Visit from the Director General of ISESCO and UNISSA “Excellent Leadership In Arabic Language And Islamic Civilisation Award”

Jul 12, 2018
unissa isesco.jpg

Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA) received a visit from the Director General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organisation (ISESCO), also the Secretary General of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW), His Excellency Dr Abdulaziz Othman Altwaijri. The visit was welcomed by the Rector of UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

The Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW) is an organisation that consists of 317 universities worldwide. Ever since UNISSA became a member of FUIW in 2017, this membership continues to strengthen the relationship between FUIW, ISESCO and UNISSA, in particular, with regards to fulfilling the objective of raising the level of scientific research in all fields, the exchanging of views, as well as meeting the requirements of developing Islamic civilisations.

The existence of FUIW under ISESCO aims to upgrade and further develop higher education in accordance to the needs of the Muslim community. The focus centers on the promotion of teaching the language of the Al-Quran as well as Islamic culture within the member universities.

This visit, among others, strengthens and promotes the cooperation between member countries of the aforementioned organisations, including Brunei Darussalam, in the research fields of education, science, culture and communication.

For his outstanding contribution and commitment to the advancement of teaching and learning of Arabic and Islamic culture and civilisation, His Excellency Dr Abdulaziz Othman Altwaijri was thus awarded as the first recipient of the “Excellent Leadership in Arabic and Islamic Civilisation Award” from UNISSA.

__________________________________________________________________________________________________________

Kunjungan Ketua Pengarah ISESCO Ke UNISSA dan Penganugerahan “Anugerah Kepimpinan Cemerlang Dalam Bahasa Arab Dan  Tamadun Islam”

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah menerima kunjungan Ketua Pengarah Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Universiti-Universiti Dunia Islam (FUIW) Tuan Yang Terutama Dr Abdulaziz Othman Altwaijri. Kunjungan tersebut dialu-alukan oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Persekutuan Universiti-Universiti Dunia Islam (FUIW) adalah sebuah organisasi yang terdiri daripada 317 universiti di seluruh dunia. Sejak UNISSA menjadi anggota FUIW pada tahun 2017, keanggotaan ini terus memperkuat hubungan antara FUIW, ISESCO dan UNISSA, terutama dalam memenuhi objektif bagi menaikkan tahap penyelidikan saintifik dalam semua bidang, bertukar pandangan, dan memenuhi keperluan membangun tamadun Islam.

Keberadaan FUIW Di bawah payung ISESCO adalah bertujuan untuk menaik taraf dan membangunkan pendidikan tinggi bagi menangani keperluan masyarakat Islam. Tumpuan matlamat tersebut adalah untuk menggalakkan pengajaran bahasa Al-Quran dan budaya Islam di dalam universiti-universiti anggota. 

Kunjungan ini antara lain mengukuhkan dan mempromosi kerjasama antara negara anggota termasuk Negara Brunei Darussalam dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi.

Atas sumbangan dan komitmen beliau yang luar biasa terhadap kemajuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dan kebudayaan dan tamadun Islam, Tuan Yang Terutama Dr Abdulaziz Othman Altwaijri dianugerahkan sebagai penerima pertama “Anugerah Kepimpinan Cemerlang dalam Bahasa Arab dan  Tamadun Islam” daripada UNISSA.