses permohonan-permohonan mengenai penyambungan guru kontrak, tidak berhajat dan menamatkan perkhidmatan kontrak/sebulan ke sebulan, gaji hari serta hal ehwal percutian
  • Memproses surat/dokumen Perjanjian Pegawai
  • Memproses dan menghadapkan Shipping of Personal effects
  • Memproses permohonan-permohonan mengenai pinjaman untuk membeli kenderaan
  • Memproses dan menghadapkan permohonan elaun perjalanan dari rumah ke pejabat
  • Memproses Elaun Pelajaran
  • Menyediakan surat akuan perkhidmatan/testimonial
  • Memproses kebenaran permohonan cuti, membatalkan cuti dari pegawai berkontrak
  • Menghadapkan permohonan cuti tidak bergaji sehingga selesai
  • Memproses kenaikan gaji tahunan/EB Khas
  • Mengemaskinikan rekod perkhidmatan dan percutian
  • Memproses permohonan menamatkan perkhidmatan

- Tatatertib

  • Menyelaras hal-hal mengenai disiplin dan tatatertib tenaga pendidik.
  • Memproses perkara yang berkaitan dengan tatatertib tenaga pendidik, jika perlu.

B.  BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA

1. Merancang dan memantau hala tuju Jabatan Pengurusan Pendidik dalam merancang dan menyediakan perancangan strategik 2018-2022 selaras dengan perancangan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 dan Wawasan Brunei 2035.

2. Merancang perancangan strategik sumber tenaga manusia khususnya tenaga pengajar, pemimpin sekolah dan pakar dengan penyediaan dasar, program-program perkembangan professional yang bersesuaian berdasarkan tahap kompetensi, rangka kerja (framework) dan garispanduan bagi setiap bidang.

3. Membuat kajian dan mengenalpasti best practices, kaedah dan tatacara dari dalam dan luar negara yang dapat disalurkan dalam merancang perkembangan sumber tenaga manusia yang dapat diaplikasikan ke arah memperkayakan kemahiran dan pengetahuan pemimpin sekolah, tenaga pengajar dan pakar di Kementerian Pendidikan.

 

(i) Unit Tenaga Pengajar

Unit ini bertanggungjawab dalam perancangan, pengurusan dan penyelarasan dalam pelaksanaan proses-proses bagi empat (4) domain bagi tenaga pengajar berikut:

  1. Pemilihan dan Pengambilan (Selection & Recruitment)
  2. Penempatan dan Penempatan Semula (Deployment & Redeployment)
  3. Perkembangan Kerjaya (Career Development)
  4. Persaraan dan Peralihan (Retirement & Exit)
     

a)    Pemilihan dan Pengambilan:

  • Mengenalpasti keperluan dan membuat human resource projection bagi pengambilan tenaga pengajar mengikut keperluan, pengisian jawatan dari masa ke semasa.
  • Menyediakan garis panduan dan syarat-syarat kelayakan minimum serta tugas dan tanggungjawab tenaga pengajar.
  •  Menyelaras dan melaksanakan proses-proses pemilihan dan pengambilan seperti berikut:
  • Ujian Psikometrik
  • Demonstratsi Pengajaran
  • Ujian Kepimpinan dan Kerja Pasukan Berkumpulan
  • Temuduga Guru Immersi / Guru Perantis
  • Ikat Janji
  • Pemeriksaan Kesihatan dan Screening Kementerian Dalam Negeri
  • Penempatan di sekolah melalui Program Immersi dan Program Perantis
  • Program mentor
  • Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Master of Teaching
  • Temuduga bagi Pegawai Pelajaran Bergaji Hari
  • Menyelaras dan melaksanakan pengurusan Program Immersi dan Program Perantis.
  • Menyelaras dan berhubung dengan Urusetia Lembaga Perjawatan Guru (LPG) bagi urusan jawatan dan hal-hal yang berkaitan dengan pengisian jawatan.
     

b)    Penempatan dan Penempatan Semula:

  • Membuat perancangan strategik tahunan penempatan / penempatan semula tenaga pengajar mengikut keutamaan dan keperluan dan berdasarkan kepada penyelidikan evidence of school/students/teachers population.
  • Menyediakan data bagi tenaga pengajar – teacher to student ratio, teacher to teaching load ratio dan teacher to subject ratio.
  • Perancangan mengikut garispanduan dan dasar penempatan dan penempatan semula bagi tenaga pengajar.
  • Menyelaras dan menyediakan format Program Induksi di peringkat kementerian serta berkerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan dalam pelaksanaannya.
  • Menyelaras Program Bimbingan (Mentoring) bagi tenaga-tenaga pengajar baharu.
  • Berkerjasama dengan pihak Jabatan Sekolah-sekolah dalam penyelarasan Program Induksi di peringkat sekolah.
  • Memastikan pengemaskinian data dan maklumat mengenai penempatan / penempatan semula tenaga pengajar / pemimpin sekolah dari masa ke semasa.
  • Mengeluarkan surat kepada tenaga pengajar / pemimpin sekolah mengenai:
  • Tawaran dan / atau penempatan yang ditetapkan.

