School Leaders Investiture Ceremony and "Teaching for Mastery Framewrok, TfM" Book Launching

Nov 24, 2018

SCHOOL LEADERS INVESTITURE CEREMONY AND

 “TEACHING FOR MASTERY FRAMEWORK, TfM” BOOK LAUNCHING


The Ministry of Education through the Department of Schools and Literacy and Numeracy Coaching Programme (LNCP) this afternoon held a a School Leaders Investiture Ceremony and ‘Teaching for Mastery Framework, TfM” book launch. The event was held at the Multipurpose Hall of Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri in the capital.

mastery teaching 2.jpeg

mastery teaching 3.jpeg

Present as the guest of honour at the event was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. Also present was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education.

The afternoon’s event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and doa selamat led by Yang Mulia Ustaz Saat bin Muqim.

This was proceeded by a welcoming remark by Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Project Leader for Literacy and Numeracy Coaching Programme (LNCP).

A total of 68 school leaders received their appointment letters from the guest of honour at today’s investiture ceremony this afternoon. Following this was the launch of the “Teaching for Mastery Framework, TfM” book by the Minister of Education who also presented the book to Heads of Department and Heads of Cluster.

mastery teaching 1.jpeg

A representative from both the International Coach (IC) Local Coach (LC) delivered TfM talk followed by a presentation on LNCP plan by Yang Mulia Dr Ian Cosier, Head of Human Resource Development LNCP. This afternoon’s event ended with a clsing remark by Yang Mulia Dominic Morley, Country Manager CfBT Brunei.

mastery teaching 4.jpeg

This afternoon’s event was also attended by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); and more than 650 guests comprising directors, senior officers and officers at the Ministry of Education.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

 

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN SEKOLAH DAN PELANCARAN BUKU “TEACHING FOR MASTERY FRAMEWORK, TfM


Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah dan LNCP (Literacy and Numeracy Coaching Programme) mengadakan majlis penyampaian surat lantikan kepada pemimpin-pemimpin sekolah dan pelancaran buku ‘Teaching for Mastery Framework, TfM” petang tadi bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. Juga hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Saat bin Muqim.

Ucapan alu-aluan majlis disampaikan oleh Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Ketua Projek Literacy and Numeracy Coaching Programme ( LNCP).

Majlis diteruskan dengan penyampaian surat lantikan pemimpin-pemimpin sekolah dan pelancaran buku ‘Teaching for Mastery Framework (TfM)” serta penyampaian buku berkenaan kepada Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Kluster oleh tetamu kehormat majlis. Seramai 68 orang pemimpin sekolah menerima surat lantikan mereka di majlis petang ini.

Wakil Pembimbing Antarabangsa (IC) dan Tempatan (LC) juga memberikan TfM talk dan diteruskan dengan taklimat pelan LNCP yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Ian Cosier, Ketua Human Resource Development (HRD) LNCP. Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dominic Morley, Country Manager CfBT Brunei.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); dan lebih 650 jemputan yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dan para Pegawai Kementerian Pendidikan.