Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with Brunei Darussalam 35th National Day 2019

May 4, 2019

​The Ministry of Education through the Religious Unit, Co-Curriculum Education Department held a Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the 35th Brunei Darussalam National Day Celebration. The event took place at Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Khatam (1).jpeg

Khatam (2).jpeg

Khatam (3).jpeg

Present as guest of honour was Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rector Universiti Islam Sultan Sharif Ali as a representive of the Minister of Education, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah binHaji Sulaiman. 

A total of 300 participants were involved in the Khatam Al-Quran ceremony.

__________________________________________________

Kementerian Pendidikan melalui Unit Rohani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum petang tadi telah mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 Tahun 2019 yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali selaku wakil peribadi Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

Seramai 300 orang (150 peserta lelaki dan 150 orang peserta perempuan) yang diraikan pada majlis tersebut.

Inisiatif membaca Al-Quran untuk 35 kali Khatam sempena Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di peringkat Kementerian Pendidikan merupakan usaha kementerian bagi warga di bawah jabatan-jabatannya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT dalam sama-sama meraikan Sambutan Ulangtahun hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 Tahun 2019. Usaha ini telah bermula pada 1 April 2019 hingga 29 April 2019 di setiap jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.

Acara khatam ini diadakan untuk mendapat keredhan dan kerahmatan Allah SWT dengan niat membaca Al-Quran 30 Juzuk dihadiahkan sebagai tanda syukur agar Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan maju dengan petunjuk Allah SWT. Selain itu, ianya dapat menambah keimanan dan ketakwaan warga Kementerian Pendidikan dan seluruh rakyat Brunei serta menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam agar negara ini menjadi sebuah negara zikir yang menuju ke arah Baldatun Thayyibatun Warabbunghafur.