Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Sekolah-Sekolah

​​​​​Visi
Kearah Kecemerlangan Pendidikan Rendah dan Menengah
​Misi
​Menyediakan Hala Tuju dan Sistem Sokongan yang Efektif ke arah Mencapai Sekolah Berkualiti dan Berprestasi Tinggi

​Pengenalan
​Ketua
​​
​Alamat
​Tingkat 2, Blok 2J2:02
Kondominium Ong Sum Ping
Jalan Jawatan Dalam
Bandar Seri Begawan, BB1311
Brunei Darussalam
​Hubungi​Tel: +673 2230511 / +673 2230513
Fax: +673 2230515
Emel: jss@moe.gov.bn​

​Fungsi


1. Melaksana, menyelia dan memantau dasar dan peraturan serta program/ inisiatif Pendidikan sejajar dengan Akta Pendidikan dan Falsafah negera Melayu Islam Beraja kearah mempastikan pengurusan dan pentadbiran jabatan dan sekolah berada pada landasan yang betul selaras dengan surat keliling, memorandum, garispanduan dan takwim yang disediakan bagi memaksimumkan usaha kearah membantu pengurusan sekolah yang berkesan.

 
2. Mempastikan program dan aktiviti yang dilaksanakan bersifat membolehkan dan menaikkan kualiti pendidikan (pengajaran & pembelajaran yang berkesan) dan kualiti pengurusan dan urustadbir sekolah kearah membina sekolah yang berkualiti dan berprestasi tinggi dan pelajar yang seimbang yang bergerak seiring dengan Wawasan 2035.

3. Bekerjasama dengan semua jabatan di Kementerian Pendidikan, kementerian lain, agensi swasta dan bukan  kerajaan dalam usaha mengarap kecemerlangan Pendidikan kearah menghasilkan pelajar / rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan dan Wawasan 2035.

 

4. Memberikan khidmat bantu dan nasihat kepada sekolah-sekolah mengenai pelaksanaan Dasar-Dasar Pendidikan (Educational Policies), Peraturan (Rules and Regulations), Akta dan Perintah Pendidikan (Educational Order dan Acts), Prosedur Operasi Standard dan Garispanduan (SOPs and Guidelines).

5.  Memberikan khidmat bimbingan kepada sekolah-sekolah dalam pelaksanaan program-program dan inisiatif-inisiatifpendidikan mengikut keutamaan.​

 

6. Memberikan khidmat sokongan dan perkhidmatan kepada sekolah-sekolah dalam perjalanan urusan harian sekolah dan urustadbir sumber-sumber Pendidikan yang merangkumi aspek-aspek sumber manusia, perbekalan/ kewangan, kemudahan, perkhidmatan, infrastruktur sekolah, keselamatan dan kesejahteraan guru, pelajar dan kakitangan sekolah. ​


​Fokus Utama
jss focus.png

​Unit/Bahagian

PENGARAH SEKOLAH-SEKOLAH

Memastikan Dasar Pendidikan (SPN21 dan Sistem Pengintegrasian), Akta dan Perintah Pendidikan yang berkuatkuasa pada masa ini dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik dan sempurna di semua sekolah kerajaan mengikut peringkat persekolahan yang ditetapkan.

Memastikan segala projek, program dan inisiatif Kementerian Pendidikan dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan dengan baik dan teratur berpandukan Garis Panduan pelaksanaan yang ditetapkan.

Memastikan strategi-strategi penyeliaan dan pelaksanaan projek/program/inisiatif serta pemantauan dan penilaian yang dikendalikan oleh Jabatan ini, terhadap sekolah-sekolah adalah berkesan dalam membantu sekolah-sekolah bergerak ke arah mencapai tahap sekolah yang berkualiti dan berprestasi.

Memastikan program-program dan inisiatif-inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah-sekolah bersifat membantu dan menaikkan kualiti pendidikan dan kualiti pengurusan / urustadbir sekolah yang berkualiti dan berprestasi tinggi.

Memastikan perjalanan harian sekolah berjalan dengan lancar, teratur dan selamat bagi semua warga sekolah ke arah memastikan kebajikan, kemaslahatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terjaga.

Sentiasa menjalinkan kerjasama dengan semua jabatan di Kementerian Pendidikan, jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain di pelbagai kementerian dan persatuan yang berkepentingan demi mendapatkan dukungan, sokongan, bantuan dan kerjasama yang baik untuk kemajuan sekolah.


KETUA KLUSTER

Mengukuhkan kefahaman dan dukungan mengenai hala tuju Kementerian Pendidikan ke arah mencapai visi, misi dan matlamat pendidikan dan Wawasan Brunei 2035.

Menyediakan dan memberikan sistem sokongan yang padu kepada sekolah bagi memastikan segala program/ projek/ inisiatif Kementerian Pendidikan dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya.

Meningkatkan kepimpinan para pemimpin dan pasukan kepimpinan sekolah ke arah memastikan pentadbiran dan pengurusan harian sekolah berjalan lancar dan teratur mengikut empat bidang fokus utama dalam Whole School Evaluation (WSE), piawaian prosedur, garispanduan, peraturan, akta dan Perintah Pendidikan yang ada pada masa kini.

Bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam mengembangkan kapasiti pemimpin dan pasukan kepimpinan sekolah dalam pelbagai disiplin ilmu kepimpinan terutama kepimpinan instruksional ke arah meningkatkan pencapaian akademik dan nilai diri pelajar.

Memaksimakan potensi pasukan kepimpinan sekolah untuk mengenalpasti perkembangan kerjaya mereka ke arah menjayakan perancangan penggantian para pemimpin sekolah.


BAHAGIAN KORPORAT

Memastikan hal ehwal dan rangka kerja yang berhubung dengan bahagian korporat, termasuk pentadbiran dan pengurusan kewangan, pelaksanaan dan pematuhan kepada dasar dan peraturan, pengurusan data dan maklumat, pemantauan infrastruktur dan kemudahan/fasiliti sekolah, dan perhubungan awam dan pentadbiran am diurus, dikendali dan dilaksana serta dipantau dengan baik, lancar, sempurna dan cekap bagi memberikan perkhidmatan kepada sekolah- sekolah dengan efisyen dan berkesan.


BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Memastikan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan am serta kewangan dan perbekalan keperluan-keperluan sekolah diurus dan dikendali dengan baik dan teratur berpandukan kepada Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang yang ada pada masa kini termasuk juga hal-hal berkaitan dengan pengumpulan dan pengemaskinian data dan maklumat mengenai sekolah, pelajar, tenaga pengajar dan tenaga bukan pengajar sentiasa tersedia dan terkini.


UNIT PENTADBIRAN

Memastikan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan pegawai-pegawai dan kakitangan di semua sekolah kerajaan dan cawangan Jabatan Sekolah-Sekolah termasuk perhubungan awam, projek-projek antara kementerian, institusi pendidikan serta sumbangan dan derma pelbagai agensi diurustadbir, dikendali dan diselia dengan baik dan teratur mengikut Peraturan dan Garis Panduan yang ditetapkan.


UNIT PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERBEKALAN

Memastikan semua hal ehwal pengurusan dan peruntukan kewangan dan perbekalan keperluan sekolah diurus dan dikendali dengan baik, cekap dan teratur termasuk memberikan khidmat bantu dan nasihat kepada pemimpin sekolah serta pemantauan terhadap pengurusan kewangan, kunci kira-kira dan kutipan hasil sekolah.


UNIT PENGURUSAN DATA DAN TEKNOLOGI

Memastikan semua data yang berkaitan dengan tenaga pengajar dan pelajar (TSDC) sentiasa dikemaskini dan teratur termasuk data kehadiran bersekolah (SAMS) dan pemarkahan (SPAMS) di samping menyediakan khidmat bantu mengenai pembekalan dan penyelenggaraan peralatan bantu mengajar ke sekolah-sekolah.


BAHAGIAN PROFESIONAL

Memastikan semua hal ehwal berkaitan dengan kepimpinan pengurusan sekolah termasuk pengajaran, pembelajaran dan penilaian serta dasar dan garis panduannya dipantau dan dinilai dengan sebaiknya di samping memberikan khidmat bimbingan dan nasihat kepada sekolah-sekolah mengenai pelaksanaan program-program dan inisiatif-inisiatif kementerian pendidikan, jabatan dan sekolah dikendali dan diurus dengan baik, lancar dan teratur.


