Majlis Dikir Maulud Nabi S.A.W di masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah Kg Kiarong

Nov 29, 2017

‚ÄčRabu, 29 November 2017. Majlis Berdikir ke Masjid Masjid bagi rombongan Kementerian Pendidikan sempena sambutanMaulidur Rasul tahun 1439/2017 juga diadakan di Jame'Asr Hassanil Bolkiah Kg Kiarong. Mengetuai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan pada tahun ini majlis dikendalikan oleh Jabatan Peperiksaan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

mn1.jpg