Pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O', AS', 'A' dan IGCSE Mei/Jun 2018

Jan 8, 2018

​Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dengan ini memaklumkan pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O'/ AS'/ 'A' dan IGCSE Mei/Jun 2018 telah dibukakan bermula Isnin 8 Januari 2018 hingga Khamis, 15 Februari 2018. 

Sila muat-turun borang Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O'/ 'AS'/ 'A' dan IGCSE Mei/Jun 2018 bagi calon persendirian di sini:

- Borang Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'AS'/ 'A' Mei/Jun 2018 (Calon Persendirian)

Borang Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O' dan IGCSE Mei/Jun 2018 (Calon Persendirian)

Sila muat-turun senarai mata-pelajaran yang ditawarkan bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O'/ 'AS'/ 'A' dan IGCSE Mei/Jun 2018 untuk calon persendirian di sini:

- Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'AS'/ 'A' Mei/Jun 2018 (Calon Persendirian)

Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O' Mei/Jun 2018 (Calon Persendirian)

Peperiksaan Brunei-Cambridge IGCSE Mei/Jun 2018 (Calon Persendirian)


Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di sebelah pagi bermua jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan di sebelah petang bermula jam 1.30 Petang hingga 3.00 Petang. Pada hari Sabtu dari jam 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi. Borang-borang pendaftaran yang tidak lengkap/ tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan tidak akan dilayan.

Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan tidak lewat daripada Khamis, 15 Februari 2018 ke:

Jabatan Peperiksaan / Examinations Department
Tingkat Bawah, Blok B / Ground floor, Block B
Lapangan Terbang Lama / Old Airport 
Berakas BB3510