Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan

Pendahuluan
Pengarah 
Yang Mulia Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle
Alamat
Tingkat 2 & Tingkat 3, Blok C
Kementerian Pendidikan
Berakas BB3510
Brunei Darussalam
Hubungi
Tel : +673 2382126/ +673 2381757
Fax : +673 2380115


Huraian
​Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan pada masa ini adalah di bawah kawalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.  Jabatan ini mempunyai seramai 45 orang tenaga kerja; iaitu 27 orang pegawai dan 18 orang kakitangan. Terdapat sebanyak  lima (5) bahagian dan unit di bawah Jabatan ini, iaitu: (i) Bahagian Pentadbiran dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia; (ii) Bahagian Kewangan dan Majlis Mesyuarat Negara; (iii) Bahagian Penyelidikan dan Perancangan; (iv) Bahagian Pengurusan Data Pendidikan; (v) Unit Penilaian Antarabangsa.

Bahagian/Unit di bawah Jabatan

  1. Bahagian Pentadbiran dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia
  2. Bahagian Kewangan dan Majlis Mesyuarat Negara
  3. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan
  4. Bahagian Pengurusan Data Pendidikan
  5. Unit Penilaian Antarabangsa

​Visi
​Pendidikan Bermutu, Negara Dinamik

​Mission
​Untuk membentuk perancangan pendidikan dan pembangunan melalui penyelidikan berasaskan bukti bagi membuat keputusan.

​Objectives
  • Objektif Strategik 1:  Mengubah sumber manusia organisasi melalui budaya berpandukan prestasi untuk pertumbuhan dan kejayaan.
  • Objektif Strategik 2:  Menyediakan akses bagi pendidikan berkualiti secara serata dan saksama.
  • Objektif Strategik 3:  Melibatkan pihak yang berkepentingan bagi perkongsian akauntabiliti dalam kemajuan pembelajaran pelajar.

Organization Structure
JPPP Structure 1.jpg

Duties & Responsibilites
  • Mengendalikan kajian-kajian yang berorientasikan dasar dan berdasarkan bukti untuk mendokong pembentukan perancangan dan penyemakan dasar yang sejajar dengan haluan strategik Kementerian Pendidikan dan Wawasan Brunei 2035.
  • Mengenalpasti isu-isu pendidikan semasa yang memerlukan penelitian dan penyelidikan lanjut.
  • Pengumpulan dan penganalisaan data-data berkaitan pendidikan untuk keperluan Kementerian Pendidikan termasuklah Penerbitan Buku Tahunan Perangkaan Pendidikan Brunei Darussalam serta Penerbitan Buku Petunjuk dan Perangkaan Pendidikan;
  • Berfungsi sebagai penghubung Kementerian Pendidikan dengan agensi-agensi Kerajaan dan antarabangsa dalam urusan data dan maklumat yang berkenaan, umpamanya dengan pihak Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO); dan
  • Selaku Sekretariat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN).