Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri MOE 1440H/2019M

Jun 25, 2019

To further enhance the celebration of Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah/ 2019 Masehi, the Ministry of Education through the Department of Planning, Development and Research, the Scholarship Division, and the Brunei Darussalam Technical and Vocational Education Council(BDTVEC) Secretariat as the co-organiser has organised ‘Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri’ which is held today at Rimba II Secondary School.

 MHS_0101.JPG


MHS_0173.JPG

Present as guest of honour at the ceremony was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Monister of education.  Also present were Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Education Minister, Permanent Secretaries, Vice-Chancellors, Rectors, Deputy Permanent Secretaries, Acting Director General, Heads of Departments, government and private school leaders, officers as well as staff under the Ministry of Education including institutions of higher education.

 

‘Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri’ is an annual event organised by the Ministry of Education to celebrate the arrival of the month of Syawal as one of Islam’s greatmonths to mark the victory of the Muslims to perform fasting obligations. Apart from that, such event can also give the people of the Ministry of Education an opportunity to forgive each other, cultivate the nature of the Mahabbah, instill in mutual support and strengthen the relationship of friendship at all levels regardless of rank, race and religion.

 

The ceremony commenced with the recital of Surah al-Fatihah and Doa Selamat which was then followed by the friendly visit of the Honorable Minister of Education and with the Special Invites to every 17 booths providing a variety of foods and beverage dishes.

​______________________________________________________

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1440H/ 2019M


Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah/ 2019 Masehi, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan; Bahagian Biasiswa dan Urus Setia Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional (BDTVEC) selaku penganjur bersama telah menyelenggarakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada hari ini di Sekolah Menengah Rimba II.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan. Turut hadir ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan, pemimpin-pemimpin sekolah kerajaan dan swasta, pegawai-pegawai serta kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan termasuk institusi-institusi pengajian tinggi.

 

Majlis Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri ini adalah acara tahunan Kementerian Pendidikan yang dianjurkan untuk menghayati kedatangan bulan Syawal sebagai salah satu bulan kebesaran Islam bagi menandakan kemenangan Umat Islam menyempurnakan kewajipan berpuasa. Selain daripada itu, acara sebegini juga dapat memberikan warga Kementerian Pendidikan kesempatan untuk saling bermaaf-maafan, memupuk sifat Mahabbah, menanamkan sifat saling bantu-membantu serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di semua peringkat dengan tidak mengira pangkat, bangsa dan agama.


Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah al-Fatihah dan doa selamat yang kemudiannya diikuti dengan kunjungan dan ramah mesra Yang Berhormat Menteri Pendidikan bersama Jemputan-Jemputan Khas ke setiap 17 buah booth makanan yang menyediakan pelbagai variasi hidangan makanan dan minuman.