PERSIDANGAN HARI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-27 TAHUN 2017

Feb 3, 2018

Khamis, 01 Februari 2018 -  Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, Kementerian Pendidikan hari ini mengadakan Persidangan Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-27 bagi Tahun 2017. Persidangan yang berlangsung selama sehari ini diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 MHS_0074.JPG


MHS_0096.JPGHadir selaku tetamu kehormat pada persidangan ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang juga berkesudian untuk memberikan ucapan dan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para pembentang kertas kerja di sebelah petangnya.

MHS_0068.JPG 

Persidangan pada kali ini memberikan tumpuan kepada dua bidang pendidikan iaitu Pendidikan Teras dan Teknikal. Bagi pendidikan teras, persidangan ini akan menyediakan platform bagi guru-guru meningkatkan kemahiran dan meneroka kaedah-kaedah terbaru kearah tahap mutu pengajaran yang berkualiti manakala bagi pendidikan teknikal ianya juga akan dapat meneroka dan menemukan kaedah-kaedah yang terbaik dalam menangani isu dan cabaran dalam pengajaran dan latihan yang berkualiti berpandukan kepada kompetensi 'Competency-based Education and Training'. Persidangan ini juga dapat memberikan peluang kepada ahli-ahli akademik dan guru-guru untuk berkongsi pandangan dan dapatan serta amalan-amalan terbaik dalam pengajaran.


Tema Persidangan Hari Guru pada kali ini ialah "Bridging The Perspectives on Dynamic Teaching Excellence"  yang secara kontekstualnya sejajar dengan tema Hari Guru Ke-27 bagi Tahun 2017 iaitu "Kecemerlangan Guru Teras Kejayaan Ummah". Ianya juga selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk menjadikan guru-guru yang berkualiti, berkesan, inovatif dan kreatif dalam profesion mereka. Selain daripada itu tema tersebut juga menyokong akan visi dan misi Kementerian Pendidikan iaitu 'Pendidikan Berkualiti, Negara Dinamik' dan memberikan peluang pendidikan yang seimbang untuk semua.

MHS_0127.JPG

MHS_0071(r).jpg

Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan di sebelah pagi pada sesi selari "Parallel Sesion" persidangan yang disampaikan oleh para pendidik dan ahli akademik tempatan manakala pada sebelah petang diikuti dengan pembentangan 2 kertas ucaptama oleh pencaramah undangan dari luar negara. Seramai 585 orang peserta mewakili pelbagai peringkat institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam telah menghadiri persidangan ini. Antaranya ialah para pendidik di peringkat Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Institusi Pendidikan Swasta dan Mahasiswa Antarabangsa dari Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam

 

Persidangan Hari Guru pada kali ini diselengarakan bersama oleh Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Bahagian Pengajian Tinggi, Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, dan Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir di persidangan ini ialah Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dan Kaunselor Singapura, Mr. Raymond Chow; Yang Mulia Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Vice Canselor Universiti Teknologi Brunei; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan dan Pemimpin-Pemimpin Sekolah.