BAHAGIAN PROGRAM DAN AKADEMIK

Memastikan data dan maklumat berkaitan dengan akademik dikemaskini dan program-program serta inisiatif-inisiatif akademik yang dikendalikan oleh kementerian, jabatan dan sekolah-sekolah dipantau dan diselia dengan baik dan berkesan di samping menyediakan khidmat bantu dan nasihat kepada sekolah- sekolah dalam menerajui jawatankuasa-jawatankuasa akademik dan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan di sekolah-sekolah.


UNIT AKADEMIK

Memastikan semua hal ehwal akademik berkaitan dengan pengurusan mesyuarat- mesyuarat akademik dan jawatan kuasa mata pelajaran (SBC), penilaian dalaman (SBA, SPE, SBE) dan peperiksaan awam (PSR, GCE O dan A level) , pelaksanaan kurikulum SPN21 dan STEAM serta program-program peningkatan akademik dan penyaluran pelajar ke pelbagai aliran diselia, dipantau dan diberikan khidmat bantuan dan sokongan yang padu.


UNIT PROGRAM-PROGRAM KHAS   

Memastikan program-program khas yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan di semua sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan enam dilaksanakan dengan lancar, sempurna dan berkesan ke arah mencapai matlamat dan objektif program mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.

Memastikan hubungan jalinan kerjasama yang baik dengan jabatan-jabatan dalam kementerian dan agensi pendidikan kerajaan dan swasta dalam sama-sama menjayakan pelaksanaan program -program khas yang dikendalikan di sekolah- sekolah.


UNIT PENDIDIKAN KERJAYA

Unit Pendidikan Kerjaya berperanan dalam memastikan hal ehwal berhubung dengan pengendalian perkhidmatan dan pengurusan program-program pendidikan kerjaya di sekolah-sekolah dilaksanakan dengan berjaya, berkesan dan teratur mengikut piawaian Garis Panduan Kerjaya bagi institusi pendidikan.


UNIT PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Unit Perkhidmatan Perpustakaan berperanan dalam memastikan perpustakaan di sekolah-sekolah diurus dan berfungsi dengan baik bagi memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna disamping memberikan khidmat bantu dan sokongan terhadap usaha sekolah untuk menanam minat membaca di kalangan pelajar.


BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

Memastikan hal-hal keselamatan pelajar sentiasa terjaga, kesejahteraan dan kebajikan mereka diberikan perhatian dan peduli serta perkembangan sahsiah pelajar dibentuk, diperkembangkan dan dikukuhkan melalui pelbagai program- program dan inisiatif yang bersesuaian bagi menanamkan dan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk menjadikan pelajar sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan cekal.


UNIT KESEJAHTERAAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

Memastikan hal ehwal kesejahteraan pelajar dan perkembangan sahsiah pelajar sentiasa dipeduli dan diberikan perhatian melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif bersama pelbagai agensi yang berkepentingan supaya semua pelajar dapat menikmati dan mengikuti pendidikan dengan selamat, aman dan ceria.


UNIT KEBAJIKAN PELAJAR

Memastikan kebajikan setiap pelajar yang memenuhi syarat penerima Bantuan Keperluan Pendidikan Tahunan dan Kemudahan Dalam Negeri serta program- program bantuan dan sumbangan dari sektor awam dan swasta menerima bantuan dan kemudahan yang ditetapkan bagi membolehkan mereka mengikuti persekolahan dengan baik, ceria dan selesa.


UNIT PENGURUSAN PERMOHONAN BELAJAR

Memastikan pengurusan bagi pelajar-pelajar asing dan berstatus 'stateless' di negara ini diurus dan dikendali dengan baik dan lancar mengikut peraturan dan Garis Panduan yang ditetapkan, disamping menyediakan khidmat bantu kepada sekolah-sekolah dan pelajar mengenai permohonan berpindah dan kemasukan ke institusi pendidikan kerajaan dan swasta.​




​Carta Organisasi
JSS (MALAY).png




Dikemaskini 09.08.2023