c)      Perkembangan Kerjaya:

  • Meneliti, mengurus, mentadbir perancangan dan pelaksanaan perkembangan kerjaya bagi tenaga pengajar secara teratur mengikut garis panduan yang sedia ada dan optima sama ada dalam dan luar negeri.
  • Merangka rangka kerja (framework) kompetensi dan perkembangan professional bagi tenaga pengajar.
  • Merangka skim perkhidmatan bidang pengajaran (teaching track).
  • Melaksanakan dan menyelaras Trek Pengajaran (Teaching Track) bagi tenaga pengajar.
  • Membuat kajian mengenai dengan pengurangan jurang kompetensi (reducing competencies gap) tenaga pengajar dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Menyediakan dan menyelaras latihan perkembangan profesional tenaga pengajar adalah selaras dengan kompetensi yang diperlukan (bridge the competency gap).
  • Membuat perancangan Pengurusan Bakat (Talent Management) dan Rancangan Penggantian (Succession Planning) bagi semua tenaga pengajar.
  • Merancang dan menyediakan perancangan lima (5) tahun Skim LDP bagi tenaga pengajar selaras dengan pelan strategik Kementerian berlandaskan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Penelitian, pemprosesan dan membuat sokongan permohonan Skim LDP dan menghadapkan kepada Badan Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
  • Memantau perkembangan pencapaian akademik tenaga pengajar dibawah Skim LDP dengan bekerjasama Urus Setia Badan Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
  • Meneliti dan menguruskan tawaran kursus jangka pendek dalam dan luar negeri serta pusat-pusat serantau SEAMEO, SCP, MTCP serta apa jua yang ditawarkan seumpamanya bagi tenaga pengajar mengikut garis panduan Surat Keliling, Jabatan Perdana Menteri bilangan: 6/2015 berdasarkan keperluan dan keutamaan Kementerian Pendidikan.
  • Bekerjasama dengan Institut Perkhidmatan Awam (IPA), institusi-institusi tinggi dalam dan luar negara, Kementerian-kementerian dan Non-Government/Non-Profit Organzisations dalam dan luar negeri bagi apa jua kolaborasi yang melibatkan perancangan perkembangan professional tenaga pengajar.
  • Melaksanakan pemantauan dan peniliaan terhadap keberkesanan kursus/latihan (training effectiveness) yang telah diikuti oleh tenaga pengajar bagi memastikan impak dalam peningkatan dan pencapaian tugas dengan menggunakan mekanisme Training Evaluation/Post-Training Evaluation Tools yang bersesuaian.

d)    Persaraan dan Peralihan:

  • Menyediakan data dan perancangan ke arah penambahbaikan pengurusan hal ehwal persaraan dan sistem exit bagi tenaga pengajar dan pemimpin sekolah.
  • Menyediakan peluang pekerjaan bagi pesara yang berkelayakan untuk bekerja semula secara berkontrak bagi mengekalkan kepakaran dalam sistem pendidikan.
  • Merancang dan mengenalpasti kursus dan program yang lebih relevan untuk warga kementerian yang akan bersara supaya akan lebih bersedia dan mempunyai hala tuju selepas persaraan.
  • Menyediakan dasar exit yang sistematik dan komprehensif dalam pelaksanaan sistem exit yang adil dan saksama.
  • Berkerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan, institusi-institusi profesional, institusi-institusi tinggi, training providers, kementerian-kementerian, serta Non-Government / Non-Profit Organisations tempatan untuk menjalankan program-program yang diperlukan

(ii) Unit Pemimpin Sekolah

Unit ini bertanggungjawab dalam perancangan, pengurusan dan penyelarasan dalam pelaksanaan proses-proses bagi empat (4) domain bagi pemimpin sekolah berikut:

 

  1. Pemilihan dan Pengambilan (Selection & Recruitment)
  2. Penempatan dan Penempatan Semula (Deployment & Redeployment)
  3. Perkembangan Kerjaya (Career Development)
  4. Persaraan dan Peralihan (Retirement & Exit)

a)    Pemilihan dan Pengambilan:

