​ Three Gifted students represent Brunei at the 8th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO), Thailand

Jun 9, 2019

IMG-20190609-WA0004.jpg

This year, The Ministry of Education, through the Special Education Unit, once again sends three identified gifted students and an education officer to represent Brunei at the 8th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO).  The representatives are Awangku Abdul Ghafur Ur Rahman bin Pengiran Abdul Rahman @ Awangku Muhammad Dafa Rahmani from Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Dayang Nur Damia Syahmina binti Mohammad Amin from Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri and Patricia Sim Xiang Ru from Sekolah Menengah Chung Ching, whereas Cikgu Dayangku Hidayatul Manja binti Pg Dato Paduka Haji Othman from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, who is also a Lead Teacher for Gifted Education will be the accompanying officer for the team. 

The ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) is an annual competition that targets the gifted students aged between 13 to 15 years old from the APT region to compete in the demonstration of Biology, Chemistry and Physics laboratory skills, collaborate with other students from other member countries in a mixed-nation group project presentation and also in a country-based group video and poster presentation competition.  

Furthermore, APTJSO provides opportunities for students to share ideas and experiences while developing their ability to conduct research and cultivate creativity in the field of science and technology. 

Already in its eighth year, the APTJSO this year will be hosted by National Science Museum (NSM) and Ministry of Science and Technology (MOST), Thailand, and is supported by the ASEAN+3 Center for the Gifted in Science (ACGS) and ASEAN Secretariat.  The programme will be held from 09th to 15th June, 2019, with this year’s theme, “The Role of Youth in Communicating Science for Sustainable Development Goals (SDGs) in the Regions”. 

The students will be attending the plenary talk, presenting their poster entitled “Changing The Future by Communicating Science”, participating in fieldwork, lab skills assessment, mixed-nation group project presentation and visiting research centers: Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Astronomical Research Institute of Thailand (NARIT) and Thailand Institute of Nuclear Technology (TINT).

Similarly, the APTJSO will also avail to enrich and enhance teachers’ pedagogical competencies from discussions and sharing of ideas and best practices among teachers through workshops, on Science Communication Technique and Enjoy Science Teaching for Teacher and series of visits with the participating students.
_________________________
Additional Info: 

The Special Education Unit (SEU) of the Ministry of Education (MOE) plays a role in providing appropriate education programmes for students with special educational needs, including those who are gifted.  These programmes address student’s individual learning needs to enable them to realize their potential.  Towards realizing the learning needs of the gifted students, the Gifted Education Programmes and Services (GEPS) at SEU develop national programmes, train teachers and select students to participate in various international programmes.Vast experiences amassed at international programmes exposes our students to the myriad of opportunities in their chosen field.  Further, student’s experiences at these programmes allow them to understand from a student’s perspective the diversity of abilities from other countries.  By continuing to expose and enrich identified gifted students with learning opportunities that will nurture their interest and commitment to contribute in their chosen field as potential experts supports Brunei Vision 2035.

___________________________________________________________________

PELAJAR-PELAJAR CERDAS PINTAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM AKAN MENYERTAI THE 8TH ASEAN PLUS THREE JUNIOR SCIENCE ODYSSEY (APTJSO), PATHUM THANI, THAILAND

Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan melalui Unit Pendidikan Khas, sekali lagi menghantar tiga orang pelajar cerdas pintar dan seorang pegawai pelajaran bagi mewakili negara di The 8th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO). Tiga orang pelajar yang dimaksudkan ialah:  Awangku Abdul Ghafur Ur Rahman bin Pengiran Abdul Rahman @ Awangku Muhammad Dafa Rahmani dari Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Dayang Nur Damia Syahmina binti Mohammad Amin dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri dan Dayang Patricia Sim Xiang Ru dari Sekolah Menengah Chung Ching. Mereka akan diiringi oleh Cikgu Dayangku Hidayatul Manja binti Pg Dato Paduka Haji Othman dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, selaku guru pengawas dan yang juga merupakan Guru Lead bagi Program Kebangsaan Pendidikan Cerdas Pintar. 

The ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) mula dilancarkan pada tahun 2012 dan program tersebut merupakan program tahunan yang mensasarkan pelajar-pelajar cerdas pintar yang berumur 13 hingga 15 tahun dari negara-negara ASEAN Plus Three (Republik Korea, China dan Jepun), Sweden dan Chinese Taipei, untuk bertanding dalam penilaian kemahiran makmal dalam bidang ilmu kimia, biologi dan fizik; untuk menggalakkan kerjasama dengan peserta-peserta lain dalam pembentangan kerja berpasukan (mixed-nation group project presentation) dan pertandingan pembentangan poster.  

Selain itu, APTJSO juga menyediakan landasan bagi para peserta untuk saling bertukar fikiran dan pengalaman disamping mengembangkan potensi kebolehan masing-masing dalam mengendalikan penyelidikan dan mengasah bakat serta kreativiti mereka dalam bidang sains dan teknologi.  

Pada tahun ini, the 8th APTJSO dikendalikan oleh National Science Museum Thailand (NSM) dengan kerjasama Ministry of Science and Technology, Thailand (MOST) dan disokong oleh The ASEAN+3 Center for the Gifted in Science (ACGS) dan ASEAN Secretariat. Program yang bertemakan “The Role of Youth in Communicating Science for Sustainable Development Goals (SDGs) in the Regions”, akan diadakan pada 09 hingga 15 Jun 2019. 

Semasa program itu nanti, pelajar-pelajar akan berpeluang untuk menghadiri plenary talk, membentangkan poster yang bertajuk, “Changing The Future by Communicating Science”, dan turut serta dalam fieldwork, penilaian kemahiran makmal (lab skills assessment) dalam bidang sains, pembentangan kerja berpasukan (mixed-nation group project presentation) serta melawat pusat penyelidikan, antaranya: Synchrotron Light Research Institute (SLRI), Astronomical Research Institute of Thailand (NARIT) dan Thailand Institute of Nuclear Technology (TINT).

Sementara itu, APTJSO juga menyediakan program khusus bagi para guru, yang mana mereka akan berpeluang untuk berkongsi idea dan amalan-amalan terbaik dalam “Science Communication Technique” dan “Enjoy Science Teaching for Teacher” melalui sesi bengkel. Sesi seumpama itu akan dapat meningkatkan dan memperkayakan lagi kompetensi pedagogi dan pengajaran bagi guru-guru. Selain itu juga, para guru berpeluang untuk menyertai beberapa siri lawatan bersama para pelajar.

Maklumat Tambahan:
Kementerian Pendidikan melalui Unit Pendidikan Khas (UPK) memainkan peranan dalam menyediakan program-program pendidikan yang bersesuaian khusus bagi pelajar berkeperluan khas, termasuklah pelajar-pelajar yang dikenalpasti sebagai cerdas pintar. Program-program berkenaan adalah menjurus kepada keperluan pembelajaran pelajar secara individu ke arah merealisasikan kebolehan dan potensi mereka. Ke arah mencapai potensi yang maksima bagi pelajar cerdas pintar, Bahagian Pendidikan Cerdas Pintar, Unit Pendidikan Khas, menyediakan Program Kebangsaan Pendidikan Cerdas Pintar khusus bagi pelajar-pelajar yang dikenalpasti, melatih guru dan memilih pelajar-pelajar untuk menyertai pelbagai program dan pertandingan cerdas pintar di peringkat antarabangsa. Pengalaman yang ditimba semasa menyertai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa mampu mendedahkan para pelajar kepada pelbagai peluang di dalam bidang pilihan mahupun yang diminati. Selain itu, pengalaman tersebut juga boleh membantu mereka untuk memahami dari perspektif seorang pelajar mengenai kepelbagaian kebolehan dan potensi para pelajar dari negara-negara lain. Dengan meneruskan pendedahan seumpama ini, ianya akan dapat memperkayakan para pelajar dengan peluang pembelajaran dan sekaligus dapat memupuk minat dan komitmen mereka untuk menyumbangkan dalam bidang pilihan sebagai pakar yang berpotensi ke arah menyokong Wawasan Brunei 2035.