SIDANG MEDIA BAGI EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2018 (HIGHER EDUCATION EXPO 2018)

Feb 5, 2018

Isnin, 5 Februari 2018 – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Bahagian Biasiswa telah mengadakan sidang media mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2018. Sidang berkenaan diadakan di Bilik Persidangan P6, Kementerian Pendidikan.

Hadir bagi menerangkan mengenai Ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dayang Siti Zuliana binti Haji Abdul Samad, Ketua Bahagian Pengajian Tinggi, Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Pengarah Institusi Pendidikan Teknikal Brunei; dan Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Ketua Bahagian Biasiswa, selaku Pengerusi Bersama ekspo berkenaan.

Sidang media pada hari ini bertujuan untuk memberi pengumuman mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2018 yang akan diadakan di Dewan BRIDEX 2, Jerudong. Ekspo akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Februari 2018

Ekspo Pengajian Tinggi 2018 merupakan merupakan acara tahunan dengan fokus utama Ekspo adalah untuk menjadi "One stop information centre on Higher Education" yang akan menyatukan kesemua institusi-institusi pengajian pasca menengah, institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta agensi-agensi pendidikan dalam dan luar negeri di bawah satu bumbung bagi memberikan gambaran mengenai lanskap pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi di negara ini. Ekspo ini akan memberigakan pelbagai laluan ke pengajian tinggi dan seterusnya menonjolkan peluang-peluang pendidikan sepanjang hayat yang sedia ada di dalam dan luar negara. Kita berharap ia akan menjadi landasan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang berhasrat untuk meninggi tahap pengajian untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak institusi-institusi dan agensi-agensi pendidikan berkenaan

 

Orang ramai dalam dan luar negara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya penuntut-penuntut lepasan 'O' dan 'A' Level; NTEC dan HNTEC atau Diploma Level 3, 4 dan 5; Ijazah Sarjana Muda; Ijazah ; dan ahli-ahli profesional serta alumni dialu-alukan untuk menghadiri ekspo yang akan berlangsung selama 2 hari itu nanti.