    • Mengenalpasti keperluan bagi penggantian pemimpin sekolah yang akan bersara.
    • Merangka garis panduan pemilihan pemimpin sekolah.
    • Menyediakan garis panduan syarat-syarat kelayakan minimum serta tugas dan tanggungjawab bagi Pemimpin sekolah.
    • Menyelaras dan melaksanakan hal ehwal pengurusan proses pemilihan dan pengambilan pemimpin sekolah seperti berikut:
  • Pengiklanan
  • Temuduga 

b)    Penempatan dan Penempatan Semula

  • Membuat perancangan strategik tahunan penempatan / penempatan semula pemimpin sekolah.
  • Menyelaras dan menyediakan format Program Induksi di peringkat kementerian serta berkerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan dalam pelaksanaannya.
  • Menyelaras Program Bimbingan (Mentoring) bagi pemimpin-pemimpin sekolah yang baru dilantik.
  • Memastikan pengemaskinian data dan maklumat mengenai penempatan / penempatan semula pemimpin sekolah dari masa ke semasa.

c)      Perkembangan Kerjaya

·          Meneliti, mengurus, mentadbir perancangan dan pelaksanaan perkembangan kerjaya bagi pemimpin sekolah secara teratur mengikut garis panduan yang sedia ada.

·          Mereviu semula Brunei Darussalam School Leadership Standard (BDSLS) selaras dengan School Leadership Competency Framework.

·          Memastikan latihan dan pembangunan para pemimpin sekolah adalah selaras dengan kompetensi yang diperlukan.

·          Merangka, merancang, melaksanakan dan menyelaras Trek Pemimpin (Leadership Track).

·          Merangka dan merancang Pengurusan Bakat (Talent Management) dan Rancangan Penggantian (Succession Planning) bagi semua pemimpin sekolah.

  • Menyediakan perancangan lima (5) tahun Skim LDP bagi pemimpin sekolah selaras dengan pelan strategik Kementerian berlandaskan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Penelitian, pemprosesan dan membuat sokongan permohonan Skim LDP bagi pemimpin sekolah menghadapkan kepada Badan Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
  • Memantau perkembangan pencapaian akademik pemimpin sekolah dibawah Skim LDP dengan bekerjasama Urus Setia Badan Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan. 

d)    Persaraan dan Peralihan:

  • Menyediakan data dan perancangan ke arah penambahbaikan pengurusan hal ehwal persaraan dan sistem exit bagi pemimpin sekolah;
  • Menyediakan dasar exit yang sistematik dan komprehensif dalam pelaksanaan sistem exit yang adil dan saksama.

     

iii)  Unit Kepakaran

Unit ini bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan dan penyelarasan dalam pelaksanaan proses-proses bagi empat (4) domain bagi bidang kepakaran berikut:

  1. Pemilihan dan Pengambilan (Selection & Recruitment)
  2. Penempatan dan Penempatan Semula (Deployment & Redeployment)
  3. Perkembangan Kerjaya (Career Development)
  4. Persaraan dan Peralihan (Retirement & Exit)

a)    Pemilihan dan Pengambilan:

    • Mengenalpasti keperluan bagi kepakaran dalam bidang yang tertentu;
    • Merangka garis panduan pemilihan pakar;
    • Menyediakan garis panduan syarat-syarat kelayakan minimum serta tugas dan tanggungjawab bagi pakar;
    • Menyelaras dan melaksanakan hal ehwal pengurusan proses pemilihan dan pengambilan pakar seperti berikut:
  • Temuduga

b)    Penempatan dan Penempatan Semula

  • Membuat perancangan strategik tahunan penempatan / penempatan semula bagi pakar.
  • Memastikan pengemaskinian data dan maklumat mengenai penempatan / penempatan semula pakar dari masa ke semasa

c)      Perkembangan Kerjaya

  • Pengurusan dan perkhidmatan sumber tenaga manusia yang lebih komprehensif, efisien dan sistematik khasnya bagi jalur pembangunan kerjaya pakar.
  • Menyediakan program perkembangan profesional yang mantap bagi tenaga pakar berdasarkan analisis kompetensi yang diperlukan untuk pembangunan sumber manusia yang lebih kompeten dan berkualiti.
  • Menyediakan skim perkhidmatan bagi Tenaga Pakar.
  • Merebiu dan menyediakan trek bidang kepakaran.
  • Merangka kompetensi yang sesuai bagi setiap bidang kepakaran dan mengurangkan jurang kompetensi berkenaan.

