Majlis Dikir Maulud Nabi S.A.W di Masjid Kampung Sungai Hanching

Nov 30, 2017

‚ÄčKHAMIS, 30 November 2017- Pada hari ini rombongan daripada Kementerian Pendidikan mengadakan Majlis Berdikir bertempat di Masjid Kampung Sungai Hanching.

Rombongan Kementerian Pendidikan diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan. Juga hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
mn2.jpg
 
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, kemudiannya diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam. 
 
Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, diikuti dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Allah Peliharakan Sultan bagi memberkati majlis. Antara rombongan Kementerian Pendidikan yang turut hadir di majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai serta kakitangan daripada Kementerian Pendidikan. Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan pada tahun ini majlis dikendalikan oleh Jabatan Peperiksaan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.