KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BRUNEI CAMBRIDGE G.C.E. ‘O’ LEVEL dan INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE) OKTOBER/NOVEMBER 2017

Jan 31, 2018

RABU, 31 Januari 2018 - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' Level serta Peperiksaan IGCSE Oktober/November 2017.

 

1.0  Pencapaian Calon Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E.'O' Level / IGCSE

 

1.1 Daripada 6724 calon yang menduduki peperiksaan ini, Seramai 1,183 calon atau 17.59% mendapat 8 ke 11 credits 'O' level/IGCSE. Manakala seramai 2,504 calon atau 37.24% mendapat 5 ke 11 credits 'O' level/IGCSE.  Keramaian yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level di kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 34.66% dengan peningkatan sebanyak 1.77%.  Bagi pencapaian sekurang-kurangnya 4 kredit 'O' Level / IGCSE, seramai 3,021 calon atau 44.93% yang memperolehinya.

       

Di samping itu juga 324 calon (4.99%) mendapat gred A dalam 5 hingga 11 mata pelajaran meningkat sebanyak 1.22% berbanding tahun 2016.  Pencapaian  ini termasuk 197 calon (3.04%) dari sekolah kerajaan dengan peningkatan sebanyak 0.66%.  Seramai 19 Calon (0.28%) menunjukkan  keputusan cemerlang dengan pencapaian agregat 6 dan gred A*(1) dalam 6 hingga 10 mata pelajaran.  Begitu juga pencapaian calon yang memperolehi gred A dalam 6, 7, 8, 9, 10 dan 11 mata pelajaran masing-masing berjumlah 90 calon (1.39%), 67 calon (1.03%), 30 calon (0.46%),13 calon (0.20%) , 4 calon (0.06%), dan 1 calon (0.02%).

 

1.2 Terdapat 1 buah sekolah telah berjaya mencapai keputusan 100% dalam prestasi pencapaian calon yang memperolehi 5 mata pelajaran kredit ke atas, iaitu SM PJN PG HJ ABU BAKAR (B).  Sementara itu sebuah sekolah iaitu Maktab Sains PSBS telah berjaya mencapai 99.65%.  28 buah sekolah termasuk 22 buah sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan di antara 0.12% hingga 30.48% berbanding pencapaian tahun 2016. 

 

1.3 Seramai 621 calon adalah terdiri  dari kalangan pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Menengah General 4 Tahun (Tahun 10) dalam SPN21, iaitu yang mengikuti 2 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas.  Dari jumlah ini, seramai 503 atau 81.00% adalah calon dari Sekolah Menengah Kerajaan.  Jumlah calon Sekolah Menengah Kerajaan yang memperolehi 8 ke 11 'O' level adalah 356 calon atau 70.78%.  Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.40%.  Manakala seramai 454 calon Sekolah Menengah Kerajaan atau 95.03% memperolehi 5 ke 11 'O' level dan seramai 482 calon atau 95.83% telah berjaya  memperolehi sekurang-kurangnya 4 'O' level.

 

2. Pencapaian dalam mata pelajaran 'O' Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

 

2.1 18 mata pelajaran daripada 31 mata pelajaran 'O' level yang diduduki menunjukkan peningkatan di antara 0.22% dan 29.98% dalam gred A – C  iaitu mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam, English Language, Mathematics Syl. D, Biology, Chemistry, Literature In English, Ulum Al-Quran, Hafaz Al-Quran, Tafsir Al-Quran, Computer Science,  Geography, Bahasa Arab, Additional Mathematics, Agriculture, Art & Design, Commerce, Principal of Accounts dan Business Studies.

 

  2.2 Bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), daripada 1,373 calon seramai 102 calon (7.43%) mendapat gred A–C bagi mata pelajaran English as a Second Language kod 510.  Bagi mata pelajaran  IGCSE English as a Second Language kod 511, seramai 1,189 calon menduduki dan jumlah calon memperolehi gred A-C ialah 138 atau 11.61%.  Manakala daripada 2,803 calon menduduki IGCSE Mathematics, 17.66% telah mencapai gred A-C, pencapaian ini meningkat sebanyak 1.71%.  Dalam mata pelajaran French, 2 calon (100%) telah berjaya mendapat gred A-C. Bagi mata pelajaran Information and Communication Technology, pencapaian adalah  35.64% meningkat sebanyak 4.34%. Design and Technology (61.97%) meningkat sebanyak 15.25%, Physical Education (23.91%) meningkat sebanyak 21.13%. Manakala Travel and Tourism mencapai 52.38%, dan tidak ada calon bagi mata pelajaran Principal of Accounts.

 

Adalah dimaklumkan kepada penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut supaya mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian bolehlah  mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

 

Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut dan orang ramai yang layak dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'O' level / IGCSE dalam bulan  Mei/Jun tahun 2018 ini, hendaklah mendaftar  dengan secepat mungkin, terus ke sekolah masing-masing atau Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (bagi calon persendirian) pada waktu pejabat dibuka.

 

Untuk makluman tarikh tutup pendaftaran peperiksaan bulan Mei/Jun bagi calon-calon persendirian adalah pada hari Khamis, 15 Februari 2018. Manakala bagi calon-calon sekolah hendaklah menghadapkan permohonan melalui sekolah masing-masing.

 

Disediakan oleh:

Jabatan Peperiksaan,

Kementerian Pendidikan.