    Meneliti, mengurus, mentadbir perancangan dan pelaksanaan perkembangan kerjaya bagi pakar secara teratur mengikut garis panduan.

    Merangka dan merancang Pengurusan Bakat (Talent Management) dan Rancangan Penggantian (Succession Planning) bagi pakar.

    Menyediakan pengurusan sistem yang relevan dan mampu meningkatkan kompetensi pakar supaya mereka berkembang maju, berkemahiran dan berilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing hingga ke peringkat profesional dan pakar.

    Mengenal pasti fasilitator yang bersesuaian bagi setiap bidang kepakaran yang diperlukan. 

d)    Persaraan dan Peralihan:

  • Menyediakan data dan perancangan ke arah penambahbaikan pengurusan hal ehwal persaraan dan sistem exit bagi pemimpin sekolah;
  • Menyediakan dasar exit yang sistematik dan komprehensif dalam pelaksanaan sistem exit yang adil dan saksama.

 

C.  AKADEMI KEPIMPINAN DAN GURU BRUNEI DARUSSALAM (BDLTA)

  1. Melaksanakan dan menyelaras pengurusan latihan yang berpusatkan di Akademi Pemimpin dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA) bagi tenaga pengajar, pemimpin sekolah dan bidang kepakaran.
  2. Memastikan latihan perkembangan professional bagi pemimpin sekolah, tenaga pengajar dan pakar adalah berdasarkan bagi pencapaian tahap kompetensi
  3. Melaksanakan pemantauan dan penilaian terhadap keberkesanan kursus atau latihan (training effectiveness) yang telah diikuti oleh tenaga pengajar dan pemimpin sekolah bagi memastikan impak dalam peningkatan dan pencapaian tugas dengan menggunakan mekanisme Training Evaluation / Post-Training Effectiveness yang bersesuaian.
  4. Memantau dan memastikan penggunaan Borang Penilaian dan Pemantauan Pelan Tindakan (Borang MOE/HRD4) dilaksanakan dan digunakan sepenuhnya dengan berkesan
  5. Bertanggungjawab dalam menjalankan latihan pembangunan profesional bagi:
      1. Tenaga pengajar
      2. Pemimpin Sekolah
      3. Pakar
  6. Membuat penilaian secara beterusan selaras dengan pelan tindakan mengenai impak keberkesanan program latihan bagi mencapai Return of Expectation kepada setiap program/latihan perkembangan professional yang dijalankan
  7. Memperluaskan rangkaian kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan renowned training providers di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, berdasarkan keperluan
  8. Pusat bagi kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran (teaching & learning), sumber Pendidikan (research & development) serta rangkaian, kolaborasi dan perkongsian (network, collaboration & partnership)



​Carta Organisasi
og jpp.png

Pautan
Borang-borang Latihan Dalam Perkhidmatan 

Senarai Semak - Tekan disini​
Lampiran A: Garis Panduan Kertas Kajian - Tekan disini
Borang Skim Latihan Dalam Perkhidmatan - Tekan disini
Borang Laporan Sokongan SLDP - Tekan disini
Borang Khas Permohonan Mengikuti Kursus Secara Separuh Masa  - Tekan disini
Borang Permohonan Melanjutkan Tempoh Pengajian - Tekan disini
Borang LDP 6 - Tekan disini

Borang-borang Latihan Kursus Pendek

Borang MOE/JPP1 - Tekan disini
Borang MOE/JPP2 - Tekan disini
Borang MOE/JPP3 - Tekan disini
Borang MOE/JPP4 - Tekan disini

Professional Development

Pendaftaran Professional Development - Tekan disini 
Calendar Professional Development - Tekan disini
Kehadiran Professional Development - Tekan disini
Professional Development Directory 2019 - Tekan disini

Program Immersi dan Program Perantis

Maklumat Mengenai Program Immersi dan Program Perantis Tekan disini 
Borang Cuti Tekan disini
Borang Keluar Negeri - Tekan disini
Borang Kehadiran Kerja Bagi Program Mentoring  - Tekan disini
Borang Kehadiran Kerja/kuliah Bagi Program Master of Teaching - Tekan disini
Borang Menghadapkan Transkrip Keputusan & sijil Bagi Program Master of Teaching - Tekan disini
Borang Tamat Kursus Bagi Master of Teaching - Tekan disini


Borang Bagi Tenaga Pengajar

Borang Permohonan Pindah Bagi Tenaga Pengajar - Tekan disini
Borang Melapor Diri Berkhidmat - Tekan disini



Updated 25.07.2023