UBD Received a Visit from His Excellency Director General of ISESCO

Jul 11, 2018

His Excellency Dr Abdulaziz Othman Altwaijri, Director General of ISESCO (Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization) visited Universiti Brunei Darussalam (UBD) for a meeting on potential collaboration in academic and research fields.

 isesco ubd 2.jpeg


isesco ubd 3.jpeg


isesco ubd 1.jpeg

His Excellency, who was on a visit to Brunei Darussalam, had a meeting with UBD Acting Vice Chancellor Hajah Rubiah binti Haji Yacub and senior management of UBD during which His Excellency was given a presentation on UBD specifically on opportunities for Discovery Year and joint research in the matching research foci. This was followed by discussions on potential collaboration between UBD and ISESCO.

 

The meeting was followed by a tour of UBD’s Botanical Research Centre (BRC) where His Excellency went on a walking tour of the BRC nature trail and visited the green house. His Excellency viewed the different types of timber species, plants endemic to Brunei, orchids and pitchers and medicinal plants at the BRC.

______________________________________________________________________________________


Lawatan Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri Ketua Pengarah ISESCO ke Universiti Brunei Darussalam


Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri, Ketua Pengarah ISESCO (Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization) telah membuat lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi menghadiri Mesyuarat untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

 

Hadir mewakili pihak UBD pada perjumpaan bersama TYT Dr. Abdulaziz itu ialah Pemangku Naib Canselor, Hajah Rubiah binti Haji Yacub berserta pihak Pegawai-Pegawai Kanan UBD. Semasa permesyuaratan itu, TYT Dr. Abdulaziz telah diberikan pembentangan mengenai UBD khususnya tentang peluang-peluang Tahun Penemuan (Discovery Year) dan jalinan penyelidikan bersama. Turut dibincangkan semasa mesyuarat itu juga ialah potensi kerjasama antara UBD dan ISESCO.

 

Setelah mesyuarat, TYT Dr. Abdulaziz juga berkesempatan membuat lawatan ke denai alam semula jadi (nature trail) dan juga rumah hijau di Pusat Penyelidikan Botani (BRC). TYT Dr. Abdulaziz telah menyaksikan pelbagai jenis spesies kayu, tumbuh-tumbuhan yang endemik di Brunei, orkid dan periuk kera (pitchers) serta tumbuhan perubatan di BRC.