Permohonan Jawatan Kosong Kakitangan Bantu (Bergaji Hari), Kementerian Pendidikan.

Jan 30, 2018

Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan borang Permohonan Jawatan Kosong (Bergaji Hari). Borang yang telah lengkap disikan hendaklah dikembalikan tidak lewat pada 14 FEBRUARI 2018 ke alamat berikut:

Bilik Persidangan 1 (P1)

Bangunan Lama Kementerian Pendidikan,

Lapangan Terbang Lama Berakas,

Negara Brunei Darussalam.


Untuk memuat turun borang sila tekan sini 

Copy of Borang Pengambilan Gaji Hari_UPDATE (PDF).pdf


IKLAN JAWATAN KOSONG BERGAJI HARI
DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAHUN 2018

BILANGAN IKLAN : 01/2018
TARIKH IKLAN : 31/01/2018

Syarat-Syarat Am:

A.    Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

B.    Pemohon hendaklah mempunyai pengetahuan kerasmian Agama Islam, Adat Istiadat, Kebudayaan, Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

C.    Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di Pejabat-Pejabat cawangan Kementerian Pendidikan, Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong.

D.    Pemohon hendaklah yang bermastautin dan tinggal secara tetap di Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong mengikut kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti perkara (5).

E.     Pemohon hendaklah berdaftar dengan Pusat Pekerjaan Brunei                (JOBCENTRE-BRUNEI), Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri.


Maklumat jawatan yang ditawarkan:

1.            Jawatan : PEKERJA TINGKAT III

Kelayakan : 1 'O' LEVEL hingga 3 'O' LEVEL

Kadar Gaji Sehari : $23.00 - $25.80
Tingkatan : D

Bidang Tugas : Pembantu Kerani

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut DAERAH:

Brunei dan Muara, Belait dan Tutong

 

2.            Jawatan : PEKERJA TINGKAT III

Kelayakan : 'N' LEVEL, lulus PMB/BJCE, NTC 3, CITY & GUILDS, NVC
Kadar Gaji Sehari : $21.60 - $23.00
Tingkatan : C

Bidang Tugas : Pembantu Pejabat

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut DAERAH:

Brunei dan Muara

 

3.            Jawatan : PEKERJA TINGKAT IV

Kelayakan : Tidak Lulus PMB/BJCE, Tidak Lulus 'N' Level

Kadar Gaji Sehari : $20.80 - $21.60

Tingkatan : B

 

Bidang Tugas : Pembantu Tukang Masak

 

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut DAERAH:

Tutong dan Temburong

 

 

4.            Jawatan : PEKERJA TINGKAT V

 

Kelayakan : Tahu Menulis dan Membaca

Kadar Gaji Sehari : $20.20 – $20.70

Tingkatan : A

 

Bidang Tugas : Pembersih dan Buruh

 

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut DAERAH:

Pembersih - Brunei dan Muara, Belait, Tutong dan Temburong

Buruh – Brunei dan Muara, Belait dan Tutong


PERINGATAN:

1.            Tarikh Tutup Menghantar Borang Permohonan :

 

28 Jamadilawal 1439 / 14 Februari 2018

 

2.            Borang permohonan bolehlah diperolehi di alamat berikut :-

 

DEWAN PERSIDANGAN 1 (P1)

BANGUNAN LAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

Atau

 

Bahagian Perkhidmatan Permakanan dan  Asrama

Cawangan Daerah Tutong, Belait dan Daerah Temburong

 

3.            Borang hendaklah dikembalikan ke alamat dibawah ini sahaja :-

 

DEWAN PERSIDANGAN 1 (P1)

BANGUNAN LAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan :

http://www.moe.gov.bn

4.            Semua permohonan hendaklah dihadapkan dengan borang yang lengkap diisikan beserta dengan salinan-salinan kad pintar, surat beranak, pendaftaran Jobcentre Brunei, sijil-sijil kelayakan dan sijil berhenti sekolah serta dikembalikan tidak lewat pada tarikh tutup iklan.

 

5.            Borang permohonan yang diterima setelah tutup iklan tidak akan dilayan.