Signing ceremony of the memorandum of understanding for Ri'ayah Wa Mahabbah 2019

Jun 19, 2019

4ec35438-8837-4b96-ab01-5f000e08fec5.jpeg

A signing ceremony of the Memorandum of Understanding (MoU) for Ri’ayah Wa Mahabbah Programme 2019 between the Ministry of Education, Brunei Darussalam and Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) was held today at the Conference Hall 1, Ministry of Education, Berakas.


Present to witness the event was Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education and Yang Mulia Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan, Deputy Chief Operating Officer, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

c529734d-5666-4310-98aa-0420214e08d0.jpeg

Signing on behalf of the Ministry of Education was Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director General of Education, Ministry of Education, while BIBD was represented by Yang Mulia Haji Yusri bin Haji Wahsalfelah, Head of Government Relations and Special Projects, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Initially, the Ri’ayah Wa Mahabbah Programme was one of the Education initiatives to support students with attendance issues, as well as the Ministry of Education’s effort to improve performance and the Primary School Assessment (PSR) examination results by placing the students at the hostel of Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah College (PMAMB). With the effectiveness and success of this programme, beginning this year the programme has been extended to secondary students in the Government schools across the country


MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PROGRAM RI’AYAH WA MAHABBAH TAHUN 2019

Satu Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman bagi Program Ri’ayah Wa Mahabbah Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Persidangan 1, Kementerian Pendidikan, Berakas diantara Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Hadir untuk menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan dan Yang Mulia Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan, Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Mewakili Kementerian Pendidikan untuk Penandatanganan Memorandum Persefahaman ini ialah Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee. Sementara menandatangani bagi pihak BIBD ialah Yang Mulia Haji Yusri bin Haji Wahsalfelah, Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Program Ri’ayah Wa Mahabbah pada awal nya merupakan salah satu inisiatif Pendidikan untuk menangani isu kehadiran ke sekolah dengan menempatkan pelajar-pelajar ini ke asrama Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (PMAMB) dalam usaha Kementerian untuk meningkatkan prestasi dan keputusan pelajar-pelajar dalam peperiksaan PSR. Melihat kepada keberkesanan dan kejayaan program ini, bermula tahun ini, program ini telah dilaratkan lagi ke peringkat menengah bagi pelajar-pelajar di sekolah Kerajaan di seluruh Negara.